Siasatan 1MDB tidak didedahkan umum
KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata
siasatan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) masih dijalankan
dan tidak akan mendedahkan sebarang proses siasatan kepada umum.
“Biar kami habiskan dulu siasatan. Kalau ada perkara baharu yang ingin dirungkaikan maka kita terpaksa panggil saksi baharu sebagai tambahan. Saya rasa kita juga tidak akan ambil masa yang lama untuk menyelesaikan perkara ini,” katanya di Bukit Aman, hari ini.
Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) yang dianggotai anggota Parlimen kerajaan dan pembangkang baru-baru ini membentangkan laporan mengenai Kawalan Pengurusan Tadbir Urus 1MDB setebal 106 muka surat di Dewan Rakyat.
Jawatankuasa itu antara lain mengesyorkan pihak berkuasa supaya menyiasat bekas ketua pegawai eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi dan pihak yang berkaitan dengan pengurusan syarikat pelaburan strategik milik kerajaan itu.

2 orang berkata:
Berjudi itu haram
Yg mengarah selalunya cuci tangan. Yg diarah pastinya menanggung akibat.
Selamat sejahtera malaysia.
Post a Comment