Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Mahfuz cadang kecilkan saiz kabinet

Mahfuz Omar
Mahfuz Omar
 
 
ALOR SETAR - Kerajaan wajar mengurangkan saiz kabinet dari 35 kepada 19 menteri dan timbalan menteri sahaja. 

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, ia dapat mengurangkan perbelanjaan negara dengan memecat mereka yang tidak berkualiti dan berintegriti.

“Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hampir pasti akan melakukan rombakan kabinet berikutan krisis yang berlaku dalam MIC. 

“Persoalannya bukan sekadar rombakan tetapi apakah negara memerlukan 35 menteri untuk menguruskan negara yang rakyatnya tidak melebihi 30 juta orang,” katanya kepada media di Kompleks Pas Pokok Sena, hari ini.

Menurutnya, negara maju dan besar seperti Jepun hanya mempunyai 16 menteri untuk rakyat berjumlah 127 juta, Amerika Syarikat 18 menteri untuk 313 juta penduduk dan India 32 menteri untuk 1.2 bilion penduduk. 

“Sedangkan Malaysia dengan rakyat yang tidak melebihi 30 juta orang mempunyai 35 menteri dan 27 timbalan menteri.

“Kenapa Malaysia perlu berbelanja mewah untuk menanggung 35 menteri dan 27 timbalan menteri menggunakan wang pembayar cukai termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya.

Bekas Ketua Penerangan Pas itu turut mendakwa wang pembayar cukai disalah guna untuk menyuap mulut menteri dan timbalan menteri, sedangkan sebahagian mereka gagal meningkatkan taraf hidup rakyat.

“Malaysia seharusnya mencontohi negara besar dan maju dengan saiz kabinet yang kecil dan jumlah menteri yang sedikit, tetapi mampu melonjak pencapaian negara,” katanya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.