Followers

click for translator to read my artichel

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

Cari makan cara bahaya

Thursday, December 29, 2011

MENJELANG PRU 13 - HATI-HATI DENGAN RAJA PETRA !!


Hati-hati dengan orang ini...
RAJA Petra Kamarudin, Pengendali Malaysia-Today sebelum ini banyak mengulas isu dalaman parti di dalam Pakatan Rakyat. 
 
Beliau ada mengulas isu Dr Hassan Ali, kemudiannya mendakwa Parti Keadilan kini dicengkam oleh Anwar - Azmin dan terbaru beliau mengulas isu Nurul Izzah yang ingin mengenepikan Azmin untuk kembali membawa Zaid Ibrahim ke dalam parti. Baca di SINI.
 
Kita mengenali Raja Petra sebelum ini kononnya beliau berfikiran sehaluan dengan Pakatan Rakyat, tetapi kita jangan lupa Raja Petra pernah muncul di kaca TV memburukkan DS Anwar. 
 
Kali ini, apa agenda Raja Petra? Di saat rakyat sedang menyaksikan Umno bertungkus lumus dan bersilang tangan menepis berbagai dakwaan rasuah dan penyelewengan di kalangan pemimpin mereka, Raja Petra sibuk dengan membicarakan isu dalaman parti di dalam Pakatan Rakyat. 
 
Jika dakwaan beliau itu benar atau setidak-tidaknya masuk akal boleh juga diterima, malangnya segala yang di utarakan oleh Raja Petra umpama cerita dongeng yang baru siap dikarang.
Zaid tiada tempat dalam Keadilan lagi....

Kembali kita berfikir, apakah Raja Petra akan berperanan untuk melemahkan Pakatan Rakyat melalui persepsi ciptaan beliau itu? Ada lojiknya kerana sejak kebelakangan ini beliau begitu ghairah menulis tentang Azmin Ali. 
 
Dakwaan bahawa Nurul Izzah akan menggunakan pengaruhnya sebagai Naib Presiden juga anak kepada DS Anwar untuk membawa kembali Zaid Ibrahim ke dalam parti adalah `Bidaah' paling melucukan. Terlalu bodoh Nurul Izzah jika berbuat demikian kerana beliau sedar Zaid Ibrahim telah `kencing' kepala bapanya DS Anwar Ibrahim.
Nurul Izzah disokong bukan kerana beliau anak Anwar

Seandainya benar sekali pun, ahli-ahli Keadilan tidak akan sanggup menerima pengkhianat parti seperti Zaid Ibrahim yang keluar parti hanya kerana tidak mendapat sokongan di dalam jawatan yang diidamkannya. 
 
Keadilan akan menempah maut jika membawa masuk Zaid Ibrahim kerana kemasukan Zaid ke dalam parti akan menjadikan Keadilan nanti seperti Parti KITA yang kini beliau pimpin. Majoriti ahli parti akan menolak Nurul Izzah dari jawatannya sekarang jika beliau mempunyai angan-angan untuk membawa Zaid Ibrahim.
 
Mengapa Raja Petra `Anti-Azmin' ?

Menolak Zaid Ibrahim bukan bererti kita menyokong Azmin atau membenci Nurul Izzah, tetapi jelas, terang dan terbukti Zaid Ibrahim telah `kencing' kita semua. Apa yang perlu difikirkan sekarang adalah `Apakah Motif Raja Petra?" 
 
 
/wfauzdin.blogspot.com
free counters
 
Home | Gallery | Tutorials | Freebies | About Us | Contact Us

Copyright © 2009 PakKaramu |Designed by Templatemo |Converted to blogger by BloggerThemes.Net

Usage Rights

DesignBlog BloggerTheme comes under a Creative Commons License.This template is free of charge to create a personal blog.You can make changes to the templates to suit your needs.But You must keep the footer links Intact.