Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

TAK DATANG MUNGKIN ADA AGINDA KOT !

Rabu, 28 Disember 2011

Gagal Turun Padang : Ahli Parlimen Pas Minta Maaf Kepada Pengundi

Post Pic
KOTA KEMUNING, 28 DIS : Ahli Parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud memohon maaf secara terbuka kerana tidak turun padang meninjau masalah penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bukit Kemuning berhubung masalah banjir sejak sekian lama. 

Wakil rakyat Pas itu bagaimanapun tetap dengan pendirian bahawa penduduk kawasan itu tidak pernah membuat aduan sebelum ini sungguhpun mereka mengadakan tunjuk perasaan terhadap beliau dan ADUN Seri Muda Suhaimi Shafie Sabtu lalu. 
 
"Saya setuju bila ada penududuk mengatakan saya tak turun ke tempat ini. Kawasan ini luas, Ada tempat yang kalau tak ada aduan saya anggap ia sebagai berita baik, sebab saya fikir tak ada masalah. Saya silap.

"Kita nak menyelesaikan masalah. Bukan nak tuding jari kepada sesiapa" katanya memberitahu Antarapos.com.

Beliau menjelaskan Shuhaimi sedang merancang untuk mengadakan pertemuan diantara pihak jabatan-jabatan yang terlibat bagi menyelesaikan masalah banjir itu.

Shuhaimi yang juga Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat Selangor bagaimanapun tidak hadir pada majlis Dr Siti Mariah bersama penduduk petang semalam.
 
Sabtu lalu, puluhan penduduk Kampung Batu 5, Jalan Bukit Kemuning berhimpun secara aman bagi mendesak  Shuhaimi dan Dr. Siti Mariah mengotakan janji untuk menyelesaikan masalah banjir di kampung tersebut.

Mereka marah kerana mendakwa kedua-dua wakil rakyat itu  gagal mengambil tindakan mengatasi masalah banjir di kampung berkenaan walaupun berjanji berbuat demikian ketika kempen  pilihan raya umum yang lalu.

Kecewa dengan sikap 'acuh tak acuh' Shuhaimi dan Siti Mariah itu, penduduk turut membuat beberapa laporan polis sejak 19 Disember lalu untuk melaporkan kegagalan dua wakil rakyat itu melaksanakan tugas mereka.
 
Tunjuk perasaan itu dianggap berjaya apabila Dr Siti Maria hari ini turun berjumpa dengan penduduk berkenaan. 

Dr.Mariah berkata Sungai Kandis adalah saliran utama perparitan di kawasan itu telahpun dibersihkan. 

"Terima kasih kepada penduduk kerana membawa masalah ini ke hadapan. Setiap hari saya jalan di tepi jalan, tetapi tidak tahu ada rumah di kawasan ini. Adun beritahu saya sudah bawa kes ini kepada semua pihak. Adun kita masa 2008 dulu, parit Sungai Kandis sudah dibersihkan. Banjir sudah kurang sebenarnya," tambahnya.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.