Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified
Pas gesa Najib disiasat dengan adil, telus

Pas gesa Najib disiasat dengan adil, telus
Mahfodz Mohamed
 
SHAH ALAM - Suruhanjaya Siasatan Diraja mesti ditubuhkan bagi menyiasat isu dana badan pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
 
Ketua Dewan Ulama Pas Pusat, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed berkata, ia bagi memastikan siasatan dijalankan secara adil, telus dan menyeluruh tanpa dipengaruhi oleh pihak-pihak berkepentingan dalam isu tersebut.
 
“Kami menyokong penglibatan dan kesungguhan banyak pihak dalam membongkar kebenaran dan menuntut keadilan terhadap isu yang sangat berpotensi untuk menggugat negara kita ini pada pelbagai aspek akibat sikap tidak amanah pemimpin.
 
“Bagaimanapun, kami akan terus memberikan penekanan terhadap proses siasatan dan pengadilan yang berintegriti dan berwibawa bagi menyelesaikan isu ini,” katanya menerusi sebuah kenyataan hari ini.
 
 
Dalam pada itu katanya, Najib juga perlu tampil menjelaskan keadaan, selain mengemukakan respons konkrit kepada Ahli-ahli Parlimen dengan memanggil sidang khas parlimen secepat mungkin.
 
“Portal Wall Street Journal pada 2 Julai telah membuat pendedahan AS$700 juta didepositkan ke akaun Najib diikuti pendedahan kedua pada 7 Julai (kelmarin) dengan mengemukakan sembilan dokumen yang menjadi asas kepada pertuduhan itu dibuat. Tuduhan ke atas Najib menjadi lebih berat apabila skandal yang sedang dihadapi beliau dikaitkan pula dengan kes pembunuhan Hussain Ahmad Najadi, pengasas Arab Malaysian Banking Group pada 29 Julai 2013.
 
"Kedua-dua tuduhan ke atas beliau ini adalah sangat berat dan ia melibatkan kepentingan orang ramai dan negara,” katanya lagi.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.