•  Abdul Khalid Ibrahim Abdul Khalid Ibrahim (kiri) ketika menghadiri pembukaan mesyuarat pertama penggal ketiga Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat, hari ini. - Foto Ihsan Facebook Abdul Khalid Ibrahim
1 / 1
SHAH ALAM - Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu beliau ditempatkan di belakang sekali dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu memegang tiket bebas.
 
Meskipun begitu, beliau tetap bersyukur kerana masih layak dan boleh hadir ke sidang Parlimen sesi ke-13 itu.
 
“Tadi saya hadir ke Majlis Pembukaan Parlimen sesi ke-13. Saya di tempatkan di belakang sekali setelah menjadi Ahli Parlimen Bebas.
 
“Alhamdulillah saya masih layak dan boleh hadir selaku Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Semoga ALLAH SWT terus memberi kekuatan dan perlindungan,” tulisnya melalui kemas kini status terbarunya di Facebook, sebentar tadi.
 
Sebelum ini, Abdul Khalid digugurkan dari jawatan Menteri Besar Selangor apabila dipecat PKR.
 
Pas kemudiannya mengumumkan dua nama calon menteri besar bagi menggantikan Abdul Khalid iaitu Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali namun istana akhirnya memperkenankan Azmin sebagai menteri besar yang baharu.