Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

30/03/15


Polis hanya perlu telefon, saya akan datang, kata Khalid Samad

Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad hari ini berkata, polis boleh hanya menelefonnya daripada membazir tenaga menangkapnya di awal pagi Ahad.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu berkata, 10 anggota polis datang ke rumahnya pada jam 3.20 pagi untuk menangkapnya.

"Saya rasa ia tindakan kurang bijak, pembaziran tenaga kerja dan masa. Jika mereka menelefon dan saya tidak pergi maka mereka boleh menuntut justifikasi.

"Semua orang tahu nombor telefon saya, termasuk polis," katanya kepada The Malaysian Insider selepas dibebaskan.

Khalid berkata beliau sedang tidur apabila polis muncul secara tiba-tiba.

"Saya sedang tidur pada waktu itu ... anggota polis tidak beruniform dan beruniform datang ke rumah saya ... sekurang-kurangnya lebih daripada 10 anggota polis datang ke rumah saya."

Khalid berkata polis tiba kira-kira jam 2 pagi dan menunggu.

"Mereka menunggu agak lama, tetapi tidak membuat apa-apa bunyi sekalipun, untuk itu saya berterima kasih kepada mereka," katanya.

Penahanan Khalid adalah kerana penglibatannya dalam perhimpunan #KitaLawan semalam.

Beliau mengetuai kumpulan perarakan dalam perhimpunan semalam dari ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut.

Terdahulu petang ini, Khalid dibebaskan bersama dua orang mahasiswa selepas mahkamah menolak permintaan polis untuk menahan mereka di bawah reman untuk siasatan lanjut.

Khalid berkata polis tidak berpeluang menyoal atau mengambil kenyataannya.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Khalid Abu Bakar polis akan mengambil tindakan pada bila-bila masa dan menangkap mereka yang cuba menghasut, Khalid berkata beliau tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, sebaliknya di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan kerana perhimpunan haram.

"Saya tidak ditahan di bawah Akta Hasutan, ia di bawah perhimpunan haram. Adalah baik bagi pihak polis mengambil tindakan setiap saat tetapi tidak bertindak di luar keperluan. Kami bukan penjenayah, perompak atau pembunuh, hanya telefon dan kami akan datang. Saya percaya ramai yang lain akan melakukan perkara yang sama, "

Mengenai kemungkinan berlakunya penangkapan kepada pemimpin pembangkang dan aktivis lain, Khalid berkata, "Ia seolah-olah seperti KPN mempunyai sikap anti-pembangkang ... menganggap hanya pembangkang yang menyebabkan masalah."

"Beliau tidak mengambil berat tentang 1MDB, atau salah laku, rasuah dan lain-lain. Beliau hanya mahu menjaga kepentingan Barisan Nasional, kelihatannya seperti itu," katanya merujuk kepada syarikat bermasalah 1Malaysia Development Berhad.-TMI

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.