Siap Menghadapi PRU13; Muslimat Guna facebook, twitter
Thursday, 29 December 2011 02:49
KUALA TERENGGANU - Jentera pilihanraya muslimat mesti melakukan persiapan terbaik dalam menghadapi PRU 13 yang sangat hampir.
Demikian ditegaskan oleh Haji Yahaya Ali, (Gambar paling kiri) Setiausaha Perhubungan PAS Terengganu sewaktu merasmikan program diskusi penceramah muslimat bersama mentor di Markas Tarbiyyah , Kuala Terengganu.
Menurut nya, untuk mencapai kemenangan dalam PRU 13, muslimat mestilah membina empat faktor kekuatan iaitu keyakinan masyarakat, semangat kerja dan pengorbanan, keberkesanan jentera serta ketrampilan pimpinan.
Dalam pada itu, Haji Yahaya, Muslimat mesti berhadapa dengan tipu daya musuh dan menggunakan kemudahan tekonologi maklumat.
“Pada masa yang sama, kita mesti sentiasa bersikap hazar (berhati-hati) dan bersedia menangani segala tipu daya pihak lawan kita.
“Muslimat juga mestilah memantau keberkesanan penggunaan teknologi maklumat seperti facebook, twitter, email, sms dan sebagainya kerana inilah cita rasa pengundi muda,”jelas Haji Yahaya.
Beliau yang juga bekas ADUN Alor Limbat menekankan, muslimat wajar bekerja lebih hebat kerana lebih separuh jumlah pengundi adalah terdiri dari pengundi wanita.
Beliau turut menyelar UMNO dan Barisan Nasional yang mempermainkan orang Melayu dengan sentimen bangsa, agama, raja dan bahasa.
“sekarang ini (Umno) berada dalam keadaan begitu terdesak, sebab itu mereka cuba memainkan sentimen pengundi Melayu dengan isu kuasa politik, agama, Raja-Raja dan Bahasa Melayu”
“mereka cuba gambarkan politik negara akan dikuasai oleh orang Cina khususnya DAP,”katanya.
Sebaliknya, kata Haji Yahaya Umnolah yang sebenarnya merosakkan perkara-perkara tersebut.
Realitinya, kata beliau, teras politik negara ini mesti dipimpin oleh parti Melayu/Islam menurut perlembagaan dan suasana politik, samada PAS atau UMNO.
“Sekiranya Umno kalah, PAS lah yang menggantikan Umno, sudah tentulah begitu sekiranya PAS menang dan Umno kalah,”katanya.
0 orang berkata:
Post a Comment