Jawatan MB Selangor dalam 'bahaya'
SHAH ALAM - Jawatan Menteri Besar Selangor boleh terlepas ke tangan DAP
jika Datuk Seri Mohamed Azmin Ali gagal mempertahankan prinsip satu
lawan satu di negeri ini dalam PRU akan datang.
Pensyarah Kanan Hal Ehwal Politik dan Antarabangsa, Pusat Pengajian
Antarabangsa Universiti Utara Malaysia, Md Shukri Shuib berkata, beliau
yakin DAP akan mengambil alih kerusi menteri besar kerana parti
berkenaan juga cenderung meletakkan calon Melayu bertanding dalam
pertembungan tiga penjuru.
“Pembentukan Pakatan Harapan termasuk dalam konteks Selangor memudahkan
lagi DAP mendapatkan kerusi menteri besar apabila calon Melayu mereka
yang bertanding menang.
“Sebenarnya DAP mungkin akan dapat menggantikan Azmin sebagai menteri
besar kerana dalam hal ini, PKR dan Amanah jelas memainkan peranan
sebagai pembantu strategik pada peluasan pengaruh dan kuasa politik
DAP,” katanya kepada Sinar Harian.
Menurutnya, keengganan Pas menyetujui prinsip satu lawan satu juga
boleh menyebabkan PKR kehilangan lebih banyak kerusi di Selangor, sekali
gus memberi laluan mudah untuk DAP meraih majoriti.
“PKR sudah menjangka kesukaran yang akan mereka lalui di Selangor dalam
PRU14 nanti kerana komposisi kawasan di Selangor agak rumit kalau
hendak dipecahkan mengikut majoriti kaum dan parti.
“Tambahan pula strategi politik di negeri berkenaan memerlukan
penglibatan signifikan undi semua kaum tanpa mengira kawasan bandar atau
luar bandar,” katanya.
Beliau berkata, Azmin jelas mahu prinsip satu lawan satu dipertahankan
kerana beliau sudah boleh menilai sentimen pengundi pembangkang di
Selangor kini terbahagi kepada dua iaitu pro Pas dan pro Pakatan
Harapan.
“Senario ini jelas menggambarkan Azmin dan PKR dalam dilema dan tekanan
pembahagian pengaruh antara PKR, DAP, Amanah dan Pas di satu pihak
lain.
“Seolah-olah berlaku dua kumpulan dalam pembangkang dan PKR seperti di tengah-tengah kumpulan,” katanya.
2 orang berkata:
ninest123 16.02
louis vuitton, louis vuitton, longchamp outlet, ray ban sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, michael kors, nike free, longchamp outlet, louboutin, ugg boots, burberry, prada outlet, tiffany jewelry, oakley sunglasses, michael kors outlet, michael kors outlet, uggs on sale, burberry outlet online, tory burch outlet, prada handbags, oakley sunglasses, polo ralph lauren outlet, ugg boots, ugg boots, nike outlet, louboutin outlet, michael kors outlet, louis vuitton outlet, chanel handbags, jordan shoes, ugg boots, christian louboutin outlet, longchamp, replica watches, ray ban sunglasses, cheap oakley sunglasses, tiffany and co, nike air max, oakley sunglasses, louis vuitton, replica watches, louis vuitton outlet, polo ralph lauren outlet, ray ban sunglasses, louboutin shoes, oakley sunglasses, nike air max, gucci outlet
lululemon, vans pas cher, hollister, nike roshe, michael kors, michael kors, north face, hollister pas cher, oakley pas cher, true religion jeans, new balance pas cher, north face, coach purses, vanessa bruno, nike trainers, nike free, true religion outlet, burberry, nike air max, ralph lauren pas cher, hogan, ray ban pas cher, louboutin pas cher, nike air max, air max, air jordan pas cher, replica handbags, hermes, abercrombie and fitch, michael kors, nike free run uk, longchamp, true religion jeans, nike blazer, nike huarache, coach outlet, sac guess, converse pas cher, tn pas cher, mulberry, michael kors, nike roshe run, timberland, ray ban uk, ralph lauren uk, true religion jeans, longchamp pas cher, lacoste pas cher, sac longchamp, nike air max, air force
Post a Comment