KULIM - Walaupun pada zaman moden ini ada sesetengah masyarakat menolak

 kewujudan makhluk halus yang dikatakan juga sering menghantui 
pengguna jalan raya terutama waktu malam, namun ia tidak bagi
sesetengah yang pernah merasai pengalaman tersebut.

Bagi seorang pesara tentera Abd Samat Lebai Husin,64 yang sering kali
 menjadikan laluan Jalan Sungai Ular untuk berulang alik dari Kulim ke
 Perak sejak sejak 10 tahun lalu, dia sering menemui kelibat mistik.

Katanya, jarak perjalanannya dari kampung halaman di Perak ke Kulim
 mengambil masa hampir empat jam jika memandu dalam kelajuan
sederhana.

“Saya sering berulang alik dari kampung di waktu malam untuk pulang
 ke rumah di Kulim. Jika bertolak dari sana jam 10 malam melalui jalan
Serdang dan Sungai Ular ini akan makan masa hampir empat jam.

“Jadi saya sudah beberapa kali terserempak dengan lembaga yang saya
 percayai pontianak melintas jalan sekilas lalu,”katanya.

Katanya, kerana sering berwaspada ketika melalui jalan itu perasaan 
gemuruh dapat dikawal apabila terserempak kelibat mistik itu.

“Selalu sampai di kawasan ini, dekat Taman Seri Mahkota itu pada 
tengah malam atau awal pagi, saya akan berwaspada dan mengambil
 langkah memperlahankan kenderaan.

“Di sini saya pernah nampak kelibat perempuan berambut panjang 
berpakaian lusuh sedang menangis membawa anak melintas jalan.

Terketar seluruh badan ketika pertama kali berjumpa.

“Nasib baik juga hantu itu tak berhenti depan kenderaan saya, kalau
 tak mahu saya pecut dan sebab itu lah kemalangan banyak berlaku di
 sini,”katanya.

Abd Samat berkata makhluk ini kebiasaannya akan muncul selepas 
jam 10 malam dan ke atas dan suasana akan bertukar menjadi sunyi secara
 tiba-tiba.

“Bayangkan ketika itu saya dan isteri melalui jalan itu, tiba-tiba lepas
 saja sungai keadaan bertukar sunyi sepi dan kita dapat rasakan kenderaan
 menjadi semakin perlahan.

“Bulu roma dan tengkuk mula rasa meremang, dan saya ternampak dari 
jauh seorang wanita yang turun dari atas bukit bersama anaknya seolah-
olah berlari menuju ke arahjalan dan sekelip mata hilang.

“Saya dan arwah isteri ketika itu terdiam seribu bahasa, kereta yang 
dipandu juga hampir terbabas  mujur tak ada kenderaan lain di hadapan,
”katanya.

Tambahnya, melalui percakapan masyarakat setempat makhluk itu muncul
 disebabkandahulunya ada  seorang wanita mengandung dirogol sebelum
dibunuh dan mayatnya tidak dikebumikan dengan baik.

“Ramai cakap makhluk itu adalah jelmaan mangsa rogol yang ditanam 
di atas bukit sana, sejauh mana kebenarannya saya juga tak pasti,”katanya.

Manakala, seorang lagi pekerja kilang yang hanya mahu dikenali sebagai
 Azman,29 berkata, dia juga pernah mengalami pengalaman mistik beberapa
 tahun lalu di kawasan
 perindustrian Kulim Hi-Tech.

Katanya, pekerjaannya yang memerlukan keluar awal pagi dan pulang lewat malam 
menyebabkannya  malam.“Ada satu malam itu hujan renyai- renyai kira-kira pukul 2
 pagi, saya dalam perjalanan pulang ke Taman Mutiara, Sungai Kob.

“Kebiasaannya waktu itu memang kenderaan tak begitu banyak tapi masih ada, tapi 
mahu dijadikan cerita hari itu hujan renyai-renyai suasana pula saya rasa amat sunyi
 sekali.

“Tak ada langsung kenderaan lalu, terutama apabila saya sampai di satu perkuburan
 dekat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil BMR, memang rasa sejuknya lain macam,
”katanya.

Katanya, tiba-tiba motosikal yang ditunggangnya juga menjadi perlahan dan terasa 
amat berat sekali. “Saya yang rasa seram sejuk apabila lalu saja depan perkuburan
 itu, motosikal pula seperti tidak mahu bergerak walaupun sudah puas saya pulas
 minyak.

“Dalam kepala mula berfikir macam- macam, tapi sempat juga baca ayat-ayat suci 
al-Quran walaupun sedar ayat yang dibaca tunggang langgang,”katanya.

“Hendak dijadikan cerita Ya ALLAH, apabila saya terpandang cermin sisi motosikal 
ada sesuatu sedang berada di belakang, mengucap panjang saya.

“Motosikal juga hampir terbabas, entah bagaimana tiba-tiba bersilau mata saya akibat 
kenderaan dari arah bertentangan memberi isyarat lampu tinggi kerana melihat saya 
sudah memasuki arah bertentangan,”katanya.

Mengingati pengalaman “diekori” entiti hodoh itu Azman berkata ia seakan kepala 
sedang terbang dan rupanya sangat menyeramkan.

“Pertemuan kali pertama dalam hidup saya itu membuatkan saya hampir demam, selama 
ini saya tidak pernah mahu percaya cerita-cerita hantu, namun sebenarnya kita tak boleh 
menafikan kewujudannya,”katanya.

Menurutnya, ramai juga menceritakan makhluk halus itu adalah jelmaan seorang wanita 
yang dibunuh sebelum ditanam di salah sebuah tapak kilang yang beroperasi.

“Kadangkala wanita ini menunjukkan wajahnya yang lengkap berpakaian sari berkeliaran 
di kawasan kilang dan hanya menunjukkan separuh mukanya, tapi sejauh mana kebenaran 
saya pun tak tahu,”katany
a