Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 10 April 2014

Setelah halau Azmin dan Hanifa, speaker panggil masuk Dewan Rakyat semula


Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia (gambar) hari ini menggunakan kuasanya menarik semula arahan keluar dewan kepada Ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin.

"Saya boleh menggunakan kuasa Peraturan Mesyuarat 90 menggunakan budi bicara. Walaupun tadi saya kata Gombak keluar, Sepang keluar. Sekarang ini saya boleh panggil mereka balik kerana itu budi bicara saya.

"Kalau Gombak dan Sepang masuk pun saya izinkan.Kalau saya tak izinkan, persidangan akan datang bermakna ada tiga hari mereka tidak dapat masuk," katanya dalam sidang Dewan Rakyat hari ini.

Azmin diminta meninggalkan dewan setelah mahu menegakkan hujahnya agar dewan menerima usul untuk membicarakan tingkah laku hakim. Hanipa pula diminta meninggalkan dewan setelah cuba membangkitkan usul tergempar mengenai Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (klia2).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.