Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

HA BARU BETUL ......


Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS
 
Posted on Sunday, July 26 @ 13:00:00 MYT
Dilulus untuk paparan oleh PenjualCendol


 

PAS sedia menamatkan hubungan dengan PKR sekiranya parti itu bersetuju menyertai DAP dan ‎Gerakan Harapan Baru (GHB) membentuk satu pakatan pembangkang baharu, kata Datuk Dr Haron Din dilaporkan akhbar Mingguan Malaysia.

Mursyidul am PAS itu dilaporkan berkata, kemungkinan pendirian itu dibuat selepas meneliti kenyataan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim ‎baru-baru ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan parti Islam itu.


"Dengan keputusan itu maka akan terputuslah hubungan antara kedua-dua parti dan masing-masing bakal meneroka jalan sendiri selepas terbubarnya pakatan pembangkang.

"Kalau mereka hendak menubuhkan parti baharu, saya ucapkan selamat maju jaya," katanya seperti dilaporkan edisi Ahad Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia. 

Haron berkata, pihaknya yakin PAS tetap kuat dan berdiri teguh memperjuangkan Islam walaupun sekumpulan ahlinya akan menubuhkan ‎parti baharu GHB.Katanya, ini kerana PAS pernah mengalami situasi sana melalui sejarah penubuhan ‎Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) dan Parti Hizbul Muslimin Malaysia (Hamim).

"‎Semoga GHB tidak tinggal harapan sahaja dan masa akan menentukan. Jika umur kita panjang, kita akan melihat apa yang berlaku seterusnya," katanya.

Anwar dalam kenyataan pada 24 Jun lalu membayangkan penubuhan pakatan baharu yang merangkumi semua kumpulan progresif termasuk Bersih, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Pertubuhan Ikram Malaysia (Ikram) dan GHB.

Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata, PAS tidak akan dilibatkan dalam pakatan baharu tersebut kerana parti Islam itu menjadi punca kematian Pakatan Rakyat.

2 orang berkata:

Anonymous said...

ini baru betul ,Pas menunjukan kejantanaya.INGAT jangan undur atau cari alasan lagi.Terus boikot PKR biarkan kita bedrsendirian sahaj,kita berjunag tak perlu kawan lain ,sekarang yang nampak bolik kita jadikan kawan adalh Umno sahaja.kta harap semua ulamak jangn membantah sekiranya presiden dan mursidul am kita membuat keputusan diadakan kerjasama antar Pas dan umno.kita pengikut dibawah ini mesti patuh apa yang diputuskan oleh ketua kita.maju kedepan Pas.

XUMNO said...

Kenyataan Anwar tidak menghairankan. Dasar bekas2 pemimpin umno seperti Mahathir, Tamrin Baba, Mad Taib dan sekarang Anwar adalah sealiran. Apabila mereka ditendang oleh umno mereka menagih simpati satu2nya parti yg berjiwa islamik iaitu Pas. Seperti seekor haiwan yg luka, Pas membantu menyembuhkan kedukaan mereka, memberikan tempat dan ruang untuk mereka naik semula dalam arena politik. Tetapi adakah mereka menghargai jasa baik Pas apabila mereka sudah kuat semula?? Bukan saja mereka lupa jasa baik Pad malahan mereka menjadikan Pas sebagai bahan kutukan dan cercaan. Inilah beza antara Pas sebagai parti islam dengan lain2 parti. Dan inilah akhlak islamik pemimpin2 Pas berbanding yg lain.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.