Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Khamis, 16 Oktober 2014

Jika itu pilihan Tamrin - TG Nik Aziz

KOTA BHARU: Mursyidul AM PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, adalah terserah kepada mana-mana pihak jika mahu memilih keluar dari parti itu dan parti tidak boleh menghalang.

Bagaimanapun katanya, jika ahli itu merasa tidak puas hati kerana terdapat perkara yang dianggap tidak betul, seharusnya mereka membaiki PAS dari dalam dan bukannya dengan keluar parti.

"Apa boleh buat jika itu pilihan Tamrin," kata ketika ditemui di pejabat Institut Pemikiran Tok Guru (IPTG), di sini hari ini.

Mantan Menteri Besar Kelantan itu berkata, PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam dan sepatutnya ia dijadikan medan bagi umat Islam untuk berkhidmat kepada agamanya.

“Saya sendiri kenal dia (Tamrin) sewaktu dia membawa ayahnya (Allahyarham Tun Gafar Baba) datang berjumpa dengan saya dua kali sewaktu arwah masih hidup.

“Tun ketika itu telah berkerusi roda dan ditolak Tamrin. Datangnya hanya semata-mata datang dan tidak bercakap kerana mungkin beliau tidak mampu lagi untuk bercakap,” ujarnya

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Tamrin yang menghantar surat keluar dari PAS semalam.

5 orang berkata:

Basar said...

Bila anwaris nak keluar

Anonymous said...

Inilah akibatnya, bila mereka hanya menjadikan Pas sebagai transit bila sudah tak laku dalam umno. PAS dijadi wadah untok menunjok kwmarahan kepada UMNO. Marah bukan kerana dasar UMNo, tapi marah kerana sudah tidak mendapat tulang.
Senario ini juga akan berlaku di kelantan. Sebelum PRU 13, ramai orang kuat UMNO ( kononnya) telah di bawa masok kedalam PAS dengan janji janji projek dan jawatan. Mereka masok PAS kerana tidak sebulu atau di side lined oleh UMNO kelantan. Bukan kerana yakin dengan perjuangan PAS. Kini god father yang membawa mereka masol sudah tidak ada kuasa untok menunai janji nya. Dan yang membawa mereka masok dalam pas,hanya dwngan tujuan untok menguatkan dirinya sahaja.bukamn untok kekuatan PAs.
Puak puak ni lah sekarang yang sedang meroyan di kelantan.
Siapa yang masok kick defella ke kelantan? Siapa yang bawa masok aziz desa ke KTC? Mereka semua ini akhirnya menikam PAS.
Jadi adalah lebih baik mereka ini berambus sekarang.

Anonymous said...

Pelik....pejuang Islam guna bahasa kesat...Astaufirullah

Basar said...

Kata kesat tidak boleh
Kata lembut tidak boleh
Tentang oktoberfest tidak boleh
Laksanakan hudud tidak boleh
Halang gerakan lgbt tidak boleh

Apa sahaja berkenaan islam tidak boleh.

Yang boleh adalah
Meliwat
Lgbt
Minum arak
Pesta arak
Semua agama adalah sama
Injil dalam bahasa melayu


Anonymous said...

pecat golongan UG kelantan skrg
golongan kemaruk nk jilat teloq umno
apa kabar nik amar UG...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.