Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

SALAH TAK PE, JANJI ADA DUIT BAYAR DENDA, APA MASALAH ?

Bekas pegawai kanan anak syarikat IIB mengaku salah atas tuduhan rasuah

December 28, 2011
 
JOHOR BAHRU, 28 Dis Bekas Naib Presiden Kanan anak syarikat kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) hari ini mengaku salah atas tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Lelaki berusia 51 tahun itu merupakan individu kedua didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, selepas suami kepada seorang pegawai tertinggi IIB.

Dalam kes terbaru ini, lelaki yang dirahsiakan identitinya itu mengaku salah atas tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat.

Menurut The Star Online, lelaki tersebut juga merupakan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa kes rasuah sebelum ini.

Bekas pegawai berkenaan didenda RM20,000, selepas mengaku salah atas pertuduhan tersebut, dan membayar denda berkenaan.

Semalam, suami kepada bekas seorang pegawai tertinggi Pelaburan Iskandar Berhad (IIB) didakwa atas kesalahan menerima sejumlah RM816,900 sebagai galakan untuk mendapatkan projek.

Mohd Amin Suhaimi, 52, dibicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga kesalahan menerima rasuah daripada syarikat pembinaan Detect Engineering Sdn Bhd bagi mendapatkan tender projek pembinaan sekolah di Pulai.

Projek yang dipercayai terletak di Lot PTD Mukim Pulai dianggarkan bernilai RM40.8 juta.
Menurut Star Online, Mohd Amin dipercayai menerima sejumlah RM816,900 wang tunai daripada Pengarah Detect Engineering Sdn Bhd, Mohd Hassan Madon, 48 melalui orang tengah, Mohd Iskandar Fahmi Abdullah, 52. Kesalah tersebut dipercayai berlaku di sebuah hotel di Jalan Harimau, Taman Century, Johor Baru, kira-kira jam 5 petang pada 22 April tahun lalu.

Bagi kesalah kedua, Mohd Amin dipercayai menerima RM500,000 daripada Hassan melalui Iskandar di sebuah kawasan tempat letak kereta di dalam sebuah pusat membeli belah di Jalan Wong Ah Fook jam 4 petang pada 4 Jun tahun yang sama.

Pertuduhan ketiga pula, dia dituduh menerima sejumlah RM316,900 wang tunai untuk membantu syarikat berkenaan memperoleh projek daripada IIB di kawasan tempat letak kereta di sebuah kompleks membeli belah di Jalan Trus antara jam dua hingga tiga petang pada 9 Jun tahun yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan didakwa di bawah seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pertuduhan tersebut membawa penjara maksimum selama 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, atau yang mana paling tinggi.

Ikat jamin ditetapkan sebanyak RM100,000 dan Mahkamah Sesyen memutuskan sebutan semula kes pada 27 Januari depan.

Laporan terdahulu menyebut Mohd Amin yang dipercayai suami kepada Arlida Ariff, bekas Ketua Pegawai Eksekutif IIB yang dibuang penghujung tahun lalu keranan dikatakan terlibat dengan penyelewengan kontrak projek infrastruktur.

Arlida telah digantikan oleh Ketua Hartanah DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim pada 1 November tahun lalu.


Khazanah Nasional Berhad, pemegang 60 peratus ekuiti dalam IIB telah memulakan audit dalam pengurusan kewangannya awal tahun ini berikutan laporan terdapat sogokan dan kos yang melambung tinggi dan prosedur perolehan yang boleh dipersoalkan.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.