Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

PAS AJAK AZIZ BARI SERTAI JAMA'AH ISLAM

    December 28, 2011

    KUALA LUMPUR, 28 DisProf Dr Aziz Bari dipelawa Dewan Pemuda PAS Pusat Malaysia (DPMM) untuk menyertai parti berkenaan bagi meneruskan perjuangannya sebagai Pakar Perlembagaan dan Undang-undang negara selepas menamatkan kerjayanya sebagai pensyarah di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) baru-baru ini.

    Naib Ketua DPMM, Raja Ahmad Al-Hiss dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider hari ini berkata, pihaknya mengharapkan agar bekas pensyarah UIA itu dapat menyertai parti komponen Pakatan Rakyat itu supaya dapat terus berjuang mengembalikan sistem negara kepada landasan yang betul dan tepat.

    “Kami mengalu-alukan penyertaan beliau ke dalam parti sebagai ahli politik bagi membetulkan sistem negara kerana parti amat memerlukan pengalaman dan ilmunya yang luas dalam bidang perundangan.

    “PAS yakin penyertaan Aziz (gambar) akan dapat memberikan manfaat yang baik kerana ilmu yang telah di ajarnya selama ini akan diterjemahkan di dalam membentuk sebuah negara mengikut lunas undang-undang yang sebenar,” katanya.

    Menurut Raja Ahmad, perjuangan Aziz dalam memelihara Perlembagaan negara akan akan terus berkembang di bawah PAS.

    “Kami yakin dengan displin ilmu yang selama ini diamalkannya akan terus terpelihara kerana Aziz bukan sahaja mengajar malah turut menggubal perundangan itu sendiri,” tambahnya.

    Jelasnya lagi, PAS yakin penyertaan Aziz akan memantapkan lagi cita-cita mereka untuk melaksanakan Islam di negara ini.
    “Kami masih menunggu keputusan beliau, malah kami tetap menghormati Aziz sebagai seorang yang berpegang teguh dengan pendiriannya,” katanya lagi.

    Bekas pensyarah Fakulti Undang-undang UIA ini dalam laporan awal The Malaysian Insider sebelum ini tidak menafikan beliau akan meninggalkan universiti berkenaan ekoran siri tekanan termasuk siasatan terhadap kenyataan beliau menyentuh titah Sultan Selangor dalam kes Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan gereja.

    Namun demikian, mengulas berkenaan spekulasi yang beliau akan memasuki arena politik, Aziz memberitahu, “politik sebagaimana akademik adalah medan yang perlu untuk perubahan dalam masyarakat.”

    “Tetapi politik bukan bidang yang akan jadi profesyen saya sebagaimana akademik. Saya tetap akan berfungsi sebagaimana sebelumnya, khususnya memberi pandangan, menulis dan seumpamanya. Saya harap saya akan kembali ke dunia akademik meskipun tidak semestinya di UIA,” katanya lagi.

    0 orang berkata:

    free counters
     
    Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

    Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

    Usage Rights

    DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.