MAS tawar pilihan kepada penumpang Rayani Air
KUALA LUMPUR - Penumpang yang memegang tiket perjalanan Rayani Air
boleh menempah semula penerbangan mereka yang telah dibatalkan melalui
Malaysia Airlines.
Syarikat penerbangan nasional itu kini menawarkan harga tambang dengan
diskaun kepada penumpang Rayani Air yang terjejas susulan penggantungan
operasi syarikat berkenaan.
Tawaran tambang itu boleh didapati mulai hari ini sehingga 30 April,
2016 bagi perjalanan segera sehingga 31 Julai, 2016, menurut Malaysia
Airlines dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
[ARTIKEL BERKAITAN: DCA gantung Rayani Air tiga bulan]
Ketua Pegawai Komersial, Paul Simmons berkata, sebagai syarikat
penerbangan nasional dan atas rasa mengambil berat terhadap rakyat
Malaysia, adalah menjadi tanggungjawab syarikat itu untuk memberi
sebarang bantuan bagi mengurangkan beban yang menjejaskan penumpang
Rayani Air.
"Dalam hal ini, kami menawarkan tambang istimewa kepada penumpang yang
terjejas untuk membawa mereka ke destinasi yang dihasratkan. Kami
berharap tawaran ini akan meringankan masalah perjalanan yang dihadapi
penumpang," katanya.
Bagi menikmati tambang istimewa ini, penumpang yang terjejas perlu
mengemukakan emel mereka berkenaan bukti tempahan perjalanan dengan
Rayani Air.
Mereka boleh menghubungi 1-300-88-3000 atau lawati kaunter tiket Malaysia Airlines di seluruh negara. - Bernama
1 orang berkata:
Astagfirullah....Astagfirullah...Astagfirullah
Post a Comment