Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS SELANGOR TAK LUMPUH

Pas Selangor takkan lumpuh

Pas Selangor takkan lumpuh
Abdul Hadi (kiri) pada sidang media selepas Perhimpunan Istiqomah Hingga Kemenangan sempena majlis Munaqasyah (ucapan dasar Presiden) Pas di Taman Seri Telok Emas, kelmarin.
 
 
MELAKA TENGAH - Pas Selangor tidak akan lumpuh meskipun beberapa ahli jawatankuasa Pas kawasan di negeri itu meletakkan jawatan, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
 
Menurutnya, berdasarkan perlembagaan, Pas di kawasan itu tidak akan bubar jika terdapat beberapa ahli jawatankuasa yang meletakkan jawatan kerana kekosongan itu boleh diisi mengikut peraturan pentadbiran sedia ada.
 
“Bahkan kita mendapat maklumat balas daripada pelbagai kalangan kemasukan ahli baharu berlipat kali ganda bukan sahaja menjadi ahli Pas bahkan menjadi pemimpin kerana kita mempunyai barisan pelapis yang ramai.
 
“Mengenai peletakan jawatan ahli parlimen, ia berkaitan dengan Parlimen, namun setiap ahli parlimen ada sumpah atau yang dipanggil baiah. Ia merupakan satu sumpah jika tidak patuh kepada arahan parti mereka dilaknat yang mereka sebut sendiri sewaktu baiah selain perlu mengosongkan kerusi kawasan," katanya.
 
Beliau berkata kepada media selepas merasmikan Perhimpunan Istiqomah Hingga Kemenangan (Pihak) sempena Majlis Munaqasyah (ucapan dasar Presiden) Pas di Taman Seri Telok Emas di sini, kelmarin.
 
Program dihadiri Exco Kerajaan Negeri Kelantan, Nasarudin Daud dan Pesuruhjaya Pas Melaka, Kamarudin Sidek itu menyaksikan penyerahan 403 borang penyertaan ahli baharu Pas kepada tiga cawangan baharu parti itu.
 
Katanya, terpulang kepada iman masing-masing dan undang-undang parti dalam perkara berkaitan keahlian.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.