Dakwaan WSJ, penafian sahaja tidak cukup
SHAH ALAM - Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
menegaskan penafian daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun
Razak, 1Malaysia Development Berhad (1MDB), polis mahupun kerajaan tidak
mencukupi untuk menghalang persepsi negatif terpalit kepada imej negara
susulan laporan portal berita asing, hari ini.
Menurutnya, Najib perlu mengambil langkah strategik dengan
mengisytiharkan hartanya bagi membersihkan nama beliau sebagai pemimpin
negara.
“Dakwaan terbaharu oleh Wall Street Journal hari ini memerlukan perhatian segera.
Penafian melalui kenyataan Perdana Menteri, 1MDB, polis mahupun Putrajaya sudah tidak mencukupi untuk menghalang persepsi negatif daripada merebak berterusan.
“Dakwaan terbaharu oleh Wall Street Journal hari ini memerlukan perhatian segera.
Penafian melalui kenyataan Perdana Menteri, 1MDB, polis mahupun Putrajaya sudah tidak mencukupi untuk menghalang persepsi negatif daripada merebak berterusan.
“Pas menggesa Najib mengambil langkah strategik iaitu melakukan
pengisytiharan harta, hutang, pendapatan dan perbelanjaan beliau bersama
isterinya untuk membersihkan nama segera. Bank-bank yang dinamakan
perlu dijadikan saksi dalam pengisytiharan harta ini supaya ia nampak
telus dan berwibawa.
“Langkah mengisytiharkan harta ini dilihat jauh lebih efektif untuk
menangkis tuduhan terhadap Najib pada kali ini,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
WSJ melaporkan hampir AS$700 juta disalurkan 1MDB ke dalam lima akaun
peribadi didakwa milik Najib yang berasingan pada Mac 2013.
Sementara itu, 1MDB dalam kenyataannya hari ini menafikan dakwaan tersebut.
[ARTIKEL BERKAITAN: 1MDB jawab dakwaan salur dana kepada Najib]
Dalam pada itu, beliau mencadangkan agar prosiding Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) terhadap 1MDB dipercepatkan.
“Pas mencadangkan agar Putrajaya mempercepatkan sidang PAC dengan
pegawai tertinggi 1MDB dengan segera. Jika 1MDB tiada masalah besar yang
mencurigakan, sudah tentu PAC tidak akan menjumpai apa-apa masalah. Ini
adalah medan terbaik Najib dan 1MDB membersihkan diri dan menutup para
pengkritiknya.
“Sehingga itu berlaku, Putrajaya dinasihatkan jangan memburukkan
keadaan lagi dengan tindakan-tindakan yang mencurigakan seperti
menjadikan Laporan Interim Terhadap Pengauditan 1MDB sebagai laporan
eksklusif, menuntut penjelasan daripada The Edge daripada menjawab
persoalan-persoalan yang dibangkitkan mengenai 1MDB, cubaan membuang
ahli PAC dan juga perbezaan ketara tindakan agensi kerajaan bertindak
terhadap tuduhan terhadap 1MDB dan juga mereka yang menuduh 1MDB,”
katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment