• Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjawab pertanyaan pemberita selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Bangunan Kerajaan negeri (SUK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini. - Foto Bernama Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali menjawab pertanyaan pemberita selepas Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) di Bangunan Kerajaan negeri (SUK) Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam hari ini. - Foto Bernama
1 / 1
SHAH ALAM -  Pihak kerajaan negeri Selangor mengambil keputusan melakukan penjenamaan baharu ke atas portfolio bagi barisan Exco Selangor.

Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata, perubahan tersebut dilakukan bagi menambahbaik kelancaran pentadbiran kerajaan negeri yang sedia ada.

"Pada kali ini kita mengambil keputusan untuk memberikan  penjenamaan baharu kepada beberapa portfolio, selaras dengan cabaran dan tuntutan semasa (negeri Selangor) dan pihak kami juga telah mencantumkan beberapa portfolio yang lain untuk meningkatkan prestasi dan menjamin produktiviti dalam pentadbiran yang baharu pada kali ini.

"Perubahan tersebut juga dibuat atas dasar keperluan penjanaan pertubuhan ekonomi baharu negeri Selangor," katanya ketika ditemui pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian selepas berlangsungnya Mesyuarat pertama Exco Kerajaan Negeri Selangor di bawah pemerintahan Mohamed Azmin.

Beliau dalam pada itu turut mengumumkan pelantikan portfolio Exco Selangor baharu bagi negeri tersebut.