Tuesday, April 8, 2014
Kisah Bawani Yang Lama Sepi
Listen, listen, listen… Bawani terus berjuang
04:30PM Apr 08 2014
04:30PM Apr 08 2014
KUALA
LUMPUR: Setahun lalu, pelajar jurusan undang-undang K.S. Bawani
terkenal dengan video “Listen, listen,listen” yang dikongsi di YouTube.
Klip tersebut menggambarkan Bawani berdepan Sharifah Zohra Jabeen,
presiden organisasi Suara Wanita 1Malaysia, di forum Universiti Utara
Malaysia pada Disember 2012.
Sharifah
Zohra menempelak Bawani dengan menggunakan ungkapan “listen, listen,
listen” berulang kali ketika Bawani mengutarakan cadangan agar Malaysia
memberi pendidikan percuma kepada semua rakyatnya. Sharifah merampas
mikrofon darinya dan berkata, manusia mempunyai masalah dan haiwan juga
berdepan masalah.
Hari
ini, Bawani 28 tahun, wanita dari Air Kuning Kampar menggunakan
popularitinya bagi kerja-kerja sukarela. Dan beliau masih meneruskan
perjuangan bagi pendidikan percuma.
“Pendidikan
ialah hak asasi setiap manusia. Setiap rakyat Malaysia perlu diberi
pendidikan. Saya percaya Malaysia mampu mencapai hasrat ini dan memberi
pendidikan dari peringkat tadika ke tahun satu di universiti,” beliau
memberitahu The Heat.
“Berdasarkan
laporan audit yang dihasilkan jabatan audit negara, kita kehilangan
RM30 bilion kerana korupsi dan pengurusan yang lemah. Di tambah dengan
hasil petroleum negara, kita mampu menawarkan pendidikan percuma.”
Bawani
merupakan anak ketiga daripada lima adik-beradik. Bapanya pekerja
kilang yang meninggal dunia pada tahun 2000. Ibunya tidak mempunyai
pekerjaan. Bawani menuntut di attended SJK (T) Kampar sebelum mendapat
pendidikan peringkat menengah di SMK Ayer Kuning. Kemudian, beliau
melanjutkan pelajaran di bidang psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia
pada 2008.
Selepas
menamatkan pelajaran, Bawami bekerja dengan Parti Sosialis Malaysia
(PSM), yang membuka matanya tentang perjuangan rakyat dan ini
menimbulkan minat di dalam dirinya.
“Saya
sedar bertapa penting bagi memiliki latar belakang undang-undang bagi
membantu mereka, jadi selepas beberapa tahun, saya mengikuti jurusan
undang-undang di UUM pada 2011,” katanya.
Beliau merupakan seorang sukarelawan sehingga video tersebut galak dikongsi di Internet pada 13 Jun 2013.
“Ia
dikongsi kerana kandungannya. Masanya sesuai bagi bercakap kerana saya
seorang pelajar. Sharifah menempelak saya tetapi saya tetap mahu
bersuara dan jelas, kebebasan bersuara tidak diamalkan,” katanya.
Bawani
berkata apabila ia tersebar, ibunya yang berusia 52 tahun amat bimbang.
Selepas diberi penjelasan, ibunya nyata berbangga dengan perjuangan
tulus Bawani.
Bawani
sebenarnya bermula sebagai aktivis sebelum terlibat dengan PSM. Di UKM,
beliau terlibat dengan pertubuhan kebajikan yang menyediakan tuisyen
percuma kepada murid-murid sekolah dii estet.
Selain
itu, Bawani juga terlibat dengan Jaringan Rakyat Tertinda (Jerit),
sebuah pertubuhan NGO yang membantu masyarakat tertindas.
“Terdapat
pelbagai ketidakadilan di sekeliling kita. Golongan muda perlu bangkit
dan tahun ini, kita dihimpit bebanan kos sara hidup yang tinggi. Kita
juga masih mencari pendidikan percuma di negara ini,” katanya.
Bawani
kini ketua pemudi PSM dan berharap dapat menamatkan pelajaran di USM
tahun depan. Beliau akan kekal berjuang bagi mendapatkan pendidikan
percuma tetapu berkata, tidak berminat menceburi bidang politik.
“Saya
tiada niat menjadi ahli politik. Saya hanya mahu memperjuangkan hak
rakyat dan meneruskan kerja sukarela dan perkhidmatan masyarakat,”
ujarnya.
Beliau
nyata berani bersuara dan Malaysia memerlukan aktivis sepertinya.
Mereka nyata tidak gentar dengan sesiapa sahaja yang cuba menghalang
perjuangan mereka.
Ini
merupakan bahagian keempat dan terakhir di dalam siri artikel yang
pertama kali diterbitkan pada 8 Feb 8 di dalam The Heat. - sumber
0 orang berkata:
Post a Comment