Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DATO' BUAT KERJA BUSUK

Pemegang amanah PERKIM dituduh pecah amanah

December 27, 2011
 
SHAH ALAM, 27 Dis Tiga pemegang amanah Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) cawangan Damansara Utama (PDU) dengan dua daripada mereka bergelar ‘Datuk’ hari ini telah dituduh di Mahkamah Sesyen Shah Alam membabitkan kesalahan pecah amanah.

Tertuduh, Datuk Ariffin Suhaimi,74, Pengerusi PDU bersama dua lagi pemegang amanah Datuk Baharin Baba, 58, dan Abas Adam,60, dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan dan di baca bersama dengan Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sebagai pemegang amanah kepada PERKIM Damansara Utama – yang telah diamanahkan dengan wang balasan daripada projek menaiktaraf jalan B9/FT015 dari Lapangan terbang Subang ke Hospital Sungai Buloh yang berjumlah RM3,700,000, ketiga-tiga tertuduh telah melakukan pecah amanah terhadap harta tersebut.

Berdasarkan pertuduhan yang dibacakan di hadapan hakim, ketiga-tiga tertuduh didakwa secara bersama di antara 1 April 2002 dan 22 April 2004, di pejabat PERKIM Cawangan Damansara Utama, Petaling Jaya.

Bagaimanapun ketiga-tiga mereka tidak mengaku salah atas tuduhan berkenaan. Hakim, Asmadi Husin menetapkan wang jaminan RM10,000 setiap seorang dan 27 Januari depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diwakili oleh Timbalan Pendakwaraya Kevin Morais, manakala penguambela Najah Ariffin dan Normala Lot mewakili anak guam masing-masing.

Sekiranya sabit kesalahan, ketiga-tiga tertuduh boleh dihukum dibawah seksyen yang sama.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.