Nazir bercuti, bolehkan siasatan pemindahan AS$7 juta
KUALA LUMPUR - Pengerusi CIMB Group Holdings, Datuk Seri Nazir Razak
secara sukarela bercuti mulai hari ini bagi membolehkan siasatan bebas
dijalankan membabitkan isu pemindahan AS$7 juta.
Perkara itu dimuatkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia,
Tan Sri Tony Fernandes dalam akaun rasmi Instagramnya hari ini, yang
menyifatkan ia sebagai "class act".
"Langkah itu diambil atas amalan tadbir urus korporat yang baik serta keterlusan.
Kumpulan CIMB mengadakan mesyuarat agung tahunan ke-59 hari ini dan Nazir turut hadir (pada mesyuarat itu).
Sejumlah AS$7 juta itu dilaporkan diterima daripada abangnya, Perdana
Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, untuk dipindahkan kepada ahli
politik parti pemerintah.
Pada rehat tengah hari, harga saham CIMB susut satu sen kepada RM4.87, dengan 4.15 juta saham diurusniagakan. - Bernama
0 orang berkata:
Post a Comment