Apa maksud Mat Sabu berkata: "Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR." ? Amboi ! parti belum lagi lulus sudah meletakkan PKR sebagai rakan kongsi ketiga ! Harap laporan bernama ini tak betoi, atau ia satu signal awal terhadap PKR - Pak Karamu
Harapan Baru: Kita semua kawan, jawab Wan Azizah
BUTTERWORTH - PKR bersikap terbuka dalam menjalin kerjasama dengan
mana-mana parti politik yang mengamalkan rangka kerja dasar yang sama,
kata presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
"Saya ingat kita punya persahabatan dengan semua orang walaupun dengan Umno. Kita sama... kita mempunyai perjuangan.
"Kita ada kerangka kerja dasar yang sama di mana kita dan semua anggota
politik bersama dengan rakyat Malaysia yang prihatin tentang krisis
nasional yang melanda negara, kita ajak bersama untuk menyelesaikannya,"
katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri program Jelajah Amanat
Presiden di sini, hari ini.
Turut hadir Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Ketua Penerangan
PKR, Syed Ibrahim Syed Noh, Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Dr Mansor
Othman dan barisan kepimpinan PKR negeri.
Dr Wan Azizah berkata demikian mengulas kenyataan Mursyidul Am Pas,
Datuk Dr Haron Din dalam Mingguan Malaysia hari ini yang menyatakan Pas
bersedia menamatkan hubungan dengan PKR jika parti itu bersetuju
menyertai DAP dan Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru) untuk membentuk
satu pakatan pembangkang yang baharu.
Haron dilaporkan berkata kemungkinan pendirian itu dibuat selepas
meneliti kenyataan Ketua Umum PKR ,Datuk Seri Anwar Ibrahim baru-baru
ini yang menggambarkan seolah-olah mahu memutuskan hubungan dengan Pas.
Bagaimanapun, Dr Wan Azizah enggan mengulas berhubung perkara itu dan meminta untuk mengesahkan perkara itu terlebih dahulu.
Ditanya mengenai pendirian yang diambil PKR terhadap Harapan Baru, Ahli
Parlimen Permatang Pauh itu memberi 'jawapan selamat' dengan berkata:
"Kita semua kawan... kita ada keterbukaan, mereka kawan lama kita. Kita
sebagai kawan, kawanlah...atas kerangka kerja dasar yang sama, kita
bersama," katanya.
Sementara itu, Mohamed Azmin yang juga Menteri Besar Selangor berkata,
keutamaan dan pendirian PKR ketika ini adalah bersikap lebih inklusif
untuk menjaga keharmonian dan memakmurkan negara serta ekonomi.
"Kita harus bersedia untuk menonjolkan kepimpinan dan di sini Keadilan
perlu memainkan peranan penting bagi memastikan semua parti dan rakyat
akan bersama-sama sebagai satu pasukan yang mantap bagi menyelamatkan
negara," katanya.
Bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan
penubuhan Harapan Baru yang terdiri daripada pemimpin kanan Pas yang
gagal dalam muktamar parti bulan lepas.
Harapan Baru, yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai
sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti Pas dalam gabungan
pembangkang Pakatan Rakyat sekarang selepas DAP dan Pas putus hubungan.
Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment