Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

BELUM LAGI PARTI DILULUSKAN SUDAH MENIPU

APA KHABAR HARAPAN BARU, KATA PERJUANG ISLAM SEBENAR, TAPI PENIPU BESAR ! HANGPA TAK MALU KAAAA ? SAH LA HANGPA TAK DA MARUAH ! PARTI ISLAM SEBENAR KONON, HAPRAK PUNYA PARTI - Pak Karamu

Orang sama keluar dari tiga kawasan Pas Selangor

Mohd Khairuddin Othman
SHAH ALAM - Tindakan beberapa ahli Pas di tiga kawasan di Selangor yang meletakkan jawatan beramai-ramai sejak akhir ini dipercayai hanyalah lakonan untuk memburukkan imej parti Islam itu.


Setiausaha Pas Selangor, Mohd Khairuddin Othman menegaskan, pihaknya sudah mengenal pasti beberapa individu terbabit yang didakwa menyamar sebagai ahli Pas di tiga kawasan di negeri itu ketika mengumumkan keluar parti.

"Cuba saudara tengok, gambar yang letak jawatan beramai-ramai, tidakkah muka orang yang sama?

"Di Kelana Jaya, muka sama..di Kota Raja, muka sama...di Shah Alam, muka yang sama, soalnya siapa yang letak jawatan?" soalnya pada sidang media di pejabat Badan Perhubungan Pas Selangor, di sini hari ini.

Minggu lalu, lebih 400 ahli Pas Selangor yang memegang jawatan dalam parti Islam itu mengumumkan peletakan jawatan mereka untuk menyertai gerakan Harapan Baru.

Ia termasuk 183 dari Pas Kota Raja, 227 dari Pas Kapar dan tiga dari Pas Klang.

Dalam pada itu, perkara tersebut turut diakui Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) Selangor, Datuk K Deepakaran sambil menafikan badan itu mempunyai cawangan.

"Ahli DHPP yang keluar itu tidak ramai, dalam surat khabar sebut 22 cawangan keluar dari kawasan Kota Raja, sedangkan kita tidak mempunyai cawangan.

"Kita hanya ada kawasan, negeri dan pusat. Ahli DHPP Shah Alam, yang keluar itu satu atau dua orang saja, ketua dan timbalan, jadi pelapis kita sudah ada," katanya.

Sebelum ini, YDP Pas Kawasan Kota Raja, Jaafar Shamsuddin yang meletakkan jawatan serentak dengan Ahli Parlimen kawasan itu, Dr Siti Mariah Mahmud mendakwa kesemua 22 ketua dan AJK cawangan DHPP turut keluar parti.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Mereka keluar sbb x nak kena baruakan ulamak lagi.

Anonymous said...

Mana gambar yg ko kata sama tu?
Mana gambor? Aku nak tengok....
Sapa kata pas x ada cawangan?
Tolong la jgn kencing

Anonymous said...

Jgn takut la.
Jgn gelabah...yg keluar tu 18 org aje
Tak bersih lagi kat dalam pas tu...
Kena buang byk lagi baru bersih

Anonymous said...

pemimpin pas selangor dah tak ada benda nak cakap ke? beginilah jadinya bila walaun tahap gaban menguasai diri. syabas bang hadi kaki ponteng sidang parlimen kerana berjaya buatkan walaun2 bang hadi jadi macai.

Anonymous said...

Kesain pakakrmutui.cakaplah ,tulislah selagi kau bolih tulis.orang tahu jiwa kau dan peminpin Selangor dalam keadaan gelabah beruk ,nak kata apa lagi ,janagn kan 10 orang kleuar .kalau seoarng pun dah tak jadi 1 juta mamat oi.bodoh punya akal.

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.