SHAH ALAM – Pas Selangor mengesahkan kemasukan semula ahli Parti

 Amanah Negara (Amanah) ke dalam parti berkenaan.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, bagaimanapun maklumat
 berhubung perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

“Maklumat adalah sulit dan milik kita. Laporan kemasukan semula di
 cawangan memang ada dan kita dah arahkan supaya mereka menerima 
semula bekas ahli secara baik.

“Kita akan cuba dapatkan laporan lengkap mengenai maklumat (kemasukan
 semula) selepas mesyuarat agung cawangan selesai,” katanya kepada 
Sinar Harian.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mendakwa beliau 
mempunyai bukti ada ahli Amanah yang mengubah haluan menyokong 
perjuangan Pas, namun enggan mendedahkan nama- nama individu yang 
terlibat dan meminta kepimpinan Amanah menyiasat sendiri perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, Pas
 sedia menerima kembali bekas ahli- ahlinya yang pernah meninggalkan 
parti kerana me nyertai Amanah.

Katanya, Pas bersikap terbuka dan tidak mempunyai masalah untuk menerima
 kembali bekas ahlinya.

“Bukan pertama kali jemaah Pas keluar untuk sertai jemaah lain yang mengaku
 membawa Islam sebenar.

“Sebelum ini, kita pernah dengar nama seperti Barisan Jemaah Islamiah 
Se-Malaysia (Berjasa), Semangat 46 dan sebagainya tetapi mereka semua 
tak ke mana sebab sesuatu perkara itu ada hadnya,” katanya