Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified


HUDUD
Jumaat, 11 April 2014

Sejak dari zaman PAS ditubuhkan maka PAS bercita-cita untuk melaksanakan hukum Allah s.w.t, akan tetapi dihalang oleh mereka-mereka yang berfahaman sekular, ia bukan sahaja berlaku di negara Malaysia akan tetapi diseluruh dunia tampa mengira suku dan puak, sebabnya adalah maklum, namun kepada sesiapa yang cenderung kepada sistem islam yang  takut kepada murka Allah s.w.t, tanpa mengira suku dan puak kadangkala mereka terpaksa atau terjerat disitu. Maka dengan cita-cita PAS ini kita akan dapat menilai dari golongan manakah yang sebenarnya pro dan kontra kepada hukum Allah tersebut, maka disinilah kita dapat melihat dan menilai mereka. Maka asas penilaian itu sebenarnya berada ditangan kerajaan pusat,  yang ahlinya terdiri dengan berbagai fahaman, jadi kita mahu lihat apakah pandangan mereka, didalam perkara ini biar Allah menilai akal mereka dengan sebuah firman pada surah Al Haj ayat 72


Maksudnya: Dan apabila dibacakan di hadapan mereka ayat-ayat kami yang terang, niscaya kamu melihat tanda-tanda keingkaran pada muka orang-orang yang kafir itu. hampir-hampir mereka menyerang orang-orang yang membacakan ayat-ayat kami di hadapan mereka. Katakanlah: "Apakah akan Aku kabarkan kepadamu yang lebih buruk daripada itu, yaitu neraka?" Allah Telah mengancamkannya kepada orang-orang yang kafir. dan neraka itu adalah seburuk-buruknya tempat kembali.

-Pak Karamu




Jawatankuasa Teknikal Hudud diarah tutup mulut, kata Mufti Kelantan 



Ahli Jawatankuasa Teknikal Hudud diarahkan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung perkembangan pelaksanaan hudud di negeri itu yang dijangka akan dilaksanakan pada tahun hadapan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad (gambar).
           
Beliau berkata hanya Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dan timbalannya, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dibenarkan memberikan kenyataan berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu.
           
"Sebagai salah seorang ahli jawatankuasa, saya tidak ada sebarang ulasan untuk anda bagi menghormati keputusan mesyuarat," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bernama melaporkan pada Rabu, Setiausaha Publisiti Kebangsan DAP Tony Pua dan Naib Presiden PKR, N Surendran memberi peringatan keras kepada PAS bahawa hudud tidak pernah menjadi kesepakatan dalam pembangkang dan cubaan membentangkan rang undang-undang itu di Parlimen akan ditentang.

Pua berkata DAP yang terdiri daripada 38 ahli Parlimen tidak akan menyokong rang undang-undang yang dicadangkan kerajaan Kelantan berkenaan Hudud jika ia dibahaskan di Parlimen.
           
Sementara itu, Ahmad dilihat tidak berganjak dengan keputusan untuk membawa usul pendirian melalui ahli Parlimen Kelantan, meskipun rakan sekutu Pakatan Rakyat (PR) menyatakan tentangan mereka.
           
"Keputusan (untuk membentangkan rang undang-undang) kita sudah buat," lapor Utusan Malaysia.      

Dalam satu pertemuan bersama Kelab Penyokong Kerajaan Kelantan (KPKK) semalam, Ahmad turut menggambarkan pendirian sama berhubung pelaksanaan hudud di negeri itu.          

Setiausaha Kehormat KPKK, Mohd Adnan Mohd Zin berkata pendirian kerajaan Kelantan melihatkan siapakah sebenarnya penyokong dan penentang kepada suruhan Allah dan syariat Islam berkenaan.        

"Dalam pertemuan kita tadi, menteri besar berkata, by hook or by crook (dengan apa cara sekali pun), apa halangan apa rintangan, kita tetap berusaha ke arah itu.

"Biar kita dihalang daripada menjalankan hukum Allah, masa itu kita akan tahu siapa yang hendak buat (hudud) dan siapa yang menghalang," katanya kepada akhbar itu.
Posted & copy by Rakyat Marhaen

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.