• #KitaLawan mula masuk KLPenyokong memegang kain rentang bantahan di pekarangan Masjid Jamek. - Foto Sinar Harian oleh MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
 1 / 1 
KUALA LUMPUR - Walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa, program #KitaLawan tetap diteruskan di beberapa lokasi sekitar ibu negara.

Antaranya mereka mula berkumpul di Pejabat Agung Pas, perkarangan Masjid Jamek, Dataran Merdeka sebelum berarak ke pusat membeli-belah Sogo.

Semalam, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penganjur perhimpunan #KitaLawan tidak lagi dibenarkan untuk mengadakan sebarang perhimpunan di ibu kota.

Ini berikutan tindakan kumpulan itu bertindak agresif terhadap penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Dataran Merdeka.

Khalid berkata berkata, jika perhimpunan itu terus dijalankan, maka polis akan menangkap mereka yang terbabit.

“Penganjur yang ingin mengadakan perhimpunan perlu mengikut Akta Perhimpunan Aman 2012,” katanya.


3.35 petang - Peserta #KitaLawan mula berhimpun di hadapan Masjid Jamek.

3.40 petang - Suasana di Dataran Merdeka masih lenggang dan tidak kelihatan seberang kelibat peserta himpunan #KitaLawan.

3.52 petang - Peserta #KitaLawan mula berkumpul di hadapan Masjid Jamek.

3.55 petang - Peserta #KitaLawan mula bergerak ke pusat membeli-belah Sogo, diketuai Fariz Musa.

4.10 petang - Sebahagian penyokong #KitaLawan berhimpun berdekatan bangunan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur sambil melaungkan reformasi.

4.15 petang - Peserta #KitaLawan yang berhimpun di Jalan Parlimen sebelum bergerak ke pusat membeli-belah Sogo.

4.20 petang - Peserta #KitaLawan sedang bergerak menuju pusat membeli-belah Sogo dan kini berada di Jalan Raja Laut, akibat itu lalu lintas di hadapan bangunan pejabat Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur menjadi sesak.

5.14 petang - Penyokong #KitaLawan kini menuju ke KLCC melalui Jalan Dang Wangi sebelum memasuki Jalan Ampang.

5.30 petang - Polis meletakkan halangan dan membuat benteng manusia di Jalan Ampang iaitu berdekatan dengan Menara Berkembar KLCC

5.45 petang - Jalan Ampang yang menghubungkan ke Menara Berkembar KLCC ditutup sepenuhnya oleh polis.

6.02 petang - Peserta mula menghampiri benteng polis ketika di Jalan Ampang.

6.45 petang - Peserta #KitaLawan mula bersurai dan meninggalkan KLCC selepas rundingan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan perdana menteri tidak dipenuhi.