Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA PULAK PUKUL-PUKUL, HENTAK-HENTAK NI !

PASA-RASA PAK KARAMU JIKA DAH LAGU NI, POLIS NASIHAT TIADA BERSIH DAN TIADA MENOLAK BERSIH - Pak Karamu                                                                                             
 
'Walau dipukul dengan kayu, dihentak dengan batu'

'Walau dipukul dengan kayu, dihentak dengan batu'
Sebahagian daripada peserta mempamer aksi berani masing-masing dalam himpunan Menolak Bersih 4.0 (Jahat) di hadapan Kompleks Beli-belah Sogo, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Sinar Online oleh FATHIN ATHIRAN HASLI
 
KUALA LUMPUR - Peserta Himpunan Menolak Bersih tidak gentar untuk berdepan peserta Himpunan Bersih 4.0, Sabtu ini.

Penganjur himpunan Menolak Bersih 4.0 (Jahat), Datuk Jamal Yunus berkata, peserta himpunan anjurannya telah bersiap sedia untuk berhadapan dengan segala kemungkinan termasuk kekerasan dalam himpunan itu nanti.

Simbolik kepada kesiapsiagaan itu turut ditonjolkan menerusi persembahan aksi berani oleh peserta pada himpunan yang diadakan di pekarangan Kompleks Beli-belah Sogo, petang tadi.

"Mereka ini semua sudah bersiap sedia. ‎Kami sudah memberikan segala latihan dan persiapan bagi mereka (peserta) untuk menghadapi peserta (himpunan) Bersih pada hujung bulan ini.

"Walaupun dipukul dengan kayu dan dihentak dengan batu, mereka tidak apa-apa. Kami semua sudah bersedia. Kalau kami diserang, InsyaALLAH kami akan pertahankan diri," katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Seramai 30,000 peserta disasar untuk menyertai himpunan Menolak Bersih 4.0 yang bakal dianjurkan serentak dengan penganjuran himpunan Bersih 4.0 pada 29 Ogos ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bersih 4.0 bakal bertemu lawan 29 Ogos ini]

Jamal menambah, pihak berkuasa sekalipun tidak akan dapat menghalang himpunan Menolak Bersih yang dianjurkannya selagi himpunan Bersih 4.0 dianjur sama pada hari tersebut.

Sementara itu, himpunan pada hari ini memperlihatkan sebahagian daripada peserta mempersembahkan aksi berani masing-masing di khalayak umum.

Antara aksi yang dilakukan termasuklah memukul bahagian belakang tubuh dengan kayu dan menghentak blok batu ke kepala peserta.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.