Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

KENYATAAN INI ADALAH KABUR

Isu MB Kedah tiada kaitan dengan PM‎
1
Abdul Rahman Dahlan
Abdul Rahman
 
KUALA SELANGOR - Krisis politik Kedah sehingga membawa‎ kepada peletakan jawatan Menteri Besar oleh Datuk Seri Mukhriz Mahathir tiada kaitan langsung dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. 
 
Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, krisis politik tersebut merupakan urusan dalaman Umno negeri itu dan tiada kena mengena dengan perdana menteri.

"Ini (krisis politik di Kedah) tiada kaitan dengan perdana menteri. Saya harap mereka yang menuduh PM menjadi dalang isu ini tidak teruskan tohmahan ini," katanya.

Abdul Rahman, yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno, berkata demikian kepada pemberita ketika mengulas pelantikan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah sebagai Menteri Besar Kedah yang baharu selepas melawat tapak pelupusan sanitari sisa pepejal Bukit Tagar di Bestari Jaya, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata Mukhriz merupakan ikon generasi muda apabila dilantik sebagai Menteri Besar tetapi beliau gagal mendapat sokongan padu daripada pemimpin-pemimpin Umno Kedah.

"Kita kena faham politik adalah permainan melibatkan sokongan. Jika anda tidak mempunyai sokongan maka tempoh kedudukan anda boleh dikira," kata Abdul Rahman, yang juga Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau berkata pelantikan Ahmad Bashah, yang juga Adun Bakar Bata, menunjukkan rakyat merupakan tonggak kuasa di Kedah termasuk pemimpin Umno Bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri.

Justeru, katanya, mereka berpendapat negeri itu perlu dipimpin oleh sebuah menteri besar baharu selepas kepimpinan Umno Kedah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Mukhriz.

Beliau berkata Ahmad Bashah telah memainkan peranan penting dalam membantu BN merampas semula Kedah daripada pembangkang pada pilihan raya umum 2013. - Bernama

1 orang berkata:

Anonymous said...

Jangan kata saya mengampu ye!

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.