SHAH ALAM – Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan mengesahkan

 pihaknya tidak pernah menerima sebarang surat jemputan untuk berbincang 
mengenai himpunan Bebaskan Anwar yang berlangsung Rabu lalu.

Beliau bagaimanapun berkata, hanya dua pemimpin Pas menerima undangan 

ke majlis tersebut menerusi aplikasi WhatsApp iaitu Ketua Penerangannya, 
Nasrudin Hasan dan Adun Meru, Dr Abd Rani Osman.

“Perkara itu juga disahkan oleh Dr Badrul Amin yang menjadi pengarah program

 itu, mengatakan dia hanya menghubungi dua pemimpin Pas. Kami hanya 
mengetahui program ini di saat akhir melalui media saja.

“Pada hari itu, kami berada di merata tempat, saya di Kelantan dan Datuk Tuan 

Ibrahim pula di Kedah, jadi kita tak berkemampuan untuk bergegas ke program 
itu,” katanya pada sidang media di Pejabat Agung Pas, di sini, semalam.

Himpunan itu merupakan program untuk mengingati genap setahun bekas Ketua

 Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan di Penjara Sungai Buloh
 dalam kes liwat II.

Anwar dijatuhkan hukuman lima tahun penjara pada 10 Februari, 2015 selepas

 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman bersalah Mahkamah Rayuan 
sabitan tuduhan meliwat bekas pembantunya pada Jun 2008.

Dalam pada itu, Pas menegaskan parti itu sentiasa bersama dan menyokong 

mana-mana pihak yang menuntut keadilan akibat penindasan pihak tertentu.

“Apa pun Pas berpendirian bahawa apa saja isu yang berkaitan dengan keadilan

, kita akan bersama dengan mana-mana pihak.

“Kalau ada jemputan paling tidak kita akan hantar wakil,” katanya lagi

.