Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

MENYELAMATKAN RAKYAT DENGAN ISLAM

jika orang bukan islam boleh terima konsep ta'wun, tiada sebab orang melayu tak boleh terima.

PAS hanya memperkenalkan konsep tersebut demi keamanan,namun jika orang yang mengaku islam sendiripun tak boleh terima maka berhadapanlah mereka dihadapan Tuhan di akhirat nanti.

Kebanyakan orang melayu beragama islam, mereka tiada pilihan dengan berbagai alasan, MEREKA WAJIB TERIMA.

PAS merasakan konsep TA'AWUN adalah yang terbaik, jika ada yang memberikan berbagai alasan untuk menolaknya maka mereka perlu bertanyakan kepada diri sendiri 

Menolak konsep Ta'awun bersama orang-orang kafir bermakna mereka adalah sebahagian daripada kaum tersebut, sekalipun masih melaksanakan ibadat secara islam.

  -Pak Karamu-

sementara itu:

 

Hadi sindir Amanah: Pas amanah bukan sekadar nama


Hadi sindir Amanah: Pas amanah bukan sekadar nama
Abdul Hadi ketika berucap di hadapan hampir 10,000 ahli dan penyokong Gagasan Sejahtera Kedah.
(Ubah saiz teks) 
 
ALOR SETAR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang secara sinis menegaskan parti itu dibarisi pemimpin yang amanah, bukan sekadar nama ‘amanah’.

Ucapannya itu disambut tepukan gemuruh hampir 10,000 ahli dan penyokong pada majlis pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah dan manifesto PRU14 Gagasan Sejahtera Kedah, di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut, malam semalam.

Abdul Hadi berkata, wakil rakyat Pas bukan mengimpikan kerusi empuk kerajaan tanpa menunaikan amanah dengan betul.


“Kita bukan nak perintah, duduk atas kerusi dengan tidak tunaikan amanah dengan betul. Kita mahu rakyat sertai PRU14 dan tunai amanah dengan memilih pemimpin yang benar-benar amanah.


Sebahagian ahli dan penyokong menyalakan pemetik api sebagai simbolik sebelum pelancaran Gagasan Sejahtera Kedah.
Bukan namanya saja ‘amanah’,” katanya, yang dipercayai merujuk kepada parti serpihan Pas, Amanah.

Menurutnya, Pas memiliki ramai tokoh yang bijak memerintah negara sekiranya diberikan amanah sebagai kerajaan.

“Kita boleh tunjuk macam mana nak perintah negara dengan cara yang benar. ALLAH SWT kurniakan kita hasil mencukupi, sumber bumi, tanah subur. Bagaimana dengan adanya sumber begini pun, ada yang tak mampu perintah dengan betul. Di mana silapnya, ia mesti diperbetulkan,” katanya.

Abdul Hadi turut mengajak rakyat melakukan perubahan pada PRU14 dengan memilih parti yang benar-benar amanah menunaikan tanggungjawabnya.

“Tak mustahil negara boleh berubah, yang penting kita mesti berubah kepada Islam yang diredai ALLAH SWT,” katanya.

 

Pas akan amalkan konsep ta’awun

AddThis Sharing Buttons

Pas akan amalkan konsep ta’awun
(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM -  Pas akan mengamalkan konsep ta’awun yang lebih terbuka dan tidak terikat dengan syarat-syarat yang lebih ketat seperti tahaluf dalam menangani politik semasa.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, konsep ta’awun mendekatkan Pas dengan masyarakat umum dan pihak lawan secara muwajahah silmiyyah yang menjadi konsep demokrasi.

"Pas memilih pendekatan muwajahah silmiyyah (berdepan secara damai) dengan menyertai amalan demokrasi pilihan raya mengikut konsep keutamaan dalam dakwah dan jihad yang bertujuan menyelamatkan manusia bersama Islam, sama ada menganut Islam atau berada di bawah pemerintahan Islam tanpa menganutnya, tetapi melihat pelaksanaan Islam yang adil terhadap semua dan membawa rahmat," katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Abdul Hadi berkata, sejarah membuktikan kalangan bukan Islam lebih rela berada di bawah pemerintahan Islam. Maka penganut Islam yang berkhilaf hendaklah lebih wajib menegakkan kuasa pemerintahan Islam.

"Perjuangan kita terkini ialah menyedarkan Islam paling besar jumlahnya yang wajib memimpin kuasa politik negara dan ditambah dengan usaha mengislamkan bukan Islam tanpa paksaan atau mereka menerima pemerintahan Islam melalui pilihan raya," katanya.

Katanya, pendekatan melalui penerangan dan pengajian sahaja tidak mencukupi, justeru itu hendaklah disertai agenda menunjukkan Islam boleh diamalkan bersama pihak lain yang dinamakan ta’awun lebih luas lapangannya daripada tahaluf.

Beliau berkata ta’awun membolehkan kerja yang bersifat kebajikan diterima oleh semua pihak. Pelaksanaan  ta’awun (bertolong menolong dalam perkara yang baik dan menentang segala kemungkaran).

"Pendekatan ini boleh dilaksanakan dalam semua keadaan sama ada menjadi pembangkang atau tidak semestinya kalau berkuasa memerintah negeri atau negara," katanya.

21 orang berkata:

Anonymous said...

Amanah, pkr, ppbm pun bertawaun dengan dap. Tak ada masalah pun dan ia direrima baik oleh semua ahli.

Anonymous said...

Saya sangat setuju dengan pakaramu. Cuma saya kesal sangat apabila ada parti yang mencontohi IS, DAESH dan syiah yang memperalatkan Islam untuk memecahbelahkan rakyat hanya untuk kepentingan poket sendiri, banglo, jawatan, balak, kereta mewah dan dedak.

Anonymous said...

Kalu pas boleh ta'wun dgn kapir. Kalau ph tak boleh ta'wun dgn kapir.

Anonymous said...

Dulu panggil kerjasama politik. Lepas tu bila masuk PR tukar ke bahasa arab jadi tahaluf siasi. Bila keluar PR tukar pulak dengan perkataan seerti bahasa arab jadi ta'wun.....

Guna bahasa arab supaya nampak lebih islamik walaupun ramai yg tak faham. Harapannya org yg tak faham akan undi dia

Anonymous said...

Kalau nak menang kena guna bai'ahwun tala'un tiga kepada semua ahli dan penyokong.

Anonymous said...

Pas tidak memerlukan orang bukan islam untuk menang dan memerintah negara. Pas sudah ramai ahli dan penyokong. Pasukan gerak kerja Pas amat hebat mengalahkan parti lain terutamanya PH. PH gerenti terduduk punya.

Anonymous said...

Pas buleh menang ke? Byk org kata Pas tak buleh menang

Anonymous said...

Atas kertas memang tak boleh menang. Tapi yang sebenar boleh menang. Kalau tak percaya cuba tanya TG Haji Hadi.

Anonymous said...

Kikiki amanah mende hadi tu, ponteng memanjang. Kikiki lagi mau sindir2. Dakwah pada diri sendiri dulu lepas tu baru dakwah pada org lain.

Anonymous said...

Nak bagi cadangan kpd wanrosli. Moga dipertimbangkan.

Gini. Pasal baiah ni la. Kalu wakil lelaki keluar parti, isteri jatuh talak tiga kan. Kalu wakil perempuan keluar parti, suami kena kahwin tiga. Ok kan? Mintak dibawa perkara ini ke majlis ulamak untuk dipertimbangkan. Untuk kebaikan parti jugak ni supaya wakil rakyat perempuan tak lompat parti.

Terima kasih.

Anonymous said...

Kepada wanrosli dan pakkaramu. Mintak pertimbangan yg sewajarnya.


Tolong bagitahu kat tmb awak, kalu orang asli tak bagi masuk hutan nak sahkan hutan sudah kena sapu, bagitahu dia sewa helikopter tengok hutan dari atas. Naik heli dari atas semua boleh nampak. Klu gondol tu maknanya hutan dah kena sapu. Klu air sungai mcm nescafe tarik pulak maknanya sungai sudah tercemar.

Ni budak darjah 4 bagitahu kat aku cara nak kesan hutan dah kena sapu.

Anonymous said...

Anon 4.02..psl baiah tu ko dah tanya Khalid samad, Husam, Hatta, Kamaruddin Japar? Puak2 ni saja jer langgar baiah tu supaya dpt kawen lain...kih2

Anonymous said...

dah report SPRM lum psl curi balak tu? Ni la peluang ko nak kenakan PAS kelantan kan...tak guna menyalak dlm ni jer...

Anonymous said...

Syarat baiah talak bini dah nak dibuang, lepas ni lebai boleh la ramai2 lompat jadi ahli umno sambil2 tambah bini kikiki. Buat syarat baiah ikut hawa nafsu sendiri, hebat lebai. Kikiki

Anonymous said...

Cantik jugak tu. Kalau perempuan lompat parti, laki dia kena kawin 3. Misti byk lobai suruh bini lompat parti.

Anonymous said...

Ko suruh bapak ko report la.

Anonymous said...

Parti paling karut

Anonymous said...

tolong la report pihak berkuasa psl kebas balak tu...ni lah satu2nya senjata ampuh utk musnahkan PAS di kelantan..kih2

Anonymous said...

Husam..oi husam..mana ko nyorok nih...tolong lah report SPRM

Anonymous said...

Parti paling karut dan kena laknat mcm PAN ka?

Anonymous said...

Ataupun mcm PKR...parti cap ayam, ada presiden tp mcm tak ujud jer..presiden PKR ni masih idup lg ker?

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.