Ezam akui ada jumpa pemimpin pembangkang
SHAH ALAM - Bekas Senator, Mohamad Ezam Mohd Noor menafikan akan
menyertai semula politik selepas namanya dikaitkan semula untuk bali
menyertai PKR dalam masa terdekat ini.
Difahamkan kemasukan semulA Mohamad Ezam ke PKR bagi membantu
mengukuhkan politik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden
parti.
"Saya telah lama tinggalkan politik dan tiada rencana kembali ke
politik, memang saya ada mengadakan pertemuan dengan tokoh-tokoh politik
pelbagai parti semasa di Malaysia tetapi topiknya rasuah, bukan
politik.
[ARTIKEL BERKAITAN: Rafizi tolak spekulasi Ezam sertai PKR]
"Sama juga keputusan saya tinggalkan jawatan saya di MOF (Kementerian
Kewangan) ianya berkait soal rasuah," katanya yang dipetik menerusi
entrI terbaharu Facebooknya, hari ini.
Beliau berkata demikian selapas sebuah portal berita yang memetik
sumber mengatakan beliau akan kembali ke arena politik dengan menyertai
semula PKR.
Jelas Ezam, tumpuan beliau kini hanya pada Hisbah Centre For Reform
yang berpusat di Indonesia, iaitu sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang
menjalankan aktiviti anti-rasuah.
Sebelum ini, bekas Ketua Angkata Muda Keadilan ketika awal penubuhan
PKR itu menyifatkan dakwaan sebuah portal itu sebagai khabar angin dan
berniat jahat.
Ezam dilaporkan telah mengadakan perjumpaan dan beberapa perbincangan
dengan Wan Azizah untuk membantu mengukuhkan sokongan politik Ketua
Pembangkang yang semakin merosot.
Ezam dikatakan akan diberi peranan dan tanggungjawab untuk mewujudkan
‘check and balance’ di dalam parti yang ketika ini sedang didominasi
oleh Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Ezam sebelum ini melepaskan jawatan sebagai Ahli Dewan Negara yang
disandangnya sejak 2010 apabila dilantik sebagai Pengarah Komunikasi di
Kementerian Kewangan berkuat kuasa 15 Mac 2014.
Bagaimanapun pada 1 April lalu, Ezam tidak lagi berkhidmat dengan
Kementerian Kewangan, walaupun kontraknya masih berbaki sehingga tahun
depan.
Mohamad Ezam sebelum ini meninggalkan PKR pada tahun 2007 kerana hilang
keyakinan terhadap bekas bosnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan
menyertai semula Umno pada tahun 2008.
0 orang berkata:
Post a Comment