Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Kes dua Adun: PAS Pusat putus 12 Oktober


KUALA LUMPUR: PAS akan membuat keputusan berhubung kes dua Adun Selangor, Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib), pada mesyuarat PAS Pusat 12 Oktober ini.


Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, pada mesyuarat itu nanti, beliau akan membentangkan laporan penuh kes itu termasuk kenyataan kedua-dua Adun itu dalam pertemuan awal dengan beliau pada 29 September lalu.


"Segala butir-butir percakapan mereka dalam pertemuan dahulu itu, saya akan laporkan kepada mesyuarat  Jawatankuasa PAS Pusat nanti.

"Dan bergantung kepada mesyuarat untuk membuat keputusannya bagaimana," katanya ketika dihubungi Harakahdaily.


Saari dan Hasnul sebelum ini menandatangani akuan bersumpah (SD) menyatakan sokongan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Menteri Besar.


Tindakan tersebut dilihat bercanggah dengan pendirian Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan juga Majlis Syura Ulamak PAS.


Desakan supaya mengambil tindakan terhadap kedua-dua mereka turut diusulkan pada Muktamar Tahunan PAS ke-60, di Johor bulan lalu.


Mengulas lanjut Mustafa berkata, mengikut amalan biasa, apabila sesuatu kes itu diangkat kepada Mesyuarat PAS Pusat, maka kes tersebut tidak perlu lagi melalui jawatankuasa disiplin parti.


"PAS Pusat ada bidang kuasa tersendiri untuk membuat apa-apa keputusan berkait tindakan disiplin terhadap anggota parti," katanya. -HARAKAHDAILY 30/9/2014

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.