Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

AWER: Kerajaan mesti berkeras lindungi kepentingan rakyat

S.Piarapakaran | Dec 28, 2011 04:05:13 pm


 
Persatuan Penyelidikan Air dan TenagaMalaysia (AWER) ingin mengucapkan tahniah kepada Suruhanjaya Tenaga kerana mengambil langkah berani untuk membuka bidaan terbuka bagi menggantikan PPA generasi pertama.

Pembukaan bidaan kepada entiti yang mempunyai equiti daripada luar negara sehingga 49% akan membantu Malaysia membawa lebih banyak pemain industri untuk melabur dalam teknologi yang lebih baik dan cekap (efficient).  Kami berharap untuk melihat entiti perniagaan yang berkebolehan menguruskan loji-loji penjanaan ini melalui proses bidaan terbuka yang telus dan adil.

AWER juga menyeru kepada Suruhanjaya Tenaga supaya Penjana Bebas (IPP) generasi pertama yang tidak berunding semula tidak dibenarkan (disenarai-hitamkan) untuk membuat bidaan untuk projek ini dan mana-mana projek penjanaan yang baru selepas ini.  Penyenaraian hitam ini juga patut dipanjangkan kepada pemegang-pemegang saham dan ahli-ahli lembaga pengarah daripada Penjana Bebas, anak syarikat serta syarikat induk Penjana Bebas tersebut. 

Tiada pemegang saham dan ahli lembaga pengarah ini dibenarkan untuk terlibat dalam bidaan projek penjanaan baru melalui sebarang syarikat baru atau entiti tertentu.  Kerajaan juga tidak perlu risau dalam langkah membuang lintah darat sebegini kerana ia adalah sesuatu yang betul untuk dilaksanakan dan berdasarkan prinsip perniagaan yang biasa.  Ia juga akan membantu untuk melindungi kepentingan negara.

Tambahan pula, sistem penetapan tarif yang telus mesti dilaksanakan.  Ini adalah beberapa langkah yang mesti dilaksanakan oleh Suruhanjaya Tenaga dan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA):

I. Audit perbelanjaan model (capital expenditure - CAPEX) dan perbelanjaan operasi (operational expenditure - OPEX) untuk penjanaan, penghantaran, pembahagian dan perkhidmatan sokongan.

II. Menanda aras (benchmarking) kos perkhidmatan bekalan elektrik mengikut taraf antarabangsa.

III. Pembezaan kos-kos melibatkan perkhidmatan elektrik dan bukan perkhidmatan elektrik.  Perkhidmatan bukan elektrik seperti kos operasi sebuah universiti tidak patut ditanggung melalui tarif elektrik.

IV. Pelaburan semula merupakan langkah penting untuk memastikan kecekapan berterusan dalam penjanaan dan bekalan elektrik untuk meminimumkan kos operasi.

V. Penetapan tarif secara punitif dan perlu mewakili penggunaan setiap sektor.  Tarif Khas Industri (Special Industry Tarif) mesti dimansuhkan.

VI. Penglibatan semua lapisan masyarakat dalam proses penetapan tarif untuk memastikan ketelusan dan pemahaman jelas adalah komponen penting.

VII. Mekanisma penyaluran kos bahan api (fuel cost pass-through mechanism) yang telus mesti dilaksanakan untuk memastikan kos bahan api yang sesuai dan kecekapan penjanaan ditetapkan pada nilai optimum.

Kerajaan Persekutuan mesti BERKERAS dalam melindungi kepentingan rakyat dan pembangunan negara.  Malaysia memerlukan industri elektrik yang cekap dan efektif untuk memastikan kita dapat bersaing dalam situasi ekonomi global yang kompetitif.

*S.Piarapakaran (gambar kiri) selaku Presiden Persatuan Penyelidikan Air dan Tenaga Malaysia (AWER).

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.