Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

APA RAKYAT BOLEH BUAT ? UNDI ? HEK ELEH ! KASI RM 10 PUN DAH OK !

Ahad, 1 Januari 2012

Insiden UPSI: Rakyat perlu hentikan kezaliman BN

ALOR SETAR, 1 Jan: Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah (DPPNK) amat kesal, dukacita dan amat marah terhadap pihak kerajaan Barisan Nasional dengan tindakan yang cukup tidak bertamadun, zalim dan kotor terhadap mahasiswa yang memperjuangkan hak kebebasan akademik.


Ketua Penerangannya Mohd Nasir Zakaria berkata penahanan 17 orang mahasiswa yang berhimpun secara aman di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) serta kecederaan yang dialami oleh dua orang mahasiswa adalah lambang kemunduran demokrasi Malaysia.


Justeru, DPPNK katanya menuntut Kerajaan Barisan Nasional dengan serta merta bertindak:
- Bebaskan semua mahasiswa yang ditahan tanpa syarat.

- Menghapuskan serta-merta akta zalim Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).
- Hapuskan serta-merta Akta Perhimpunan Aman.

- Membayar semua kos rawatan perubatan bagi mahasiswa yang cedera.
- Memohon maaf kepada semua mahasiswa dan rakyat Malaysia

"Sekali lagi DPPNK mengutuk sekeras-kerasnya tindakan zalim pihak kerajaan. Kami juga menyeru seluruh mahasiswa dan rakyat bangkit menghentikan segala kezaliman Barisan Nasional," katanya yang juga ahli parlimen Padang Terap.


Katanya, PRU-13 adalah peluang bagi rakyat menamatkan segala kezaliman yang berlaku sejak sekian lama.


Sehubungan itu juga beliau menasihatkan mahasiswa tidak patah semangat dan terus berjuang demi negara.


"Bergeraklah ke seluruh pelusuk negara; kampung,  desa, tanah rancangan, bandar dan bandaraya.


"Harunglah sungai, denai, bukit dan lembah. Berilah peringatan kepada yang alpa. Sedarkanlah mereka yang lena," katanya.

JALAN NI MEMANG BAHAYA,TRAILER BESAR BERTALI ARUS,

JALAN RAYA DITEMPAT TU TIDAK SESUAI UNTUK TRAILER BESAR DAN PANJANG, KERAJAAN DAH LAMA BUAT TAK NAMPAK JE !

Seorang lagi mangsa nahas Manjung meninggal dunia



7 Safar 1433H. [MOD] -

MANJUNG: Seorang mangsa yang kritikal dalam kemalangan maut di Jalan Lekir-Teluk Intan dekat sini lewat malam tadi, meninggal dunia di Hospital Seri Manjung kira-kira jam 8 pagi ini.

Kematian beliau menjadikan keseluruhan tujuh maut dalam kemalangan membabitkan dua kereta dan sebuah treler pada 11.30 malam tadi itu

JANJI PUKUL DULU, UNDANG-UNDANG BELAKANG KIRA

Pukul Mahasiswa: Polis Pakai Undang-Undang Mana?
Posted on Saturday, December 31 @ 22:03:09 PST by paktam


Oleh Mohd Sayuti Omar

SEBAIK membuka Fb pagi ini terkejut apabila membaca beberapa catatan mengenai kejadian mahasiswa di belasah polis di UPSI. Ada yang disertakan gambar mahasiswa yang luka berjahit di kening, terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di atas kereta sorong, gambar kereta Kancil dipecahkan cermin dan sebagainya.


Menurut catatan rakan-rakan dalam Fb kejadian itui berlaku sekitar jam 2:00 pagi tadi di perkarangan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim.

Melihat kepada gambar dan laporan yang ditulis, tindakan polis itu sudah melampau. Walaupun apa alasan, ianya melampau. Polis tidak sepatutnya melakukan demikian rupa kalaupun ingin menjaga perdana menteri, Najib Razak. Pelajar atau mahasiswa tidak patut dipukul hingga pangsan. Mereka bukan merusuh atau membuat jahat hanya tunjuk perasaan.

Itu bukan hendak soal dari segi ethnik lagi. Kalau kita soal itu lagi terasa pilu dan sedihnya kerana semuanya adalah bangsa Melayu. Yang pukul tentu Melayu dan yang kena pukul juga Melayu. Saya tidak fikir polis akan hantar polis Cina dan India untuk pukul Melayu.

Kenapa pukul mereka? Mereka adalah anak-anak kita yang bakal mewarisi negara di masa depan. Kalau kita waras dan bertimbang rasa aksi dan himpunan mereka itu tidak ke mana. Mereka hanya ingin melepaskan perasaan ke atas sesuatu yang mereka tidak setujui sahaja. Dan gelagat mereka itu lumrah bagi anak-anak muda seusia mereka.

Katanya mereka berhimpun kerana menuntut AUKU dihapuskan. Sambil mendesak mereka usung keranda di atasnya ada gambar Najib. Apakah salah perbuatan mereka itu? Najib tidak akan terhina kalau sekadar gambarnya diletak atas keranda, dipijak hatta dibakar. Maruah seorang pemimpin itu bukan terletak di situ. Kalau Najib bisa, bijak, cerdik dan mampu membawa rakyat ke alam cerah, Najib tetap akan disanjung. Kalau Najib dapat memacu ekonomi negara dia akan menang pilihan raya. Kalau dia dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyatnya dia akan disanjung.

Bagi saya adalah pandir polis yang mengarahkan agar mahasiswa yang berhimpun tidak sampai 10,000 itu dibelasah macam anjing. Kalau polis-polis berkenaan sudah lama tidak melepas geram dan belasah orang mereka boleh diajak masuk hutan kejar babi hutan. Belasahlah, tetapi bukannya mahasiswa.

Baik Najib, Hishamuddin Hussein, Udin anak Yassin perlu mengambil perhatian berhubung insiden berkenaan. Ketua Polis Negara juga kena tenguk apa yang anak buahnya yang menggila dibawah. Sepatutnya polis yang mengarahkan mahasiswa itu dibelasah dikenakan tindakan. Mereka juga patut dibelasah.

Tugas, tugas juga khidmat, khidmat juga. Tetapo motto berbunyi Selalu Tebapat dan Betul kena dipatuhi juga. Polis perlu malu kepada lambang Allah yang tertera dihadapan topi yang mereka pakai. Allah tidak menyuruh kita membelasah manusia secara membabi buta. Lagi pun tugas polis menjaga keselamatan, mengawal keselamatan bukan membelasah orang.

Tidak ke mana himpunan itu. Mereka tidak perlu dipukul dan cermin kereta dimusnahkan. Itu para SB yang selalu suka dan bangga dengan kerja mereka sebagai provokor dalam apa-apa episod demonstrasi perlu insaf dan sedar. Bahawa perbuatan dan tindakan mereka itu tidak menguntungkan sesiapa pun. Mereka boleh bangga tetapi kebanggaan itu seperti duduk atas tahi lembu.

Inilah wajah dan rupa pasukan polis kita. Kalau kita kata polis kita jahat, ala Mossad mereka akan marah. Tetapi mereka perlu sedar dengan tindakan mereka berlebihan ada cici-ciri Mosaad. Biarlah Rahim Noor seorang digelar Mosaad tetapi tidak yang lain. Cukuplah Rahim Noor mencatatkan sejarah hitam dalam pasukan polis tetapi janganlah biar ada perangainya kepada cucu cicitnya dalam pasukan polis.

Kita tidak marah kalau polis membelasah dan memukul sampai mati terhadap penjenayah. Pukullah. Tetapi mahasiswa bukan penjenayah. Undang-undang mana yang diguna pakai polis untuk memukul mahasiswa. Kita selalu mengakui polis kita canggih, cekap, berdiplomasi, bertaraf dunia, tetapi dalam kes-kes tertentu kita lebih tersuk dari askar Jepun.

Kepada mahasiswa pun satu. Kalau hendak berhimpun jangan gunakan malam 1 Januari. Untuk apa kita mengambil sempena berhimpun pada malam yang tidak ada sedikit nilai pun dalam kehidupan kita. Mungkin kerana tarikh dan masa itu tidak memberi apa-apa signifiken lah menyebabkan musibah itu berlaku. 1 Januari sebenarnya malam yang penuh kecdelakaan dan kemaksiatan.

DARI AWAL DAH NAMPAK TAHUN TEGANG

Tahun baru 2012 tercemar
Posted on Saturday, December 31 @ 22:00:00 PST by paktam


Oleh Nasrudin Hassan 

Tahun Baru 2012 dikotori oleh keganasan dan kezaliman melampau apabila sekumpulan mahasiswa yang dipercayai kena belasah oleh Polis. Safwan Anang Talib Timbalan Presiden GAMIS merangkap Pengerusi BEBAS , Badan Mahasiswa Menuntut Kebebasan Akademi atau BEBAS AUKU cedera parah dan kini [saat artikel ini ditulis] masih mendapat rawatan kecemasan di wad kecemasan Hospital Slim River Perak.



2. Sementara 17 orang mahasiswa yang lain masih ditahan dalam Lokap di IPD Tanjung Malim dan seorang yang lain cedera dan pecah di bahagian kepala.

3. Saya beri masa kepada pihak kerajaan dan juga PDRM sehingga jam 12 tengahari ini [ 5 jam dari sekarang ] agar semua tahanan itu dibebaskan. Mereka juga mesti mengambil tanggungjawab jika sesuatu yang buruk berlaku kepada mahasiswa khasnya Timbalan Presiden GAMIS yang masih dirawat dalam wad kecemasan di Hospital Slim River.

4. Sungguh zalim dan kejam tindakan mereka ke atas anak - anak muda yang hanya berhimpun untuk menyuarakan isi hati mereka di UPSI lewat malam tadi. Apakah mereka sedang menguji kebangkitan anak muda ? apakah mereka mahu menguji kesabaran anak muda ?

5. Dewan Pemuda PAS Malaysia membantah dan mengutuk sekerasnya tindakan kejam ini. Saya harap seluruh pemuda dari seluruh negara bersedia. Mulakan detik ini untuk bermunajat kepada Allah swt agar saudara Safwan kembali pulih dan 17 mangsa tahanan di bebaskan menjelang jam 12 tengahari ini. [5 jam dari sekarang] Jika tidak satu himpunan besar anak muda akan diadakan bagi mendesak pembebasan mahasiswa dan pihak polis yang terlibat melakukan kekasaran ini mestilah disiasat dan diambil tindakan tegas.

Nasrudin bin Hassan
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

BERTANBAH TEGANG, ITU YANG DICARI ?

Ahad, 1 Januari 2012

Pemuda PAS akan berhimpun di IPD Tanjung Malim

KUALA LUMPUR, 1 Jan: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengerakkan seluruh ahlinya yang berada di sekitar Lembah Klang dan Perak untuk turun berhimpun di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut pembebasan sekurang-kurangnya 17 mahasiswa yang ditahan polis sejak malam tadi.

Arahan tersebut dikeluarkan ketuanya, Nasruddin Hassan melalui khidmat pesanan ringkas SMS kepada Harakahdaily pagi ini.


"Semua  pemuda dikerahkan berkumpul secara aman dalam tempoh sekarang ke jam 2 petang di hadapan IPD Tanjung Malim Perak untuk menuntut pembebasan segera 17 mahasiswa yang ditahan sejak semalam," katanya.



Insiden malam tadi menyaksikan Presiden Gerakan Menuntut Kebebasan Akademik Muhammad Safwan Anang patah tulang rusuk, seorang lagi Amar Rasyidi cedera di kepala manakala 17 mahasiswa ditahan.


Mereka ditahan secara kasar oleh polis ketika sedang mengadakan protes pada Himpunan Kebebasan Akademik (BEBAS) di hadapan Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) malam tadi.


Difahamkan, setakat ini, Safwan masih terlantar di Hospital Slim River.


Dalam pada itu, Nasruddin turut menyelar sikap double standard pihak berkuasa yang bertindak secara kasar terhadap mahasiswa tetapi pada masa sama membenarkan himpunan serupa oleh pihak lain termasuk oleh Umno dan Perkasa di UPSI baru-baru ini.


"DPPM menyelar sikap double standard PDRM.  Umno dan perkasa demo depan UPSI tidak diambil sebarang tindakan tetapi  mahasiswa dibelasah separuh mati," katanya.


Sementara itu, difahamkan hampir  200 mahasiswa, NGO dan pemimpin politik sedang berkumpul di hadapan IPD Tanjung Malim bagi menuntut kesemua yang ditahan dibebaskan dengan segera.

KALAU TEMBAK MATI KAN ELOK ?

Sunday, January 1, 2012

Tragedi berdarah UPSI, Mahasiswa dibelasah FRU


TAHUN baru 2012 dimulakan dengan tragedi berdarah yang bakal tercatat di dalam lembaran sejarah sebagai kekejaman pihak polis terhadap mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.

Malam tadi, satu demonstrasi aman diadakan di Universiti Pendidikan Sultan Idris, UPSI di Tanjung Malim oleh sekumpulan aktivis mahasiswa yang memperjuangkan kebebasan akademik.

Kumpulan mahasiswa ini difahamkan merancang untuk berhimpun sehingga pagi secara aman sebagai simbolik memperjuangkan kebebasan akademik.

Malangnya pihak Polis Simpanan Persekutuan, FRU menyerbu masuk ke kawasan Universiti dan menghalang perhimpunan ini. Tambah malang kumpulan mahasiswa kerdil yang  berhimpun tanpa senjata ini telah dipukul, dipijak dan dibelasah hanya kerana enggan bersurai.
Berikut antara gambar yang sempat diambil semasa kejadian berlaku menggunakan kamera handphone.


Akibatnya, ramai mahasiswa yang cedera akibat dibantai, dipijak dan dibelasah oleh FRU. Malah ada yang dikerjakan sehingga separuh mati. Ramai yang cedera termasuk di muka, patah gigi dan tulang rusuk serta bermandi darah.

Di bawah ini antara gambar-gambar bukti kekejaman polis untuk tatapan anda semua. Sila klik untuk membesarkan image.




Perompak bersepah-sepah, penjenayah berlambak-lambak, tapi mereka pilih tangkap dan belasah mahasiswa kerdil yang lansung tidak merbahaya ini. Ini kerja orang gila! Bodoh!

Najib dijangka akan rombak kabinet, cubaan raih undi semula

January 01, 2012
 
KUALA LUMPUR, 1 Jan Datuk 


Seri Najib Razak dijangka akan merombak semula Kabinetnya awal bulan ini dan menunda tarikh pilihan raya berikutan skandal yang melibatkan sekurang-kurangnya dua menteri yang menggugat faktor terbaik Bajet 2012 yang mana Perdana Menteri mengagihkan wang tunai kepada 5.3 juta isi rumah, menurut sumber dalaman Umno.

The Malaysian Insider difahamkan, pegawai kanan Pejabat Perdana Menteri sudah menyenaraikan menteri dan timbalan menteri yang berpotensi dan dilihat sebagai orang-orang Najib untuk menjalankan Model Ekonomi Baru (NEM) dan transformasi politiknya untuk menghadapi pilihan raya akan datang.

“Najib memerlukan lebih ramai orang-orangnya di Kabinet. Beliau perlu menggantikan mereka kerana dilihat sebagai pencemaran untuk menghadapi pilihan raya,” menurut pembuat dasar Umno yang mempunyai hubungan rapat dengan presiden, sambil merujuk kepada skandal yang menyelubungi Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan hal ehwal keagamaan, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, dan timbalan menteri Datuk Awang Adek Hussin, yang mengaku menerima sumbangan kewangan.

Terdapat spekulasi dalam kalangan media Cina termasuk penganalisis politik Najib akan membibarkan Parlimen selepas sambutan Tahun Baru Cina pada 23 Januari dan pilihan raya pada Mac, empat tahun selepas Pilihan Raya Umum 2008.

Difahamkan bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah mula menempah sekolah dan dewan komuniti untuk pilihan raya pada Mac nanti. Walaubagaimanapun, sumber lain mengatakan pilihan raya dilaksanakan selepas Tawaran Awal Awam (IPO) daripada kerajaan negeri dan pemaju Felda.

Sumber lain Umno menyebut bahawa parti berkenaan belum bersedia untuk pilihan raya walaupun Najib memberitahu anggota partinya berdepan dengan “peperangan kerusi” untuk pilihan raya awal. “Kami belum betul-betul bersedia. Sesetengah menteri masih lagi tidak mahu menyerahkan kerusi mereka untuk pilihan raya akan datang,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Sumber berkenaan turut menyatakan hanya bekas Menteri Besar Terengganu dan Ketua Umno, Datuk Seri Idris Jusoh, menyatakan secara terbuka untuk tidak bertanding pada pilihan raya.

“Kebanyakan menteri menjangkakan mereka akan dipilih dan menang. Dan sekiranya tidak terpilih, mereka enggan untuk bekerjasama seperti apa yang berlaku pada 2008,” katanya menambah.

Umno hanya memenangi 79 daripada 112 kerusi persekutuan yang ditandinginya pada 2008 bila Barisan Nasional (BN) kehilangan majoriti dua pertiga kerusi parlimen dan empat negeri.

Bekas Perdana Menteri dan Presiden parti, Tun Abdullah Badawi meletak jawatan selepas setahun memerintah dan kekalahan tersebut dan menyerahkan pentadbiran kepada Najib.

Penganalisi rasmi parti berkata, Najib harus memenangi dua pertiga majoriti Parlimen atau paling kurang pun setaraf dengan margin kemenangan Abdullah. “Ianya mudah dan skandal-skandal terbaru ini tidak akan membantu.

Najib merupakan seorang yang berhati-hati,” sumber rasmi parti berkata The Malaysian Insider.
Terdapat juga pemimpin umno secara terbuka mendesak Shahrizat untuk meletak jawatan daripada politik ekoran siasatan terhadap syarikat keluarganya, Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang menurut Ketua Audit Negara menyatakan terdapat kekacauan selepas menerima RM250 juta dana awam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat  Menyatakan syarikat terbabit tidak berkaitan dengannya, Najib, dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin menafikan dakwaan Shahrizat telah menghantar surat perletakan jawatan.

Tetapi menurut Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menimbulkan spekulasi bahawa Shahrizat harus meninggalkan parti atau parti akan turut terkesan daripada skandal berkenaan.

Umno telah dilihat berundur apabila bekas Menteri Besar Selangor Dr Khir Toyo didapati bersalah atas tuduhan rasuah dan dipenjarakan setahun atas kesalahan pembelian tanah. Dia sedang membuat rayuan terhadap kes berkenaan.

Jamil, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, untuk Hal ehwal Islam, menafikan dakwaan beliau dan dua pegawai rasmi agama menyalahgunakan wang zakat untuk membayar kos guaman di mahkamah bagi kes yang dibuat oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laporan audit menyatakan sejumlah RM63,650 daripada Lembaga Zakat digunakan untuk kos guaman apabila Anwar menamakan mereka sebagai responden dalam permohonan Qazaf. Ia turut disahkan apabila jumlah itu dikatakan telah dibayar semula selepas badan berkenaan menerima RM70,000 pada Jun lepas sebagai sebahagian daripada sumber kerajaan.

KETURUNAN BANGSAT !

Sabtu, 31 Disember 2011


Inilah Wajah Belia "Hidup Melayu" Yang Merompak dan Membunuh..


Kes pembunuhan seorang kerani bank, Rozana Mohd. Yusak yang ditemui mati dengan 15 tikaman minggu lalu memasuki episod baharu apabila polis dapat menahan tiga lelaki semalam bagi membantu siasatan kes yang bermotifkan samun itu. 

Suspek-suspek berusia di antara 19 dan 22 tahun itu ditahan dalam dua serbuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria, Lembah Pantai di sini manakala seorang lagi suspek diberkas di Kampung Dato’ Keramat.

Sumber memberitahu, siasatan awal mendapati ketiga-tiga suspek datang ke rumah Rozana untuk menyamun wang serta barangan peribadi mangsa pada hari kejadian.

Bagaimanapun, katanya, ketika itu hanya dua daripada suspek naik ke rumah mangsa manakala seorang lagi menunggu di bawah.

“Maklumat yang kita dapat mengatakan salah seorang suspek berumur 19 tahun yang merupakan teman lelaki mangsa bercadang mencuri wang serta komputer riba mangsa untuk dijual kepada rakannya yang berusia 22 tahun. Jenayah itu hendak dilakukan ketika mangsa sedang tidur.

“Bagaimanapun, mangsa yang tersedar cuba menghalang perbuatan teman lelakinya sebelum berlaku pergaduhan. Keadaan kemudian menjadi tegang menyebabkan salah seorang suspek menikam mangsa bertubi-tubi dengan pisau,” katanya.

UMNO DAH MUFLIS, ADA JADI TIGA AHLI PARTI HI,HI,HI !

PAKATAN JUGA AKAN DAFTAR MACAM UMNO BUAT, ANAK ORANG PAS JUGA KATA DIA DAH JADI AHLI UMNO, KEMUDIAN MEREKA DAFTAR JUGA JADI AHLI PAS, PENING LA KEPALA HANGPA !

31 Disember, 2011

Bongkar!! UMNO Daftarkan Pelajar IPTA Sekitar Melaka Sebagai Ahli UMNO?

Info terbaru yang pihak admin perolehi setakat semalam mendapati mahasiswa yang telah didaftarkan telah mencecah angka 746 orang mahasiswa yang mana 232 dari UTEM dan 514 orang daripada UiTM Kampus Bandaraya Melaka. untuk dijadikan pengundi di Parlimen Bukit Katil. Selain itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) berkemungkinan pendaftaran pemilih untuk pertukaran alamat akan dilanjutkan ke satu tarikh yang baru memandangkan tarikh sepatutnya berakhir adalah pada 31 Disember 2011.
Sumber ini diperolehi dari pihak dalaman UTEM. Manakala bagi Multi Media Universiti (MMU) Bukit Beruang, pihak admin cuba mendapatkan dokumen. Pihak kami sudah pun mendapatkan video rakaman selama 9 minit dan akan ditayangkan selepas 1 Januari 2012.
Pihak kami telah mendapatkan video tersebut pada Selasa 27 Disember 2011 namun pihak kami masih mengumpul bukti-bukti yang akan mengaitkan agensi-agensi kerajaan yang terlibat. Pihak kami juga telah didesak oleh blogger pencacai UMNO untuk mendedahkan maklumat ini.
Insyaallah kami akan dedahkan dan telanjangkan apa yang dikehendaki oleh blogger tersebut. Semoga video dan dokumen ini menjadi saksi kepada kita siapa sebenarnya pengkhianat negara dan merogol maruah negara dengan kerja-kerja yang tidak bertanggungjawab ini. Teruskan menjejaki siri-siri yang akan menyusul dari semasa ke semasa. ~kijang59
Baca di sini.

BESOK KUAT KUASA PAKAI TALI PINGGANG BELAKANG KERETA

[INGATAN] Saman Tak Guna Talipinggang Belakang Bermula Esok


Kuala Lumpur: Bermula esok, tiada alasan boleh digunakan pemilik kenderaan di negara ini sekiranya didapati gagal menggunakan tali pinggang keledar depan atau belakang.

Ini kerana, tempoh pengecualian tiga tahun akan tamat bermula jam 12 tengah malam ini (1 Januari 2012).

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Hesdey Ahmad berkata, selepas tempoh itu, tindakan menyaman pemilik kenderaan akan diambil pihak berkuasa.

“Kita percaya, ramai pemilik kenderaan akan memberi pelbagai alasan termasuk tidak tahu ia sudah dikuatkuasakan.

“Berikutan itu, kita ingatkan bahawa penguatkuasaan terhadap penggunaan tali pinggang keledar belakang sudah bermula 1 Januari 2009 dan pengecualian tiga tahun itu hanya membabitkan kenderaan didaftarkan sebelum 1 Januari 2005 atau kenderaan tidak dilengkapi dengan kemudahan tali pinggang keledar.

“Justeru, bermula esok, tiada lagi kompromi pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi pemilik kenderaan yang gagal mematuhinya,” katanya.

“Jadi, sekali lagi kita ingatkan orang ramai bahawa pihak berkuasa akan mengeluarkan saman jika mereka masih berdegil dan tidak mahu memasang tali pinggang mulai esok,” katanya. -hm

MALAM INI

Sabtu, 31 Disember 2011

JEMPUTAN UNTUK TENGAH MALAM INI

MALAM INI DATARAN MERDEKA






JOM TURUN DATARAN MERDEKA DAN SARUNG TOPENG " V for Vendetta"

Selamat Sejahtera, Salam Tahun Baru buat seluruh warga Malaysia. Saya V, Maaf kerana mengganggu,Saya hanya perlukan beberapa minit sahaja dalam ruang masa anda yang agak sibuk dalam membuat perancangan untuk menyambut azam tahun baru.

Kerana anda adalah mereka yang bertuah sebaik sahaja memilih untuk membaca kenyataan penting ini sebelum kita melabuhkan tirai 2011 yang penuh dengan kesuraman. Kenapa? Biar saya terangkan.

Tahun 2011 sudah hampir melabuhkan tirainya, namun sama seperti tahun-tahun sebelumnya, awan hitam masih menyelubungi langit negara kita, Malaysia. Pencabulan hak asasi manusia dan kekangan hak demokrasi rakyat terus berleluasa. Rakyat Malaysia menanggung pencabulan ini dalam pelbagai bentuk dan peringkat.

Kita Masih ingat Sepanjang setahun yang lalu, kita telah banyak melalui onar dan ranjau dalam memartabat sistem demokrasi.Namun Sistem demokrasi dan perpaduan masyarakat telah di cemari oleh sentimen perkauman yang telah di lempar oleh pihak yang hanya mahu menjaga kepentingan kuasa politik.

Lalu setelah gagal menuntut keadilan melalui usaha diplomatik maka rakyat seluruhnya mengambil inisiatif untuk turun ke jalanraya dalam mengekspresi segala tuntutan.Malangnya seribu satu tuduhan terhadap usaha murni kita dalam menuntut semula hak demokrasi di balas dengan dengan tuduhan yang langsung tidak berasas.

Tuntutan Kebebasan Demokrasi kita di kaitkan pula dengan gerakan subversif seperti Komunis lantas beberapa objek yang dikatakan seperti bom petrol di letakkan bersama kemeja T Bersih 2.0 semata - mata untuk melemparkan fitnah.

Tidak cukup dengan itu 6 orang yang tidak bersalah telah sumbatkan ke penjara atas tuduhan yang cukup karut.Hanya kerana kemeja T yang bertulisan yang kononnya menyinggung mereka menyebabkan mereka melemparkan tuduhan yang tidak berasas kononnya 6 orang ini cuba menghidupkan fahaman Komunis.

Bagi menyempurnakan tuduhan karut yang tidak berasas maka di dakwa nya mahu melancarkan perang terhadap Yang Di- Pertuan Agong.Cukup malang bagi si pelempar tuduhan,apabila niat jahat terbongkar bilamana Yang Di-Pertuan Agong sendiri menjemput wakil BERSIH 2.0 ke istana.Maka kita rakyat seluruhnya sudah pasti tersemat perasaan benci apabila pembohongan telah terbongkar.

Dalam pada itu,berpuluh - puluh orang di tangkap hanya atas kesalahan memakai baju yang berwarna kuning dan bertulisan "Bersih" biarpun kemeja ini tidak punya bahan letupan yang sama seperti C4.Tidak cukup dengan itu nilai - nilai demokrasi terus di perkosa dengan keganasan pihak polis dalam tragedi 7 Julai yang melibatkan tahanan lebih 1000 orang.

Monopoli kuasa Autoratarian lantas merampas Kebebasan Akademik Mahasiswa dan Kebebebasan sivil rakyat merdeka.Pemerintah terus berdolak - dalik apabila berjanji mahu meminda Akta Universiti dan Kolej Universiti,I.S.A, lantas golongan akademik,Mahasiswa dan anak muda di belenggu dengan penggubalan undang - undang yang telah mencantas hak asasi manusia seperti Rang Undang - undang Perhimpunan Aman.

Dalam saat - saat demokrasi di robek oleh ketamakan kuasa,kita di momokkan dengan sentimen keagamaan yang bertujuan untuk memecah - belahkan solidariti rakyat yang sepatutnya menjadi mimpi ngeri kepada mana - mana regim. Kita seharusnya bangkit dari segala ketakutan kepada regim kerana bukan kita seharus tunduk kepada regim, tetapi regimlah yang harus tunduk kepada kuasa rakyat seperti kita.

Oleh itu Bagi menandakan berakhirnya titik suram akhir 2011 dan permulaan tahun baru 2012, saya V, menjemput anda SEMUA rakyat malaysia untuk menduduki Dataran Merdeka bersama saya pada jam 11 malam 31 Disember 2011 dan minta anda SEMUA agar hadir dengan topeng "V" dan melakonkan semula babak dramatis terakhir dari filem "V for Vendetta".

Seperti yang kita Tahu di seluruh dunia, topeng "V for Vendetta" merupakan simbol penentangan terhadap kezaliman dan ketidakadilan kuasa autoritarian. "Flashmob" raksasa ini berbentuk partisipatif, secara simboliknya untuk mengekspresikan rasa tidak puas hati kita terhadap segala bentuk ketidakadilan dan sikap tidak demokratik yang berlaku di Malaysia sepanjang 2011.

Matlamatnya adalah untuk menginterpretasi segala Segala tuntutan kita sebagai masyarakat Merdeka :

1) menuntut semula ruang awam seperti Dataran Merdeka sebagai ruang demokratik buat semua warga berhimpun secara bebas dan aman tanpa tekanan legalistik;

2) membantah Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011;

3) Menuntut Kebebasan Akademik dalam sistem pendidikan di Institut pengajian tinggi tanpa tekanan Legalistik dan campur tangan politik.

4)Menuntut keadilan dan kesaksamaan dalam sistem ekonomi dengan menarik semula pindaan terhadap akta pekerjaan dan mengubal semula akta gaji minimum selaras dengan kos sara hidup.

5) Menuntut solidariti kepada semua rakyat tertindas yang mengalami ketidakadilan dan pencabulan hak asasi dan menuntut kepada penghapusan sebarang usaha ke arah menerbitkan sentimen perkauman dan keagamaan.

6) menunjukkan azam kita dalam menjadikan 2012 tahun perubahan dan kebebasan dalam sistem demokrasi di Malaysia dalam segala aspek termasuklah politik, sosial dan ekonomi.

Saya V, menyeru kepada semua untuk menyertai kami pada 31 Disember 2011 dan membuat tuntutan dengan lantang dan jelas dengan menyarung Topeng "V for Vendetta" tepat pada jam 12.00 di Dataran Merdeka ketika langit Kuala Lumpur di terangi dengan warna - warni bunga api.

DAH BAU UMNO DAH !

oleh AnakKedah007

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg52O-s8ZInQxPnoBtpxVuGrEQtFwubnjb9TPC91JM_eb9GxiyxRbTOETCsXVFHDcxe7jtAh8-Frd56Kyk556DCwDdUliPhyDT6EqMJ9X4WaC_rwLQQAIaIQx4tbJ4TIXxtHr5aPsymJQbz/s1600/1qas.jpg

Gua nak cabaq hasan Ali... jika betoi dia tak terlibat sila nafikan sekeras2nya berkenaan kehadiran seperti terpampang di poster ini.. gua hendak lu jawab sepantas kilat sepertimana lu nafikan kata mintak maaf kat Nik Aziz tempohari... Jika lu betoi2 datang lu memang cari nahas dengan orang Kedah....

Tapi gua masih berharapan yg puak2 derhaka dengan keputusan majlis fatwa nie menjalankan propaganda juai nama luuu dalam program mereka.... jadi utk nak bagi clear lu sila nafikan segera berkenaan kehadiran tersebut.....
Fobia 901 Ganti Fobia Baju T Bersih
Posted on Friday, December 30 @ 19:39:38 PST by paktam


Oleh Mohd Sayuti Omar

SAH baju T berwarna kuning (Bersih) yang sebelum ini ditakuti dan menjadi satu fobia kini sudah merebak dan diganti dengan "Kempen Bebas Anwar 901". Ada pihak-pihak yang begitu takut dan bimbang dengan kempen ini. Fobia ini boleh dinamakana Fobia 901.

Semalam menurut laporan akhbar penjilat buntut nombor wahid, sebanyak 77 laporan polis dibuat oleh Umno di seluruh negara yang menggunakan berbagai-bagai nama.

Laporan itu meminta polis mengambil tindakan tegas ke atas pihak yang mengjadi penganjur kempen berkenaan. Alasan yang digunakan ialah himpunan 901 itu menganggu proses undang-undang.

Dari sudut mana ia boleh menganggu proses undang-undang tidak dinyatakan dengan jelas. Apakah himpunan itu menyebabkan hakim Mohamed Zabidin Mohd Diah akan mengubah keputusan? Bukankah keputusan hakim terhadap perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar itu dibuat berdasarkan fakta dan keterangan kedua-dua pihak, pendakwa dan pembela? Tidak mungkin hakim akan membuat keputusan dengan mengambil kira senario yang dibuat orang awam di luar mahkamah. Kalau hakim mengambil suasana di luar sebagai asas penghakimannnya, jahil sangatlah hakim berkenaan.

Mustahil kalau hakim akan mengambil kira dengan gema-gema diluar untuk membuat keputusan itu. Hakim Zaidin Mohd Diah tidak akan mengambil kira apa yang dilakukan oleh penyokong Anwar. Beliau juga tidak akan mengambil kira kebimbangan yang dilantunkan oleh Umno terhadap himpunan berkenaan. Itu bukan asas atau pun sokongan keputusan.

Jadi orang yang waras dan otak yang sihat kerana cukup vitamin C atau H hingga L tidak akan mudah terpengaruh dengan dendangan kebimbangan mana-mana pihak terhadap himpunan atau kempen 901 itu.

Seperti dinyatakan sebelum ini pengikut Anwar Ibrahim dan ahli PKR serta penyokong Pakatan Rakyat seluruhnya berhak untuk melakukan apa saja untuk membebaskan hero mereka. Anwar adalah hero mereka. Tindakan mereka itu samalah nilainya dengan Umno yang menyokong Ha Najib Razak akan tetap membela Najib dengan apa cara sekali pun.

Tindakan itu, baik membela Anwar atau Najib merupakan perlaksanaan sistem demokrasi di negara ini. Kebebasan membela itu juga dijamin oleh perlembagaan negara. Apakah mereka yang menentang kempen berkenaan jahil mengenai perlembagaan dan hak-hak berpersatuan?

Sementara kebimbangan himpunan itu boleh menimbulkan ketegangan dan masalah kepada orang awam hanyalah alasan semata-mata. Ia adalah dongengan si bodoh yang suka mengambil kesempatan atas apa juga isu untuk kepentingan politik. Golongan ini usahkan hal-hal himpunan yang masih dalam jagaan polis tahi pun mereka sedia mengambilnya kalau ia boleh mewangikan siasah mereka.

Kita rasa kumpulan orang awam yang hendak diselamatkan oleh golongan itu sendiri sudah tahu apakah himpunan seperti itu menganggu mereka atau tidak. Masalah hari ini kepada Umno rakyat lebih bijak dan bermaklumat dari mereka.

Selalunya himpunan sebegitu akan menjadi masalah kepada orang ramai apabila ada pihak-pihak lain termasuk keselamatan mengambil bahagian sama menjadi tukang halak (provok). Begitu juga ia akan menjadi masalah kalau puak-puak Umno yang menjelma atas berbagai-bagai nama itu ikut sama turun bertempik dan melemparkan objek.

Tegasnya halangan kepada himpunan itu secara tidak langsung menunjukkan UBN kini semakin terdesak dan mereka sudah merasakan sokongan rakyat semakin menipis. Laporan mengatakan kedudukan Pakatan Rakyat terdesak, hilang sokongan ada dakyah dan propaganda semata-mata yang hakikat sebenarnya UBN yang bermasalah.

Peristiwa lewbih 500 anggota MCA keluar parti dan menyebabkan beberapa cawangannya parti kerabat Umno itu dibubarkan satu pukulan maut buat UBN. Dalam masa media penjilat buntut cuba memberi reputasi buruk kepada UBN menerusi laporan bohong, tiba-tiba ahli UBN yang bertindak keluar parti.

Berbalik kepada Fobia 901 tadi yang diuar-uarkan sebagai himpunan haram dan menganggu proses perundangan negara ini, rasanya semua rakyat sudah faham. Sekiranya himpunan itu dihalang dan gagal terus diadakan, kesan dan natijah dari tindakan itu tetap menguntungkan Pakatan Rakyat. Jadi bagi UBN kalau mereka mahu dihormati berpolitiklah secara gentlemen kerana zaman sekarang zaman orang berani menunjukkan keberanian tidak dikira hadapan siapa.

TAK PAYAH PUJUK LA


Sabtu, 31 Disember 2011

Nurul Izzah Nafi Pujuk Zaid

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah An­war menafikan dakwaan bahawa beliau sedang berusaha memujuk Datuk Zaid Ibrahim menyertai parti itu semula.
 
Beliau berkata, surat layang yang kini tersebar luas melalui Internet kononnya beliau juga berjanji kepada Zaid untuk memberikan kerusi Parlimen Petaling Jaya Selatan, adalah palsu.

“Ingin saya jelaskan di sini bahawa dakwaan dalam surat tersebut adalah palsu dan tidak benar,” katanya dalam satu kenyataan ringkasnya kepada Sinar Harian, semalam.

Ahli Parlimen Lembah Pantai itu mengulas surat berantai yang diedarkan kepada ahli-ahli PKR yang mendakwa beliau sedang memujuk Zaid menyertai PKR semula.Ekoran itu, surat itu meng­ajak ahli PKR membantah tindakan Nurul Izzah itu.

Justeru, Nurul Izzah dalam kenyataannya juga meminta semua rakyat Malaysia jangan melayan surat itu.

“Saya menggesa semua rak­yat Malaysia untuk menumpu segala usaha demi merealisasikan Malaysia yang lebih baik,” katanya.

Zaid juga sebelum ini menge­luarkan kenyataan mena­fikan beliau bertemu dan berbincang dengan Nurul Izzah sebagaimana yang didakwa surat itu.

Katanya, beliau tidak tahu menahu berhubung dakwaan tersebut kerana sejak meninggalkan PKR, beliau tidak berhubung langsung dengan Izzah mahupun kedua-dua ibu bapa pemimpin tersebut.

“Saya tidak tahu apa-apa tentang dakwaan ini sebab sejak meninggal PKR, saya tidak berhubung langsung de­ngan Nurul (Izzah Anwar) ke, Anwar (Ibrahim) ke atau pun Kak Wan (Datuk Seri Wan Azizah),” katanya.

Zaid turut menyatakan agar dirinya tidak dikaitkan dalam penyelesaian perkara tersebut.“Jangan kaitkan saya, dia orang kena selesaikan sendiri masalah mereka,” katanya.


Sabtu, 31 Disember 2011

"Kehadiran" Aziz Bari Dalam PR Dialu-alukan

Post Pic
 
SHAH ALAM, 31 DIS : Pakatan Rakyat menyambut baik keputusan pakar perundangan Prof Dr Abdul Aziz Bari untuk mengambil bahagian dalam proses politik negara dengan berkhidmat sebagai wakil rakyat. 

Ahli Jawatankuasa Pas, Dr Hatta Ramli memberitahu AntaraPos.com, keputusan Aziz ini merupakan sokongan kepada Pakatan Rakyat meskipun tidak menjadi ahli politik tetapi angin perubahan yang dibawa itu sama seperti perjuangan Pakatan Rakyat. 
    
"Saya yakin Aziz Bari termasuk dalam golongan ini yang menyokong perjuangan Pakatan Rakyat. Jadi ia hak masing-masinglah sama ada dia hendak menyertai mana-mana parti atau tidak tetapi yang kita banggakan adalah sokongan kepada Pakatan Rakyat itu,"katanya. 

Petang tadi Aziz Bari telah mengesahkan bahawa beliau bersedia untuk menjadi wakil rakyat namun beliau menegaskan bahawa tidak akan masuk campur perkara yang berkaitan dengan hal ehwal parti politik.

Ujarnya lagi jika menyertai politik bukanlah bermakna harus terlibat dalam politik kepartian.  Hatta yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai menjelaskan, perkara ini bukanlah sesuatu yang baru berlaku dan bagi Pas ia tidak menjadi masalah kerana apa yang lebih penting adalah sokongan Aziz kepada Pakatan Rakyat untuk bersama-sama berjuang dalam membela nasib rakyat.  

Sementara itu Ketua Publisiti DAP, Tony Pua memberisaranan kepada Aziz untuk membuat pilihan namun beliau menghormati jika keputusan yang dibuat Aziz itu adalah muktamad.     

"Professor Aziz saya rasa kena pertimbangkan sama ada menyertai mana-mana parti yang paling mempunyai falsafah atau ideologi yang paling dekat dengan prinsip-prinsip yang dipegang oleh beliau sendiri. Dan kami boleh berjuang bersama untuk mencapai hasrat kita dalam Pakatan Rakyat,"ujarnya. 

Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Pensyarah kontroversi ini berdepan dengan siasatan dalaman oleh UIA dan kini telah meletakkan jawatan di UIA yang berkuatkuasa hari ini.

Jom Bantu Gua Seikhlas RM1.00 Seorang

 
Dermakan Ke Akaun (Mayban : 162021363678 - Raja Rohaisham) Klik Gambar

Anjing Ni Bodoh Serupa Lumbu Shahrizat.... hahahah...!!!!

 Khamis, Disember 29, 2011

Ini Anjing ke... atau Lembu Selangor nih... cer.. teka.. cer..teka... hahahaha...
Sekoq dah nak masuk kandang besi... yang ini bila lagiiii.... hahaha....
Ini berbeza dengan "BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100" seorang dan dijangka memberikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) berjumlah RM500 bagi setiap isi rumah yang berpendapatan bawah RM3,000 sebulan pada bulan hadapan, katanya. - BERNAMA
Kah.. kah...kah.... anjing ni dok menyalak apa haaaa....!!!!

Anjing nih... tak tau bezakan ke.. duit kerajaaaan/rakyat dengan duit Barisan Nasional.... kebodohan anjing nih kalau menurut ramalan ongkologis sudah sampai tahap 4 beb..... dah wajib ajar Syahadah dah nih.... eerrr... batu nesan dah tempah keeee... atas nama Noh anak lelaki Omar... muakakakaaaa....

Patut laaaa... pengikut2 umno/barisan nasional semuanya bodoh2 belaka... pasal pemimpinnya pun bodoh... hahahahaha....

Anjing tu kata... "BN yang telah menyelesaikan bantuan awal persekolahan bernilai RM100"... muakakaka.... apa dia ingat seorang anak sekolah cukup ke... dengan jumlah tuuu... bangsat punya anjing haramjadah... setelah 54 tahun baru nak bagi... lepas tu berdegar2 macam besar sangatlah jumlah tuuu... khhhaaaakkk ptuuuiii.... sorry aarrrr... Armandoll dan panglima2 umno yang ajar gua ludah kat muka anjing bangsat sekoq nih.... pasal dia cakap pakai kepala lutut... hahahaha....

Apa anjing tu ingat bagi Bantuan Rakyat RM500 hengget tu dah besar sangat ke...., hahahhaaa... itulah puak2 umnoporno/barisan nasional... baru bagi bantuan sikit guna dana keraaaaajaan dah mengaku macam duit parti dia pulak....

So.... nak ketuk kepala hotak puak2 umporno yang benggap lagi bahalol... supaya dapat membezakan antara duit parti dan duit keraaaaajaaan senang jer....., tak kiralah kerajaaaan mana sekalipun jika yang dibantu, disumbang itu atas nama keraaaajaan maka itu adalah duit dari hasil cukai kutipan cukai keraaaajaan dan ianya datang daripada rakyat.... maka ianya dikembalikan kepada rakyat...

Duit RM100 dan RM500 yang lu orang terima dan bakal terima tu bukannya duit dari poket atau tabung Barisan Nasional...., Anjing dalam gambar tu hanya jual nama Barisan Nasional.... alaaaaahhhh.... macam jual Lembu Sharizat tu laaaaa.... itu pun susah nak paham ke....????

Lagipun Barisan Nasional mana pernah bagi sumbangan beb... Barisan Nasional hanya terima sumbangan (baca songlap) duit keraaaajaaan..... hahahaha...

Kesimpulannya amat mudah sekali.... Anjing kat dalam gambar tu hanya nak perbodohkan orang kampung dan rakyat Selangor sekalian.... sebab spesies anjing tuuu... ada genetik Lembu... pasal tu "BODOH NAK MAMPUS"... dah tak gheti nak bezakan apa yang dinamakan Kerajaaaan Malaysia/Negeri (Rakyat) dengan apa yang diertikan sebagai mandat memerintah oleh Parti (tak kira parti apa pun).

Jadi itu bukannya duit Barisan Nasional... itu duit dan hak rakyat, Barisan Nasional hanya sebagai pemegang atau penjaga amanah jer....

Masalahnya di sini... apabila diberi mandat untuk menjaga amanah rakyat... puak2 Anjing dan Lembu umnoporno/barisan nasional nih dah kelabu mata beb... duit rakyat mengaku duit dia... duit rakyat disonglapnya macam songlap duit makbapak diorang.... statusnya sekarang nih dah serupa penyangak yang menjaga harta rakyatlah....

Selebihnya lu orang sendiri mau ingatlahhhh.... lagi mau pilih dalam PRU-13... si penyangak untuk menjaga harta/amanah lu orang.... hahahahahaaaa.... !!!!

Nota: Lu orang nilaikan prestasi Selangor dan Negeri2 lain dari Laporan Ketua Audit Negara. Jangan bersandarkan kepada sumber Utusan Meloya, Berita Hairan dan mulut2 hancing pemimpin2 serupa Lembu dan Anjing dari Barisan Nasional/umno....

Jangan sampai Laporan Ketua Audit Negara pun diharamkan juga..... hahahaha....!!!!

Blog ISA

TIADA APA YANG MUSTAHIL BILA DATANG PERTOLONGAN ALLAH

Jumaat, 30 Disember 2011

Berasapp..Bekas Ketua Pemuda MCA dan 439 ahlinya sertai (DHPP) PAS..??

Kuah3..Puak Umno tentu "Sawan" and "Gila Khinzir" dengan tajuk kat atas beb..sebab sekarang apapun boleh terjadi,kerana kerapuhan parti-parti yang terdapat dalam BN serta sindrom tidak mempercayai satu sama lain dalam Parti reput tersebut.

Maka dengan perbalahan MCA Pulau Pinang,Pemuda PAS menghulurkan tangan penyelamat kepada Ketua MCA dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP),maka selepas ini akan terdengar orang Umno yang bangang kata,ini namanya "Menangguk di air keruh" fuhhh..Ini zaman IT beb,zaman orang dah celik dan hendakkan kepada keadilan dan kebenaran bukan tahun 70an,apa nak kias-kias..memang pun PAS menangguk di air keruh,kalau menagguk di air jernih bodoh la lu Umno..mana nak dapat hasil.

Sekarang kena menangguk dalam apa jenis air pun,hatta air tembikai ke,air sirap ke atau air karot sekali pun kena tibai jugak bro..yang penting matlamat menjatuhkan kerajaan Zalim, Sombong dan Korup BN ditamatkan riwayatnya pada PRU 13 nanti...Baca kat bawah nii...

Pemuda PAS mempelawa bekas Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon dan 439 ahlinya menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) di negeri ini untuk bersama-sama menumbangkan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum akan datang. Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang,

Yusni Mat Piah berkata, beliau merasakan masa untuk bersama MCA dan BN memerintah telah berlalu kerana terlalu banyak penyelewengan berlaku melibatkan wang rakyat. Eng Hiap Boon dan anggotanya meletakkan semua jawatan dalam parti itu beramai-ramai semalam ekoran hilang kepercayaan kepada kepimpinan MCA dan BN.
Tindakan mereka mengakibatkan dua cawangan MCA di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.
Tindakan Eng Hiap Boon pasti memberikan tamparan hebat kepada pucuk pimpinan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang seakan sudah bersedia dengan kekuatan baru untuk merampas kembali Pulau Pinang daripada Pakatan Rakyat.
Langkah drastik itu juga memberikan kekuatan baru kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng untuk teruskan usaha menyakinkan rakyat dengan berbagai skim batuan hasil lebihan perbelanjaan kerajaan tanpa melihat lagi kebelakang.

"Sebagai Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Pemuda PAS Pusat saya menyeru beliau dan ahlinya menyertai DHPP di Pulau Pinang bagi membantu memperkuatkan PAS sekaligus memperkemaskan jentera Pakatan Rakyat yang sedang diperlekehkan oleh Umno dan BN. "Dewan Pemuda PAS yakin ia satu perkembangan yang positif terhadap Pakatan Rakyat di negeri ini, " jelas Husni dalam kenyataannya.

Dewan Pemuda PAS sendiri katanya, cuba mencari jalan mendekati mereka dengan sokongan DHPP Pulau Pinang bagi menerangkan betapa pentingnya perlawaan tersebut. Ia amat wajar kerana Malaysia amnya Pulau Pinang kena di selamatkan daripada jatuh semula ke tangan Umno dan BN yang ketagih kuasa.

INI POLITIK PUNYA HAL

ADA MOTIF POLITIK DAN PERKAUMAN

Friday, December 30, 2011

Kepala Babi dipintu Masjid.. Taktik penjajah British tu..


Kepala Babi dilontarkan kedalam Masjid lagi.. Ini adalah satu taktik yang pernah digunakan oleh penjajah Tanah Melayu iaitu British untuk mencetuskan pergaduhan kaum di Batu Kikir, Negeri Sembilan sebelum negara Merdeka.


Sebenarnya pada sekitar tahun 1945 pihak British pernah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir. Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar.

Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu. Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005 - sepenuhnya korang bacalah di SINI

Hmmm.. Parti mana agaknya di Malaysia ini yang mewarisi taktik lapok penjajah itu?

***********************************************

Kepala babi ditemui di pintu masuk masjid di Johor
Lima kepala babi ditemui di luar pintu pagar masuk utama Masjid Al-Falahiah, Taman Desa Jaya, Johor Bahru, pagi ini.

Kepala babi itu, dalam satu bungkusan, disedari seorang penjaga masjid itu pada kira-kira jam 6.30 pagi tadi.

Tiga lagi bungkusan yang dipercayai mengandungi tulang, juga ditemui dekat situ, tetapi polis kemudiannya mengesahkan ia mengandungi batu.

Ketua Polis Johor Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata polis menubuhkan sebuah pasukan siasatan yang diketuai timbalannya, Datuk Ismail Yatim untuk menyiasat kejadian tersebut.

Ketua Polis Johor , Datuk Mokhtar Mohd Shariff berkata, satu pasukan khas yang diketuai timbalannya, Ismail Yatim, ditubuhkan untuk menyiasat perkara itu.

Mokhtar juga mengingatkan semua pihak supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menyerahkannya kepada polis untuk siasatan lanjut.

Ini ekoran satu lagi kejadian di mana dua bungkusan yang disyaki mengandungi tulang, ditemui pada jam 5.30 petang semalam di masjid yang sama.

Sementara itu, Bernama melaporkan, pengerusi masjid berkenaan Kassim Darim, 62, berkata dalam kejadian pertama pada jam 5 petang semalam, penduduk menemui bungkusan plastik dipercayai mengandungi anggota babi berhampiran pagar belakang masjid.

Beliau berkata kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di kawasan masjid berkenaan.

Kassim berkata satu laporan telah dibuat di Balai Polis Desa Cemerlang.

Sementara itu, kira-kira 100 orang, termasuk daripada badan bukan kerajaan, mengadakan perhimpunan aman di depan masjid berkenaan bagi membantah perbuatan tersebut.

Malaysiakini

INGAT 8 PERKARA TUNTUTAN

Dakwat kekal bukan jaminan PRU telus, tegas Anwar

December 30, 2011
 
KUALA LUMPUR, 30 DisWalaupun  Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengumumkan pindaan peraturan bagi mewajibkan penggunaan dakwat kekal namun Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan ia bukan jaminan pilihan raya negara akan dijalankan dengan bebas dan bersih.

Ini kerana menurut Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, masih terdapat banyak perkara yang perlu dilaksanakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Beliau menambah proses demokrasi dan pengendalian pilihan raya boleh dijalankan secara bebas dan adil sekiranya SPR melaksanakan lapan tuntutan yang dikemukakan Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0)

“Namun demikian, perubahan kecil ini tidak seharusnya dilihat sebagai jaminan kepada proses pengendalian pilihan raya yang telus, bebas dan bersih sepenuhnya,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurut Anwar (gambar), selain 10 cadangan yang disyor PSC untuk memperbaiki proses pilihan raya, jawatankuasa yang melibatkan ahli Parlimen Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat dan Bebas juga perlu mempertimbangkan secara menyeluruh lapan tuntutan dikemukakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Saya percaya demokrasi dan proses pilihan raya bebas dan adil sewajarnya turut didukung dengan amalan serta pendekatan yang menjurus kepada kebebasan media dan kempen terbuka.

“Agensi media awam sewajarnya bersikap lebih adil dalam memberikan liputan untuk semua parti politik dan kempen politik parti-parti pembangkang sewajarnya tidak didiskriminasi menerusi tapisan melampau yang tidak munasabah serta mencabul hak kebebasan bersuara,” katanya.

Anwar menambah Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, PKR dan DAP komited dan menuntut agar PCS turut menumpukan perhatian kepada cadangan transformasi Bersih 2.0.

Kata beliau, PSC perlu mengkaji cadangan-cadangan itu sekiranya serius dalam menjamin pilihan raya yang bebas dan adil.

PSC akan membuat rumusan bagi 10 cadangan baru termasuk penggunaan dakwat kekal, yang dijangka akan dibentangkan di Parlimen Mac depan.

Semalam Pengerusi PSC, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili, berkata keputusan mengenai peraturan penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke-13 akan diketahui pada 1 Februari depan.

Beliau berkata  peraturan itu sedang digubal dan kandungan dakwat masih dikaji oleh Jabatan Kimia dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pada 3 Disember lalu, SPR mengesahkan akan menggunakan dakwat kekal yang mengandungi “silver nitrate” pada pilihan raya umum akan datang, selepas tuntutan PSC menggunakan kaedah itu dipersetujui dan diluluskan oleh Parlimen.

UMNO HIPOKRASI ?

Hipokrasi Umno dalam isu gambar pemimpin
Posted on Thursday, December 29 @ 18:21:12 PST by paktam

Oleh: Mat Zain Mat Isa

“Pasal gambar pun kecoh satu negeri ke? Bila masa pulak orang PAS penhttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEih-nVAPJ-NwLVYHouPVWEhK1bOBR_lbx9YnmmmykZfF1Y2KFMbN6vevNEHAisn93tmASX8klpokipA9-i3yIyTIpKrR0EXLYrt0ogzzuv8nZt40Q8N1TtDjoK2oX_Z7HQpizPO2ceegtU/s320/najib+kena+pijak.jpgtingkan soal gambar ni?”, begitulah antara reaksi sinis para pendukung Barisan Nasional (BN) Terengganu lebih sedekad lalu.

Kenyataan itu timbul ekoran dakwaan adanya beberapa pejabat milik jabatan, agensi dan anak syarikat kerajaan negeri yang agak ‘liat’ untuk menaikkan gambar Menteri Besar baru, bagi menggantikan gambar bekas MB.


Memang keadaan ketika itu (awal tahun 2000) agak ‘panas’. Pantang ada sikit kesilapan atau pertembungan pendirian, ia akan mudah meleret kepada salah faham dan pertengkaran. Sesetengah kes malah berlarutan menjadi perbalahan politik antara dua kumpulan kakitangan berlainan parti dalam sesebuah pejabat.
Tidak dinafikan ada segelintir penyokong kuat PAS yang agak agresif dalam tindakan dan desakan mereka. Hal itu boleh dirasionalkan, terutama mengambilkira keadaan mereka yang tersisih dan tertekan sejak puluhan tahun di bawah pemerintahan BN. Mereka didiskriminasi dan dipandang serong, bahkan dilayan tidak sama taraf dengan yang lain, hanya semata-mata kerana mereka penyokong PAS.

Lalu apabila parti kesayangan mereka telah berjaya mengambilalih teraju pemerintahan, tentu timbul keinginan agak kuat di kalangan mereka untuk sedikit “membuka dada”. Mereka menjadi antara agen tidak rasmi memastikan apa juga arahan dan pengumuman para pemimpin kerajaan PAS diikuti dan dipatuhi oleh pejabat masing-masing. Sebab itu apabila datang arahan agar gambar MB lama diturunkan dan digantikan dengan gambar MB baru, mereka ini atas kerelaan sendiri bertindak menjadi pendesak.

Memburukkan keadaan ialah apabila sebilangan ketua atau orang kuat di pejabat tertentu adalah juga pendukung kuat BN, khususnya Umno. Mereka ini sengaja menzahirkan ketaksuban kepada parti, termasuk dalam hal yang sepatutnya dipatuhi. Asal saja ada peluang untuk mereka tunjukkan sikap ketidakbersamaan dengan parti pemerintah negeri (PAS), mereka ini sedaya mungkin menzahirkannya.

Salah satu kes yang menimbulkan sedikit kekecohan ialah dalam soal penukaran gambar MB daripada yang lama kepada yang baru. Bagi pendukung Umno yang ketika itu masih dalam keadaan ‘mengigau’ dan belum dapat menerima hakikat kejatuhan kerajaan disokong mereka, arahan agar menurunkan gambar MB lama adalah suatu yang amat memilu dan memalukan.

Lalu berbagai alasan dan justifikasi kedengaran. Ada yang memberikan alasan belum menerima apa-apa arahan rasmi daripada kerajaan baru (PAS), walau pun pentadbiran baru sudah berjalan beberapa bulan. Malah ada yang cuba berdalih kononnya pejabat mereka belum menerima gambar MB baru, sedangkan gambar dimaksudkan itu sudah rata disebarkan dan digantung di seluruh negeri, termasuk di surau dan markas parti.

Ada pula yang menjawab sinis, “apa salahnya kalau tak ditukar gambar-gambar itu? Kata mereka, Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad (bekas MB) bukan boleh buat apa kalau pun gambar dia kekal di situ? Dia dah tak ada kuasa pun.”

Ertinya, mereka mahu merasionalkan betapa kuasa bukannya pada gambar di dinding. Dalam ertikata sama, para pendukung Umno itu seakan mengatakan jika pun tidak diletakkan gambar MB baru pada dinding, pemimpin itu tetap ketua kerajaan baru dan dia lah yang memiliki kuasa pemerintahan.

Bagi mereka soal memaparkan gambar pemimpin adalah perkara kecil dan remeh-temeh. Ia tidak sepatutnya menimbulkan kekecohan, atau sehingga menyebabkan pihak bertanggungjawab terhadap pemasangannya di dinding mana-mana pejabat dipersoalkan kepatuhan mereka terhadap kerajaan yang memerintah.

Memang para pemimpin kerajaan pimpinan PAS ketika itu tidak begitu mengambil serius soal kedegilan beberapa pejabat menaikkan gambar MB. Sebab itu tidak kedengaran walau seorang pun ketua pejabat atau pegawai bertanggungjawab yang dikenakan apa-apa tindakan di atas keengganan kakitangan mereka melaksanakan arahan itu. Tidak ada pun walau seorang penjawat awam yang ditukar atau diberi teguran disebabkan perkara itu. Jauh sekali untuk digantung tugas atau diberhentikan.

Sebab itu agak memualkan apabila kini khalayak pendukung Umno pula seakan hilang pertimbangan dan tidak dapat mengawal perasaan hanya apabila sehelai bendera memaparkan gambar pemimpin parti itu diturunkan sekumpulan mahasiswa yang meluah rasa tidak puas hati berkaitan permasalahan yang mereka hadapi. Siswa terbabit bukan sahaja diugut untuk ditumbuk dan diludah, malah dibayang akan berdepan tindakan keras termasuk dibuang dari pengajian.

Ertinya, Umno kini mengakui signifikan meletakkan gambar pemimpin di sesuatu premis. Ia sama sekali berlawanan dengan sikap dan pendirian yang mereka ambil di Terengganu lebih sedekad lalu. Hanya kerana sehelai bendera tertera gambar pemimpin Umno diusik, bukan setakat satu negeri, kekecohan kini merebak ke serata negara.

TENTERA MESIR BIADAP

Kes Ujian Dara: Samira Bongkar Rahsia Tentera Mesir


Kaherah: Seorang wanita Mesir yang menuduh tentera mencabul kehormatan tahanan wanita di penjara kini dianggap 'hero' kaum Hawa di negaranya selepas mahkamah mengarahkan tentera menghentikan amalan itu yang dilabel 'ujian kononnya untuk menentukan seseorang masih dara atau tidak.'

Kes itu difailkan Samira Ibrahim (gambar), 25, yang mendakwa dipaksa tentera untuk menjalani ujian itu pada 9 Mac lalu selepas dia ditahan semasa menyertai protes di Dataran Tahrir.

“Kes ini adalah untuk semua wanita Mesir, bukan saja saja. Saya rasa amat kecewa. Saya dicederakan dan tidak menyangka askar boleh bertindak begitu. Satu perkara yang diberitahu ayah saya ialah hanya undang-undang akan membantu kamu,” katanya.

Pengurus pemasaran itu mendakwa menerusi video YouTube dikenakan kejutan elektrik atas tuduhan menjadi pelacur. Dia diarah menanggalkan pakaian di depan askar dan diperiksa oleh lelaki di hadapan sekumpulan anggota tentera yang mentertawakannya.

Doktor tentera yang menjalankan ujian itu kini berdepan dengan perbicaraan pada 3 Januari depan di mahkamah tentera, menurut stesen televisyen kerajaan.
Jeneral yang memerintah menafikan anggota tentera menjalankan ujian itu dan tidak meminta maaf.

Ketua perundangan tentera, Jeneral Adel el-Mursi, berkata penghakiman itu tidak boleh dilaksanakan kerana tentera tidak menjalankan ujian dara secara paksa, menurut laporan agensi berita MENA.

Seorang lagi jeneral yang enggan disiarkan namanya dipetik sebagai berkata ujian itu dijalankan hanya untuk melindungi tentera daripada tuduhan merogol.

Minggu lalu, tentera mengumumkan penyiasatan terhadap insiden itu. Organisasi hak asasi manusia pula percaya, banyak lagi ujian seumpama itu dilakukan askar.

“Mahkamah mengarahkan pelaksanaan prosedur ujian dara terhadap gadis dalam tahanan tentera dihentikan,” kata hakim Mahkamah Pentadbiran Kaherah, Aly Fekry sambil disambut tepukan gemuruh orang awam yang mendengar keputusan itu.

Samira adalah seorang daripada tujuh wanita yang mendakwa mereka diarah menjalani ujian itu selepas ditahan tentera.

Pengurusan jeneral ketenteraan dalam kerajaan peralihan negara itu mengundang kritikan hebat daripada aktivis hak asasi tetapi laporan layanan buruk wanita di tangan askar ketika ditahan meningkatkan kemarahan rakyat Mesir.

Antara contoh kekerasan terhadap wanita berlaku baru-baru ini apabila tentera dirakam menarik rambut seorang wanita tidak bersenjata, memukulnya hingga menyebabkan colinya kelihatan. – Reuters/Agensi

DATO' NI TIPU SAMPAI LICIN DUIT NFC, SENYUM PULAK !

 ADA APA-APA KE SENYUM TUUUU !

30/12/11

'Datuk' didakwa menipu pengerusi NFC


Seorang ahli peniagaan didakwa bergelar "Datuk", hari ini mengaku tidak bersalah atas dua tuduhan menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.
 
NONE
Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Samsubahrin Resources Sdn Bhd itu didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas.

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.
 
Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.
 
Lelaki yang memiliki beberapa syarikat termasuk perkhidmatan limosin itu direman oleh polis dan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selepas ditahan pada 22 Disember.
 
Shamsulbahrin yang kelihatan ceria ketika dibawa ke mahkamah hari ini berdepan hukuman sebat, denda serta penjara antara satu hingga sepuluh tahun sekiranya didapati bersalah.

Tidak bayar jamin

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan ikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin dan tertuduh juga diarahkan untuk menyerahkan pasport beliau.

NONE
Ketua pengarah eksekutif Shamsulbahrin Ismail Resources Sdn Bhd itu tidak dapat membayar jaminan tersebut hari ini.

Mahkamah turut menetapkan kes berkenaan untuk disebut semula pada 31 Januari.

Tertuduh yang kini masih dalam siasatan polis – dilaporkan disiasat untuk 10 kes penipuan berasingan.

Peguam J Rao memohon supaya mahkamah mengurangkan jumlah jaminan kerana aset tertuduh telah dibekukan mengikut Akta Pencegahan Rasuah 1997 pada 23 Disember.
 
Aset berkenaan juga mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 pada 27 Disember.
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.