Wednesday, April 9, 2014
Ceroboh, Culik Di Sabah: Reputasi Kerajaan Bertambah Parah
Kegagalan menangani isu MH370 dan keselamatan perairan Sabah menimbul keraguan terhadap keabsahan kerajaan
SUARA LANTANG: Malaysia,
rakyat dan kerajaannya, mesti mencari penyelesaian bagi isu kehilangan
MH370 dan pencerobohan militan di perairan Sabah dengan secara berkesan
atau mungkin kehilangan reputasi selaku destinasi pelancongan terkenal
di Asia.
Industri
pelancongan menyumbang RM65 bilion atau 12.5% kepada Keluaran Dalam
Negara Kasar pada 2013. Ia diramal mencapai RM168 bilion menjelang 2020
di bawah Pelan Transformasi Pelancongan Kerajaan. Negara menerima 25
juta pelancong setahun.
Beberapa
hotel akan dibina di Kuala Lumpur seperti The St. Regis pada 2014, The
Regent pada 2015, Four Seasons Place dan W Hotel pada 2016, dan Harrods
Hotel yang bertaraf tujuh bintang pada 2018. Pelbagai taman tema akan
bertapak di negara ini. Legoland merupakan taman tema antarabangsa
pertama dan 20th Century Fox pula dijangka dibuka pada 2016.
Pelaburan
ini adalah petanda keyakinan terhadap industri pelancongan tempatan.
Keyakinan pelabur perlu dikekalkan supaya ia diterjemahkan kepada
peningkatan produk pelancongan bertaraf dunia di negara ini.
Kehilangan
pesawat MH370 dan pencarian yang tidak membuahkan hasil tentu memberi
kesan buruk kepada Malaysia. Program rasmi Tahun Melawat Malaysia 2015
bakal terjejas dan impaknya kepada jumlah pelancong yang disasarkan
tidak dapat dinafikan.
Sebelum
insiden, Tourism Malaysia meletakan sasaran agresif bagi menarik
pelancong daripada China ke negara ini. Setiap tahun, lebih dari 400
juta warga China melancong keluar negara. Dari jumlah itu, hanya 1.5
juta yang menjejakkan kaki ke sini tahun lalu. Kita bernasib baik jika
dapat mengekalkan 80% dari kehadiran warga China selepas agensi
pelancongan enggan menjual pakej melawat Malaysia.
Publisiti
negatif berhubung insiden itu dan tindakbalas yang kurang baik kerajaan
di dalam menangani krisis telah mengubah persepso pelancong China.
Malaysia tidak lagi dilihat selamat dan tuan rumah yang mesra. Segala
berkenaan Malaysia dikritik, termasuk artis kelahiran negara ini.
Memanglah kritikan ini berasaskan emosi dan bukannya fakta.
Realitinya,
persepsi buruk tidak hanya terhad kepada China tetapi ia mungkin
mendatangkan kesan global. Kesan secara langsung terhadap pelancong yang
tiba hanya dapat diukur pada suku kedua 2014.
Kerajaan
Malaysia perlu memastikan MH370 menemui pengakhiran yang terbaik yang
bersifat professional. Segala usaha perlu diambil bagi mendapatkan
lokasi pesawat atau bangkainya. Kegagalan bermakna misi pencarian
dianggap gagal dan kesannya terhadap sektor pelancongan mungkin amat
ketara.
Pengumuman
pelantikan penyiasat professional menerajui misi pencarian amat
dialu-alukan. Ini hanya langkah pertama. Operasi MAS perlu dinilai
semula dan kerajaan perlu menjawab mengapa syarikat itu masih mencatat
kerugian selepas berjaya pada tahun 2006.
Siasatan
menyeluruh perlu dilaksanakan bagi mengetahu situasi kewangannya,
samada ia berkompromi dengan piawaian keselamatan. Pelan menyerap
kerugian mestilah professional dan konsisten dengan semangat mengamalkan
akautabiliti dan ketelusan.
Sejak
1998, kita membazir masa membunuh karakter pemimpin politik. Bagi
kerajaan yang tidur, MH370 adalah tamparan baginya. Kerajaan perlu
menangani isu ini secara serius.
Episod
penculikan pelancong China dan pekerja resort di Semporna oleh kumpulan
Abu Sayyaf merupakan contoh kelekaan dan kelemahan kerajaan
bertindakbalas terhadap ancaman.
Kesannya
terhadap pelancong Sabah bakal dirasai. Sabah meyumbang 10% atau Rm6
bilion kepada pendapatan 2013. Kota Kinabalu merupakan lapangan terbang
kedua paling sesak di Malaysia selepas KLIA.
Ia
mempunyai potensi menjadi tarikan pelancong paling popular di Malaysia
kerana persekitaran semulajadi serta resort di tepi pantai. Namun
ancaman pihak militan menjadikan tarikannya berkurangan.
Selepas pencerobohan Lahad Datu pada 2013, kerajaan menubuhkan Esscom bagi memastikan insiden sedemikian tidak berulang.
Namun,
setelah diperuntukkan RM75 juta pada 2014, Newmond Tibin, ketua
komunikasi korporat berkata peranan Esscom hanya sebagai penyelaras di
antara agensi. Tanggungjawab mengawasi 10 daerah diserahkan kepada
pasukan polis di Sabah, yang diterajui ketua polis Hamza Taib.
Jawapannya
menimbulkan tanda tanya tentang peranan Esscom. Mengapa kita belanja
RM75 juta bagi penyelaras dan bukannya penguatkuasa? Di mana pasukan
tentera kita? Mengapa Esscom di bawah arahan polis tempatan yang mungkin
tiada pengalaman berdepan militan dari selatan Filipina?
Jika
solusi tidak diperolehi, insiden ini akan menyaksikan lebih ramai
pelancong ditawan Ia bajal menimbulkan kebimbangan tentang kebanjiran
imigran tanpa izin di Sabah. Resort menggaji mereka namun sebenarnya
mereka mengancam keselamatan resort ini. Pihak berkuasa mengesyaki
mereka terlibat di dalam penculikan baru-baru ini.
Maka
episod MH370 dan ancaman kumpulan Abu Sayyaf menggugat industri
pelancongan tanahair. Kegagalan menanganinya bakal menimbulkan tanda
tanya tentang keabsahan kerajaan yang ada.
Khoo Kay Peng merupakan penganalisa politik dan perunding pengurusan. Beliau percaya negara akan maju dengan kehendak kolektif rakyatnya.
0 orang berkata:
Post a Comment