Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Konspirasi jatuhkan Kerajaan BN perbuatan khianat

BN

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Umno Selangor hari ini meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan wujudnya konspirasi antarabangsa untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar berkata, pendedahan yang dibuat oleh Xavier Andre Justo, bekas pengarah PetroSaudi International Ltd, kepada pihak polis Thailand menunjukkan adanya jenayah amat serius dan berbahaya.

"Kalau betul apa yang didakwa Justo, ia boleh dianggap  mereka yang terlibat sebagai penderhaka," katanya kepada Bernama malam ini.

Noh turut mencabar pemimpin pembangkang yang didakwa mengadakan pertemuan dengan Justo supaya tampil membuat penafian jika dakwaan lelaki itu tidak benar.

Justeru itu, katanya, pihak berwajib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa juga yang terlibat dalam perkara itu.

Beliau mengulas pendedahan Polis Thailand pada Khamis bahawa pemimpin pembangkang bertemu dengan Justo di Singapura untuk membeli maklumat sulit.

Justo, 49, ditahan oleh Jabatan Pembanterasan Jenayah (CSD) Polis Thailand di Koh Samui pada 22 Jun lepas setelah PetroSaudi membuat laporan rasmi terhadap kegiataan peras ugut oleh lelaki warga Switzerland itu.

Di KUANTAN, Ahli Parlimen Maran Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib berkata, tindakan pihak tertentu bersekongkol dengan pihak luar untuk menjatuhkan kerajaan BN adalah perbuatan tidak bertanggungjawab dan perlu dikenakan tindakan tegas.

"Ini satu perbuatan berniat jahat untuk menggulingkan kerajaan dengan cara sebegini dan kita perlu sedar proses untuk Malaysia menjadi negara membangun seperti hari ini bukan mudah.

"Selama ini, banyak faedah pembangunan negara yang dikecapi rakyat dan jika keharmonian negara terjejas, yang menerima kesan adalah rakyat," kata Ismail yang juga Timbalan Menteri Sumber Manusia kepada Bernama,malam ini.

Beliau berharap pihak berkuasa dapat membawa pihak berkenaan ke muka pengadilan secepat mungkin bagi membolehkan tindakan tegas diambil.

Selain itu, katanya hubungan diplomatik Malaysia dan negara-negara anggota Asean diharap dapat membantu menyegerakan proses siasatan itu supaya dalang sebenar dapat dikenal pasti.

Pengerusi MIC Pahang, K.Tamil Selvam pula berkata, tindakan menjatuhkan kerajaan secara 'halus' itu boleh menjejaskan keamanan dan kestabilan negara.

Beliau juga berharap polis dapat melakukan siasatan menyeluruh terhadap dakwaan konspirasi itu. - Bernama

2 orang berkata:

Anonymous said...

aik..bagus la tu...
bukan umno tu kafir ka?..dap lagi la..
mca lagi la..mic lagi la...bukan pkr pun kafir jugak ka?pendek kata seolah2 xdak sapa yg x kafir la demi politik demokrasi ni..pendek kata dlm politik demokrasi ni mcm pas je tulen setulin2 islamnya kan walaupun penganut2 pas rata2 x tau atau buat2 tak tau yg mereka dh bawa hukum tuhan yg esa berhukum secara rasmi/terang2 dgn hukum/sistem demokrasi kan?

bila ko register dasar/sistem/hukum tuhan yg esa di bawah sistem/hukum demokrasi..secara rasmi dan terang2 ko bawa hukum tuhan yg esa berhukum dgn hukum manusia..
secara rasmi dan terang2 tau hehe..

so kalo kerajaan kafir umno jatuh, peluang utk pas la..ok la tu..(ko terus wat x tau perkara yg paling asas yg aku sebut tu dh la,ala...xda sape tau..penganut pas sendiri pun x tau hehehe)

la ni mat sabu dh tubuh parti baru ni,kumpul la semua manusia doa k.o/kehancuran utk dia dan parti dia kat stadium ,x payah malu2 aih..doa je bagi dia k.o..
awat tggu lama2..
demi kerusi demokrasi kan..kang parti dia makin org sokong kang susah hangpa nak dapat byk undi2 manusia apetah lagi undi2 penyembah berhala..la ni hangpa memang sangat2 perlu kat undi2 penyembah berhala kan?la ni hangpa kene pasang startegi kuat sikit mcm mana nak dapat undi2 penyembah berhala tau..
hehe

Hamba Allah said...

Pkr dan dapig dok canang merata demokrasi2...tp beginikah cara demokrasi yg mereka unjurkan???nk jatuhkan umno harus dgn demokrasi tp mengapa begini cara pkr dan dapiq ingin jatukan umno...

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.