Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

ORANG MELAYU PANDAI MENYAMUN CARA BERHEMAH DAN SANTUN

‘Kuasa Melayu’ jadi modal untuk terus menyamun
Posted on Monday, December 26 @ 20:00:00 PST by paktam

 
Oleh ZULKIFLI YAHAYA

KISAhttp://2.bp.blogspot.com/-T8T4WQg_mHI/TsHRdTL3shI/AAAAAAAAiMU/e4y_AoGMVxY/s1600/Shahrizat-nfc-fidlot-lembu-feedlot-PENYAMUN+WANG+RAKYAT.GIFH lembu keluarga Shahrizat Jalil yang melibatkan jumlah wang yang besar iaitu RM250 juta sudah puas diperkatakan oleh seluruh rakyat Malaysia. 

Impak negatif untuk BN sebagai pemerintah tua di Pusat tetap ada. Namun menjadi kebiasaan bagi setiap isu besar yang muncul, ia akan menenggelamkan isu yang lain atau mungkin menyelamatkan pihak penyeleweng yang lebih besar.

Pembangkang seharusnya tidak terbabit dengan usaha mendesak Ketua Wanita Umno itu meletakkan jawatan kerana apabila desakan tersebut dipenuhi, BN akan ‘kelihatan’ pulih daripada penyakit. Ia sama seperti berundurnya V Vijandran, Rahim Thamby Chik dan Chua Soi Lek yang semuanya dikaitkan dengan isu skandal seks.

Jadi serangan tidak seharusnya dihalakan kepada Shahrizat semata-mata tetapi kepada para pemimpin BN keseluruhannya yang menjadikan kuasa di Pusat sebagai komoditi dagangan untuk membina kekayaan peribadi secara haram. Isu lembu RM250 juta hanya tips of the iceberg daripada seluruh kepincangan yang berlaku dalam negara.

Bezanya, Shahrizat menerima nasib malang kerana penyelewengan keluarganya dapat dihidu oleh Ketua Audit Negara. Walhal begitu banyak lagi ‘penyelewengan berlesen’ terlepas bebas begitu sahaja sehinggakan hampir tiada ahli keluarga menteri atau pemimpin politik parti yang memerintah di Pusat terhindar daripada peluang kemewahan berdasarkan nepotisme dan kronisme.

BN sudah lebih separuh abad memerintah kerajaan Pusat. Parti yang memerintah tidak pernah bertukar. Individu yang memerintah pun jadi macam hak warisan. Anak dan menantu Tun Abdul Razak, Hussein Onn, Tun Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi adalah ‘pewaris takhta’ yang berkuasa dalam kerajaan dan di bidang korporat.

Pemimpin BN yang lain pun adalah seperti itu juga; pemimpin MCA, Gerakan, PBB di Sarawak serta semua parti komponen BN, mereka membina empayar kekayaan melalui kuasa yang dimiliki.

Di peringkat lebih bawah, bahagian atau cawangan, mereka berniaga ‘kuasa politik’ juga. Dengan kuasa yang ada mereka mendapat projek-projek kerajaan. Jika harap untuk mendapat projek kerajaan jika dikenal pasti orang itu ahli atau penyokong pembangkang.

Terpaksalah segelintir mereka berlakon jadi Umno dengan mengisi borang keahlian Umno. dengan fitnah dan maki hamun terhadap PAS dan Melayu KeADILan. Begitu caranya seruan perpaduan?

Hakikatnya, jika Umno kalah yang menang ialah PAS bukan DAP. DAP tidak bertanding lawan Umno atau bertanding di kawasan majoriti Melayu.

Sistem beraja, hak istimewa Melayu dan Islam sebagai agama rasmi tidak boleh ditukar kerana ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perlembagaan Persekutuan hanya boleh dipinda dengan majoriti dua pertiga. DAP berkali-kali menegaskan bahawa jika PR memerintah Perlembagaan Persekutuan akan dipertahankan.

Tetapi Umno tetap berkata DAP berbohong. Jika DAP menang semua kerusi Parlimen pun mereka tidak akan memperolehi majoriti dua pertiga kerana mereka hanya bertanding tidak sampai satu perempat dari jumlah kerusi Parlimen.

Habis bagaimana cara DAP mahu meminda Perlembagaan? Umno terhenti di situ tidak dapat memberi jawapan.

Umno tidak berputus asa dalam berbohong. Ia mengaitkan pula dengan PAS, kononnya PAS akan ikut telunjuk DAP. Ikut telunjuk untuk hapuskan sistem beraja dan buang Islam sebagai agama rasmi bagi diganti dengan Kristian?

Kalau serangan seperti itu mahu dimainkan oleh Umno; kelak isu Umno seleweng peruntukan lembu akan bertukar kepada isu Umno jadi lembu.

0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.