SHAH ALAM – Kementerian Luar Negeri mengesahkan bahawa sehingga kini,
 tiada rakyat Malaysia yang terlibat dalam kejadian bencana gempa bumi 
yang melanda bandar Christchurch, New Zealand.


Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, Kementerian Luar Negeri
 dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington memaklumkan bahawa 
pihaknya akan terus memantau dan memberikan makluman sewajarnya 
kepada masyarakat.

Dalam pada itu, rakyat Malaysia yang berada di New Zealand dinasihatkan 
agar sentiasa berkomunikasi dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia dan 
mematuhi segala arahan serta nasihat keselamatan yang dikeluarkan oleh
 pihak berkuasa di negara berkenaan.

Gempa bumi berukuran 6.9 magnitud telah melanda ibu negara New Zealand,
 Wellington hari ini.

Difahamkan, pihak berkuasa mengesahkan tiada kemalangan jiwa dan
 kecederaan teruk dalam kejadian berkenaan.

Pusat kajian gempa Amerika Syarikat memaklumkan gempa dikesan berlaku
 di selat cook, 57 kilometer, Barat Daya Wellington dan berada pada kedalaman
 10 kilometer di perut bumi.