Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Sunday, August 2, 2015


1MDB: Ketua Polis Negara Salahguna Kuasa

1MDB: Ketua Polis Negara Salahguna Kuasa
Khalid Abu Bakar                                 Kerajaan Rakyat

Kini seluruh negara khasnya, dunia amnya mengetahui dan mengikuti dengan dekat perkembangan politik serta ekonomi Malaysia, khususnya berkaitan penyelewengan dana 1MDB (1Malaysia Development Berhad) bernilai US$700 million (RM2.67 billion).

Penyelewengan dana bernilai US$700 million (RM2.67 billion) menarik perhatian rakyat marhean kerna ianya melibatkan dua individu utama negara, perdana menteri; Datuk Seri Najib Razak dan isterinya; Datin Seri Rosmah Mansor. Skandal ini secara langsung telah menjejaskan bukan hanya keyakinan rakyat terhadap pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional, lebih dari itu ia turut menjejaskan keyakinan para pelabur dalam dan luar negara terhadap kestabilan politik dan ekonomi Malaysia.

Terkait secara langsung dalam skandal 1MDB ini, pendedahan demi pendedahan berserta gambar dan bukti bertulis oleh individu tertentu, juga oleh media dalam dan luar negara termasuk Sarawak Report dan Wall Street Journal (WSJ) sepatutnya sudah cukup bagi Ketua Polis Negara, Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar mengarahkan pihak polis menahan, menangkap dan seterusnya membawa tertuduh (Datuk Seri Najib Razak dan isterinya; Datin Seri Rosmah Mansor) untuk disiasat dan didakwa kemuka pengadilan.

Malangnya, Ketua Polis Negara, Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar bukan hanya memandang sepi isu ini, malah beliau telah menyalahgunakan kuasanya sebagai Ketua Polis Negara dengan menahan serta mengkhianati rakyat marhaen yang menuntut keadilan dan memohon agar siasatan telus dilakukan.

Saya anak negeri Johor Darul Takzim, rakyat Malaysia negara berdaulat, dengan ini mendakwa; Ybhg. Tan Sri Khalid Abu Bakar telah dengan sengaja mengkhianati amanah serta menyalahgunakan kuasa yang digalasnya sebagai Ketua Polis Negara.

Saya, Mohd Sofi Yassin bertanggungjawab penuh terhadap kenyataan ini bersandarkan keyakinan saya bahawa pencetus utama skandal 1MDB; Datuk Seri Najib Razak wajib ditahan dan disiasat segera demi kesejahteraan rakyat serta keharmonian negara Malaysia tercinta.

Salam Takzim.
Mohd Sofi Yassin.
Kerajaan Rakyat.

5 orang berkata:

Anonymous said...

Pak Karamu...
Tuang Presdeng selalu kata, orang lain semua tak betul, GHB tak betul.

"Daripada Abu Hurairah r.a. Bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Jika ada seseorang berkata, ramai orang telah rosak, maka orang yang berkata itu sendiri yang paling rosak di antara mereka” (HR Muslim)"

Anonymous said...

Pak Karamu...
Tuang Presdeng pakai pakaian dr kulit lembu kah???

"Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda “Akan keluar pada akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka berpakaian di hadapan orang lain dengan pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orang ramai, dan perkataan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala. Allah SWT berfirman kepada mereka “Apakah kamu tertipu dengan kelembutanKu? Ataukah kamu terlalu berani berbohong kepadaKu? Demi kebesaranKu, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim (cendekiawan) pun akan menjadi bingung” (HR Tirmizi)"

Anonymous said...

Pak Karamu...
Jangan jadi penjual agama...

"Daripada Abu Hurairah r.a, bahawasanya Rasulullah SAW bersabda “Bersegeralah kamu beramal sebelum menemui fitnah (ujian berat) seumpama malam yang sangat gelap. Seseorang yang masih beriman pada waktu pagi, kemudian pada waktu petang dia sudah menjadi kafir, atau seseorang yang masih beriman pada waktu petang, kemudian pada keesokan harinya dia sudah menjadi kafir. Dia telah menjual agamanya dengan sedikit harta benda dunia” (HR Muslim)"

Anonymous said...

Pak Karamu....
Apakah makna kematian bagi seorang yang benar2 ulamak
Kita ambil contoh Allahyarham Nik Aziz:

"Daripada Abdullah bin Amr bin ‘Ash r.a. Beliau berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Bahawasanya Allah SWT tidak akan mencabut (menghilangkan) ilmu dengan sekali gus daripada manusia. Tetapi Allah SWT menghilangkan ilmu agama dengan mematikan para ulama. Apabila telah ditiadakan para ulama, orang banyak akan memilih orang-orang jahil sebagai pemimpinnya. Apabila pemimpin yang jahil itu ditanyakan, mereka akan berfatwa tanpa ilmu pengetahuan. Mereka sesat dan menyesatkan orang lain” (HR Muslim)"

Anonymous said...

Pak Karamu...
Beringatlah sebelum kita berwala';

"Daripada Abu Hurairah r.a. Katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda “Umatku akan ditimpa penyakit -penyakit yang pernah menimpa umat-umat terdahulu” Sahabat bertanya “Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?” Nabi SAW menjawab “Penyakit-penyakit itu adalah, 1.Terlalu sombong, 2.Terlalu mewah, 3.Mengumpulkan harta sebanyak mungkin, 4.Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia, 5.Saling memarahi, 6.Dengki-mendengki sehingga menjadi zalim menzalimi” (HR Hakim)"

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.