1 / 1 
SHAH ALAM -  "Ahli Pas yang menentukan kedudukan saya dalam kepimpinan Pas, itu hak ahli parti," tulis Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di laman Facebook beliau.

Abdul Hadi dengan jelas menyerahkan nasibnya kepada ahli Pas sama ada untuk memilih beliau sebagai presiden atau sebaliknya pada pemilihan parti itu pada Jun nanti. 

Selain itu, Abdul Hadi juga memberi amaran mengenai campurtangan pihak luar dalam pentadbiran Pas.
"Orang Pas ada pendirian masing masing, orang lain tidak sepatutnya mencampuri urusan pentadbiran Pas," tegas beliau.

Kelmarin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengumumkan memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi ekoran 'kedegilan' Abdul Hadi untuk meneruskan pembentangan Rang Undang-undang Persendirian berkaitan hudud di Dewan Rakyat.
Penganalisis politik, Prof Madya Dr Mohd Fuad Mat Jali berpendapat, perbuatan Guan Eng yang menyerang Abdul Hadi jelas mahu memastikan ahli Pas memilih ketua yang lebih mesra PR dalam pemilihan Pas Jun ini. 
[ARTIKEL BERKAITAN: Pas, DAP bakal berpecah]