Kelantan catat suhu tertinggi 38.9 darjah celsius
KOTA BHARU - Kelantan hari ini mencatat suhu tertinggi 38.9 darjah
celsius dalam tempoh empat bulan, sejak fenomena El Nino melanda negara
ini, Januari lepas.
Pengarah Jabatan Meteorologi Kelantan, Maqrum Fadzli Mohd Fahmi berkata
suhu hampir sama turut direkodkan semalam, dengan bacaan 38 darjah
celsius.
"Ia rekod suhu tertinggi di Kelantan setakat ini selepas berlaku
fenomena El Nino. Suhu ini boleh mendedahkan manusia kepada strok haba
jika berlarutan sehingga lima hari," katanya ketika dihubungi Bernama
hari ini.
Maqrum Fadzli berkata bacaan itu direkodkan di jajahan Kuala Krai pada
2.24 petang tadi, manakala suhu di jajahan Kota Baharu adalah 33.4
darjah celsius pada 11.55 pagi ini.
Beliau berkata orang ramai dinasihatkan tidak terdedah secara langsung
kepada cahaya matahari bagi mengelak kemungkinan berdepan risiko
dehidrasi atau strok haba.
Katanya masyarakat juga diminta mengambil langkah berjaga-jaga dengan
meminum lebih banyak air kosong dan mengelak melakukan aktiviti luar. -
Bernama
2 orang berkata:
Allah uji peminpin Pas Kelantan supaya mentadbir Kelantan secra contoh yang dilakukan oleh Al marhum TGNA.Jangan curi balak.ujangan berebut harta dunia dan pangkat, jngan menghina kawan.siatan biarlah adil dan telus bila orang sudah buat laporan ,mangsa banjir dulu sepatutnya dah lama tempat tinggal yang selesa sikit.cuaca panas MUNGKIN balak dah kurang jadi penyerapan dari daun2 balak dah tak ada,oleh itu jangan muhasabah diri.
Ooi anon yg bangang bkn sj kelantan yg Allah uji tp semua.sepatutnya hang kena muhasabah diri dulu sbb selalu komen perkara yg tak bersangkutan tajuk.
Post a Comment