Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

GOLONGAN YANG KALAH MEMULAKAN PERPECAHAN DIDALAM PAS

Siapa yang memecah-belahkan parti?
Datuk Mohd Amar Abdullah
Datuk Mohd Amar Abdullah
 
KOTA BHARU - Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Abdullah menyelar tindakan pemimpin Harapan Baru yang mendakwa barisan kepemimpinan baharu Pas yang dipilih pada Muktamar Pas ke-61 lalu gagal mengukuhkan perpaduan dalam parti Islam itu.
 
Mohd Amar juga mempersoalkan ‘siapakah’ sebenarnya yang memulakan langkah untuk menubuhkan parti baharu, termasuklah mengadakan jelajah mengkritik dan menyerang pemimpin dan parti sendiri selepas muktamar tersebut.
 
“Adakah itu cara sebenarnya untuk mengukuhkan perpaduan?’,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
 
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang mendakwa barisan kepimpinan baharu Pas yang dipilih pada muktamar lalu gagal mengukuhkan perpaduan dalam parti.
 
Khalid yang juga bekas pemimpin kanan Pas mendakwa, jika Pas masih berpegang kepada asas perjuangan yang diletakkan oleh kepimpinan lama parti, usaha untuk menjatuhkan Umno dan BN dalam pilihan raya sepatutnya dijadikan keutamaan.
 
Sementara itu, penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff ketika diminta mengulas isu sama berkata, usaha memupuk perpaduan dalam parti selepas berakhirnya pemilihan tidak boleh diletakkan di atas bahu pucuk pimpinan yang menang semata-mata.
 
Menurutnya, selaku pemenang, mereka yang berkuasa sekarang berhak  melantik sesiapa sahaja ke dalam jawatan lantikan parti dan ia telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Pas.
 
“Disebabkan pemilihan Pas baru-baru ini melibatkan tentangan dalam pendekatan berpolitik, maka sudah tentu pihak yang menang akan mengutamakan mereka yang berkongsi pendekatan berpolitik sama untuk mengisi jawatan lantikan.
 
“Apatah lagi kerana terlalu ramai bekas pemimpin Pas yang mengalami kekalahan, maka adalah mustahil untuk pemimpin Pas sekarang melantik kesemua mereka untuk jawatan lantikan yang bilangannya cukup terhad,” katanya.
 
Dr Kamarul berkata, punca utama perpecahan dalam Pas sekarang ialah kerana pihak yang kalah hingga sekarang enggan menerima hakikat kekalahan berikutan merasakan mereka lebih baik daripada pihak yang menang.

2 orang berkata:

Koperasi Prihatin Kedah Berhad said...

Dah habis modal fitnah dan penghinaan? Maka mula pula modal salah menyalahkan, sampai bila nak selesai. Buatlah perjumpaan secara tertutup dan berbincang secara profesional. Jangan jadikan media sebagai medan perbincangan terbuka dan jangan nak jadi glamour. Semoga Allah kurniakan kesedaran dan keinsafan akhirnya 'kiambang kembali bertaut'.

XUMNO said...

Patutlah Geng Mat Sabu kalah, sebab mereka suka menyalahkan orang lain apabila cita2 dan hasrat mereka tidak dapat sambutan.Kalau kalah dalam pemilihan pun dah tak tahan emosi sambil merajuk, janganlah dabik dada ingat kamu handal. Orang meluat dengan akhlak begitu. Tambah lagi orang meluat dengan perangai tidak mahu berundur secara hormat dari Pas. Kenapa masih makan elaun hasil titik peluh jamaah Pas? Kalau betul2 anak jantan dan rasa diri hebat, letak jawatan dan bertanding semula sabagai calon parti lain.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.