Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Pakatan sifatkan undang-undang hubungan kaum dangkal

December 29, 2011
 
KUALA LUMPUR, 29 DisPakatan Rakyat menolak cadangan mewujudkan undang-undang hubungan kaum sambil menyifatkan ia helah Barisan Nasional (BN) untuk menarik sokongan rakyat melalui konsep 1 Malaysia, yang bertujuan memperkukuhkan perpaduan.

Bagaimanapun wakil rakyat dari pemerintah telah mencadangkan undang-undang itu, yang akan dibentangkan pada Mac, ia merupakan undang-undang yang dilihat mencerminkan komitmen pentadbiran Najib terhadap kepelbagaian budaya dan toleransi.

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata walaupun dengan undang-undang sedia ada, kumpulan sayap kanan dan akhbar aliran utama telah bertindak mengeluarkan perkara-perkara berbaur perkauman dan hasutan.

Beliau menjelaskan keadaan yang berlaku itu membuktikan BN lebih berminat untuk terus menggunakan langkah transformasi dangkal daripada membenarkan institusi sedia ada melindungi hak semua rakyat Malaysia.

“Walaupun kita mempunyai undang-undang hubungan kaum yang sempurna, tanpa pelaksanaan yang adil ia akan menjadi ejekan bagi rakyat - sama seperti pengumuman perdana menteri sebelum ini mengenai Malaysia akan menjadi negara demokrasi terbaik di dunia,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Ahli Parlimen Lembah Pantai ini menambah undang-undang baru perlu diwujudkan dengan berteraskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan bukan sahaja dibenarkan BN tetapi menegaskan pemimpin kerajaan tidak memahami hak yang diberikan kepada rakyat.

Putrajaya sepatutnya menubuhkan satu jawatankuasa pilihan Parlimen untuk mengkaji kesan Akta Hubungan Kaum, mempertimbangkan “baik, tidak bijak” undang-undang yang dicadangkan itu, tambahnya.

Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub berkata ia akan bagus untuk kerajaan dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz untuk mengadakan perbincangan mengenai undang-undang baru itu sebelum dibentangkan di Parlimen.

Beliau juga tidak yakin sekiranya ia merupakan satu keperluan untuk mewujudkan undang-undang baru itu di Malaysia yang tidak menghadapi mana-mana masalah serius.

“Tiada keperluan mewujudkan undang-undang ini, selain itu ia memerlukan perbincangan,” kata Ahli Parlimen Kubang Kerian ini.

Setiausaha Antarabangsa DAP Liew Chin Tong berkata terdapat unsur “curiga” sambil menyifatkan ia seperti kembali kepada mentaliti Perang Dingin yang bertentangan dengan ucapan perdana menteri pada sambutan Hari Malaysia.

“Mentaliti Perang Dingin adalah tentang mengawal dan menganggap kerajaan tahu yang terbaik,” katanya.

“Tetapi konteks telah berubah. Persoalannya sekarang adalah ia bukan lagi tentang mengawal tetapi bagaimana untuk memperbudahkan dialog.”

Ahli Parlimen Bukit Bendera ini juga mempersoalkan sekiranya perlu untuk mewujudkan undang-undang itu sekarang memandangkan semua kaum hidup secara bersama dan orang Melayu merupakan majoriti di kebanyakan bandar.

“Adakah persoalan tentang kaum masih penting?,” soalnya. Wakil rakyat Umno Datuk Seri Azalina Othman Said berkata memandangkan beliau belum diberikan penerangan tentang Akta Hubungan Kaum, ia mungkin undang-undang yang dicadangkan melalui satu respons di debat talian hangat.

“Saya mengandaikan ia memberikan faedah kepada kerajaan, mesti ada alasan untuk itu,” kata Ahli Parlimen Pengerang ini.

“Ia lebih mudah membangkitkan kemarahan dalam banyak perkara di Internet terutamanya apabila nama penulis dirahsiakan. Mereka boleh mencetuskan lebih banyak kemarahan melalui tulisan dan Facebook.”

Tetapi Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata rakyat akan memberikan tafsiran yang salah tentang hasrat undang-undang itu sambil menambah ia bukan tentang mengatur hubungan antara kaum tetapi mencegah perkara-perkara yang bersifat perkauman dan keagamaan.

“Ia bukan tentang menguruskan hubungan antara orang Melayu, Cina dan India. Ia tentang memastikan anda tidak didiskriminasikan berdasarkan warna atau kaum,” katanya.

Beliau berkata undang-undang yang dicadangkan itu akan memastikan Malaysia menjadi negara yang “setaraf” dengan dunia maju, merujuk ia seperti undang-undang di Britain.

“Ia satu akta yang menarik. Ia akan menuju ke arah Malaysia yang lebih baik. Ia akan mewakili semangat 1 Malaysia. Kita sepatutnya menyokongnya.”

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.