Hari juma'at ini adalah keputusan bagi kes mahkamah Khir Toyo, nampaknya dia kurang yakin dengan keputusan mahkamah Tinggi pada minggu lalu sebab itu dia kata " Jika dia tidak mendapat keadilan didunia ini maka akan ada keadilan dihadapan Yang Maha berkuasa" ertinya dia masih percaya bahawa dirinya masih benar dan terinaya
Mengikut pandangan Khir Toyo dia mempunyai pandangan yang tersendiri dalam kesnya namun apakan daya dia mungkin kurang arif tentang selok belok ilmu perundangan kerana dia hanya seorang doktor pergigian tapi jika digagahinya juga untuk bercakap atas pendapatnya nanti mungkin mengundang kontroversi lalu peguamnya menasihatkannya agar tidak menyatakan apa-apa kelak dikatakan subjudis namun untuk mencari keadilan tentunya belum berakhir
Khir Toyo mungkin agak mengeloh karana ramai yang tidak menyukainya kerana rasuah iaitu dibawah seksyen 165 Penal kode dan dia tidak dapat mengulas perbicaraannya tetapi banyak berterima kasih terhadap rakan-rakan bloggernya yang memberikan liputan yang adil, pokoknya jika dia hanya mengharapkan rakan blogger itu hanyalah perkara luaran yang mereka tidak faham bahasa perundangan namun untuk memujuk hati mungkinlah ok juga
0 orang berkata:
Post a Comment