Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Friday, October 10, 2014

Kerajaan BN menganiaya anak-anak muda lepasan institusi pengajian tinggi

Kerajaan BN menganiaya anak-anak muda lepasan institusi pengajian tinggi

Kerajaan Umno Barisan Nasional ZALIM !
Kroni Umno BN berhutang berbillion ringgit, tidak pula dipaksa untuk membayar, malahan ada yang dilupuskan terus hutang mereka. Anak-anak muda lepasan institusi pengajian tinggi yang 'baru nak hidup' inilah yang diasak tubi oleh regim durjana Umno BN dengan berbagai ancaman berniat khianat! - Kerajaan Rakyat.

KUTIP HUTANG PTPTN MENGGUNAKAN CCRIS TIDAK BERMORAL

Saya meneliti keputusan PTPTN untuk menyenaraikan penghutang PTPTN di dalam CCRIS sebagai langkah mengutip hutang PTPTN. Saya juga sedia maklum alasan-alasan yang diberikan oleh YB Saudara Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO yang telah membuat “U-turn” dari pendirian awalnya dengan menyokong keputusan PTPTN kali ini.

Pada pandangan saya, bangkangan terhadap cadangan melaksanakan CCRIS ini bukanlah semata-mata soal tidak mahu membayar hutang. Sementara saya bersetuju bahawa kadar kutipan hutang PTPTN perlu diperbaiki, ada cara lain yang boleh digunakan oleh PTPTN tanpa perlu menganiaya peminjam melalui CCRIS ini. Lebih penting, pimpinan-pimpinan Umno/Barisan Nasional tidak boleh menutup mata kepada persoalan moral yang lebih besar apabila PTPTN menyenaraikan peminjam-peminjam PTPTN ini di dalam CCRIS.



YB Saudara Khairy Jamaluddin perlu menjawab kepada golongan muda kenapakah Umno/Barisan Nasional tidak menggunakan pendekatan menyenarai hitam dan langkah-langkah yang kasar begini terhadap kroni dan niagawan yang hutang mereka kepada kerajaan jauh lebih tinggi dari jumlah hutang tertunggak (yang dianggarkan RM1 bilion) yang mahu dikutip melalui CCRIS ini?

Di mana suara kasar dan lantang YB Saudara Khairy Jamaluddin dalam perkara-perkara berikut:

1.      Hutang-hutang negara yang dimaafkan kepada rakan-rakan rapat Umno/Barisan Nasional seperti Tan Sri Tajuddin Ramli (hutangnya RM600 juta)?

2.      Hutang-hutang negara yang tidak dikutip dari pemimpin Umno/Barisan Nasional seperti keluarga Dato’ Seri Shahrizat Jalil yang masih berhutang RM250 juta dengan rakyat apabila projek lembu yang dianugerahkan mereka gagal?


3.      Pampasan keuntungan yang diberikan kepada syarikat-syarikat yang rapat dengan Umno/Barisan Nasional seperti pampasan tol dan subsidi gas kepada penjana bebas?


Saya percaya rakyat umumnya marah apabila kerajaan melalui PTPTN mengambil cara kasar mahu mengutip hutang berjumlah beberapa ribu ringgit dari rakyat biasa, sedangkan tindakan sebegitu tidak pula dikenakan kepada peminjam-peminjam besar dari kalangan kroni yang nilainya berkali-kali ganda lebih besar dari jumlah peminjam PTPTN ini.

Oleh yang demikian, saya menyeru supaya YB Saudara Khairy Jamaluddin kekal dengan pendirian awal iaitu menentang tindakan menyenarai hitam peminjam PTPTN dalam CCRIS kerana ada cara-cara lain yang lebih berhemah seperti berikut:

1.      PTPTN wajar menetapkan kriteria pendapatan boleh belanja (disposable income) yang mengasingkan di antara peminjam tegar yang mampu membayar tetapi enggan membayar, dari peminjam yang betul-betul tidak mampu.

Contohnya, peminjam-peminjam PTPTN wanita yang surirumah dan mempunyai tanggungan besar sudah tentu lebih sukar membayar berbanding seorang yang telah mengusahakan perniagaan besar.

Saya mencadangkan supaya PTPTN mengambil pendekatan Australia iaitu hanya peminjam yang telah mencapai gaji tertentu yang wajar membayar atau dikutip hutangnya.

Oleh itu, saya mencadangkan supaya hanya peminjam yang pendapatan boleh belanja (disposable income) bulanan melebihi RM1,000 sebulan (setelah mengambil kira bilangan anak dan tanggungan) yang perlu ditumpukan oleh PTPTN untuk mengutip hutang.


2.      Daripada senarai ini (yang telah mengasingkan peminjam tegar yang mampu tetapi tidak mahu membayar), saya cadangkan PTPTN menghubungi mereka dan merundingkan jadual bayaran. PTPTN sendiri mengakui bahawa PTPTN mempunyai maklumat alamat dan berhubung yang lengkap mengenai peminjam-peminjam ini.

Sekiranya mereka enggan juga membayar, PTPTN bolehlah mengiklankan nama-nama mereka sebagai penghutang tegar di dalam akhbar-akhbar dan media harian sebagai cara untuk mendesak mereka membayar.

Cara ini sudah pun digunakan oleh badan-badan biasiswa seperti PETRONAS, Mara dan lain-lain untuk mengutip hutang pendidikan.

Menggunakan CCRIS benar-benar memangsakan rakyat dalam keadaan ekonomi sudah pun menekan. Sebab itu saya berpendapat adalah tidak bermoral untuk mengejar peminjam PTPTN sebegini rupa sedangkan penghutang besar negara dari kalangan kroni dimanjakan.

1 orang berkata:

awekaste said...

Salam

Percayalah pak karamu hutang bila dah jadi juta juta susah nak dikutip berbanding
dgn hutang ribu ribu tak caya tengok apa yang telah banyak berlaku di depan mata kita.

wasalam

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.