Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK SALAH BERBAI'AH, HUJAH TRLALU BANYAK, YANG TAK FAHAM ELOK LA DIAM

Sumpah bai'ah: Pas Kelantan pertahan Nik Aziz

Ahmad Yakob
Ahmad Yakob

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob mempertahankan tindakan Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mewujudkan sumpah bai'ah mengandungi talak tiga kepada wakil rakyat Pas di negeri ini.

Beliau berkata, sumpah yang dibuat jelas dan mereka yang masih keliru boleh merujuk kepada pandangan Ketua Hakim Syarie Mahkamah Syariah Kelantan, Datuk Daud Muhamad yang dikeluarkan oleh media baru-baru ini.


“Banyak hujah mengenainya, kita hormati pandangan-pandangan itu sama seperti kita hormati apa yang dilakukan oleh Tok Guru, beliau telah mengkaji baik dan buruk sumpah bai’ah yang mungkin waktu itu ia dibuat untuk tujuan tertentu.


“Malah wakil rakyat Pas tiada masalah dengan perkara itu rumahtangga mereka kekal baik, aman damai dan bahagia sehingga kini,” katanya  selepas merasmikan Bangunan Akademik Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), di sini, hari ini.


Baru-baru, Ahmad telah menegaskan perkara itu terkandung dalam lafaz bai’ah atau sumpah taat setia yang dibuat setiap wakil rakyat Pas di negeri tersebut sejak 2004.


Isu ba'iah Pas menjadi topik hangat apabila wujud di kalangan wakil rakyat Pas yang menyatakan hasrat untuk menyertai Gerakan Harapan Baru (Harapan Baru), mutakhir ini. 

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.