'Pastinya saya tidak sayang kamu, Arul'
SHAH ALAM – ‘Pastinya saya tidak sayang kamu, Arul’. Demikian reaksi
Ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua terhadap
persoalan yang dibangkitkan Presiden dan Pengarah Eksekutif Kumpulan
1MDB, Arul Kanda.
Namun menurut Tony yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, beliau juga tidak membenci Arul.
“Ada banyak orang yang lebih baik di luar sana. Saya hanya mahu jawapan yang tepat,” katanya melalui kemas kini status di Facebook.
Sebelum ini, Arul membangkitkan pertikaian desakan agar beliau meletakkan jawatan dari 1MDB namun kemudiannya Tony mencabarnya untuk berdebat pula.
Namun, Arul tetap menyahut cabaran Tony itu meskipun beliau menyifatkannya sebagai pertama kali berlaku apabila ahli PAC ingin berdebat dengan defendan selepas prosiding siasatan selesai.
Dalam pada itu, Tony berkata, beliau mendengar stesen TV tempatan telah menawarkan untuk menganjurkan debat itu.
“Saya tahu semua orang tidak sabar untuk mendengar semua maklumat tapi sabarlah. Wakil kami sedang menyusun kerangka kerja mungkin minggu depan dan akan mengemaskini maklumat.
“Lagipun terdapat beberapa debat yang akan berlangsung di TV itu, jadi, kita kena tunggu giliran kita,” katanya.
Sebelum ini, Tony Pua sekali lagi mencabar Arul menyelesaikan perbalahan antara mereka
berhubung isu 1MDB dalam debat melalui televisyen.
Pada 29 Oktober lalu, debat secara langsung melalui televisyen antara Arul dan Tony kelihatan sedia untuk diadakan, tetapi tidak menjadi kenyataan apabila speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan anggota PAC itu tidak membuat sebarang kenyataan mengenai 1MDB melalui sebarang medium.
Pendengaran PAC mengenai 1MDB sedang diadakan ketika itu dan Tony mematuhi arahan tersebut.

0 orang berkata:
Post a Comment