Insiden MH370 jejas ketibaan pelancong China
PUTRAJAYA - Insiden kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370
menjejaskan kedatangan pelancong China ke Malaysia apabila 30 peratus
membatalkan percutian mereka ke negara ini melibatkan kos RM100 juta.
Pengerusi Tourism Malaysia Datuk Seri Dr Ng Yen Yen berkata sehingga
kini, tempahan awal juga tidak mencapai sasaran jangkaan iaitu 70
peratus seperti tahun-tahun sebelum ini.
"Pada Januari tahun ini, ketibaan pelancong China telah meningkat 25
peratus dan ramai lagi warga China telah menempah hotel dan pakej
pelancongan untuk melancong ke Malaysia pada pertengahan tahun ini.
Namun, selepas insiden MH370, ramai membatalkan percutian ke Malaysia.
"Dianggarkan kira-kira 100,000 pelancong dari China melawat ke Malaysia
setiap bulan dengan anggaran perbelanjaan RM2,800 setiap pelancong.
Berikutan insiden kehilangan MH370, 30 peratus tempahan telah dibatalkan dan melibatkan kos RM100 juta dalam tempoh enam minggu," katanya dalam sidang media selepas bertemu pemain industri pelancongan di sini hari ini.

Beliau berkata pengusaha bas pelancongan dan pemandu pelancong juga
mengalami nasib sama apabila kini hanya tinggal lima kumpulan pelancong
sehari berbanding 20 kumpulan sebelum ini.
Dr Ng berkata pada tahun lepas, sejumlah 1.7 juta pelancong China berkunjung ke Malaysia.
Katanya syarikat penerbangan China Southern Airlines telah mengurangkan
kekerapan penerbangan Beijing-Kuala Lumpur daripada tiga kepada sekali
sehari mulai Mei tahun ini berikutan kekurangan penumpang.
"Selain itu, Xiamen Airlines yang sepatutnya tambah kekerapan
penerbangan Beijing-Kuala Lumpur kepada 10 kali seminggu terpaksa
ditangguhkan," katanya.
Sementara itu, Dr Ng berkata Jawatankuasa Krisis MH370 Tourism Malaysia
yang dipengerusikan Pengarah Tourism Malaysia di China ditubuhkan pada
19 Mac untuk mengumpul data berhubung pembatalkan percutian dan tempahan
awal di Malaysia.
"Selain itu, pemain industri pelancongan akan mengkaji pasaran
khususnya di bandar-bandar seperti Nanning, Chengdu, Wuhan dan Kunming
untuk mengurangkan impak daripada insiden MH370," katanya.
Dr Ng berkata Tourism Malaysia akan mengikut langkah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menangguhkan buat sementara jerayawara promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di China ekoran insiden MH370.
Dr Ng berkata Tourism Malaysia akan mengikut langkah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan menangguhkan buat sementara jerayawara promosi Tahun Melawat Malaysia 2014 di China ekoran insiden MH370.
"Kita sedar dan faham berikutan keadaan sekarang ramai yang takut dan
tidak berkeyakinan. Oleh itu, kita perlu memulihkan kembali keyakinan
mereka.
"Kita perlu hentikan segala promosi di China, termasuk Hong Kong dan Taiwan.
Namun ini tidak bermakna kita tidak buat apa-apa sebaliknya kita sedang mengumpul data dan merangka strategi untuk menentukan kesan daripada insiden MH370," katanya.
Namun ini tidak bermakna kita tidak buat apa-apa sebaliknya kita sedang mengumpul data dan merangka strategi untuk menentukan kesan daripada insiden MH370," katanya.
Dr Ng berkata Tourism Malaysia akan mencadangkan kepada Menteri
Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz untuk
memansuhkan visa terhadap pelancong China sempena ulang tahun ke-40
hubungan diplomatik dan tahun persahabatan Malaysia-China.
"Cadangan untuk memansuhkan visa ini akan menarik kemasukan pelancong
China ke Malaysia. Tanpa visa pelancong boleh melancong ke Malaysia pada
bila-bila masa," katanya. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment