Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

DIA ADALAH PENGURUSI SEBUAH NGO ISLAM


Dia mungkin tenang tinggal di London

Berita Razak Baginda mungkin panas balik, selepas dia bebas dari pertuduhan membunuh Altantuya kita tak dengar cerita dia, tetiba kita dengar pula cerita muta akhirnya dia tinggal kat London dan menjadi pengurusi sebuah pertubuhan islan kat sana
Dia mungkin sudah bertaubat dan menghampiri dirinya dengan Tuhan, langkahnya mungkin tepat kerana dikatakan cenderung dengan islam, di Malaysia dia mungkin kurang selesa sebab perundangannya bermacam-macam sekalipun rakyat di negara ini bermazhab satu iaitu mazhab syafi'i tapu perundangan setiap negeri ada perbezaannya

Di London dia mungkin selesa sedikit sebab islam di sana mungkin tak ambil kira mazhab, apabila keluar dari eropah mazhab akan diambil kira, itu cerita lain, mungkin juga NGO yang dia pimpin ada berbagai bangsa dan mungkin ada rakyat Malaysia yang jadi anggota NGO tersebut, kita tunggu nanti jika ada berita lanjut tentangnya

Semasa dia menghadapi kesnya mungkin semua orang kata dia jahat, namun setiap kejahatan itu tidak semestinya dia terus jahat, demikian juga orang yang baik tidak semestinya dia terus berperangai baik, mungkin ada kalanya seseorang itu jadi jahat pula, demikian perangai manusia yang Tuhan tentukan

Kita kat Malaysia ini tidak tahu apa arah tuju perjuangan Razak Baginda didalam NGO tersebut dan tentunya dia ada motif berbuat demikian, sekurang-kurangnya dia sudah insaf, sekurang-kurangnya dia sudah menyesal ertinya dia sudah bertaubat dan bukan dia sahaja yang sepatutnya berbuat demikian, ramai lagi yang perlu mengikuti jejak langkahnya

Andainya Razak Baginda memahami tugas fitrah manusia yang diutuskan oleh Allah di planet dunia ini iaitu sebagai khalifah untuk mentadbir bumi maka rasanya dia kurang tepat berada dinegara orang kerana di negara dia sendiripun perlu diutamakan terlebih dahulu sebelum dia berhijrah ke negara orang namun mungkin dia ada alasan tertentu berbuat demikian, sekurang-kurangnya dia aman dari sebarang tuduhan orang ramai sekalipun dia sudah tidak didapati bersalah

Razak Baginda berhak membuat pilihan bagi dirinya dan hanya dia yang tahu apa yang sebenarnya berlaku didalam masalah kes tersebut



0 orang berkata:

free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.